Thursday, July 7, 2011

Bubur Daging Hangat

Assalamualaikum...


Permintaan anakanda ku yang sulung... katanya teringin nak makan bubur nasi sebab ibu dah lama tak buat bubur.  Jadi hari sabtu lepas untuk lunch aku pun masaklah Bubur Daging Hangat ni.. kenapa hangat?? Sebab aku campurkan dengan serbuk lada hitam... kalau makan akan terasa hangat2 gitu.. dah tak perlu nak makan dengan sambal kicap sebab dah secukup rasa  pedas/hangatnya tu dah okay pada aku.  Tapi kalau suka lebih pedas boleh jugalah nak tambah cili kicap.. tapi kalau kepedasan jangan salahkan daku... hehe...

Okaylah.. jom tengok resepi mudah ni yer... Aku masak 1 setengah pot beras... selamat bubur ni dikerjakan dek anak2 & ibunya untuk lunch hari tu...  Kakak Dini yang order siap makan berulang lagi.. rindu sangat gamaknya nak makan bubur nasi.. hehe.. Si kecik pun makan laju jer walaupun bubur terasa hangat2.. coz hangat lada hitam tak sepedas cili padi.. hehe.. ayahnya tak makan pun.. lepas zuhur terus cas bateri (tidur) sebab dia kan kerja malam minggu ni.. Lagipun katanya masih kenyang makan sarapan berat yang aku buat sebelum tu.. sarapan apa?? Tunggulah ye aku update kemudian.. Untuk pagi ni.. kita layan bubur daging yang sempoi ni yer... resepi campak2..


Bubur Daging Hangat

Bahan2
1 ½ pot beras (pot rice cooker)
Air secukupnya untuk kembangkan beras (agak banyak juga ye.. tak cukup boleh tambah kemudian airnya sampai beras menjadi bubur)
1 ½ cawan hirisan nipis daging lembu (boleh juga guna daging ayam.. so tukar ke nama bubur ayamlah ye..)
1 kiub sup bunjut Knorr
1 cawan santan pekat
2 biji ubi kentang ~ potong kiub
1 biji carrot ~ potong kiub
2 sudu kecil serbuk lada hitam (yang ditumbuk sendiri)
¾ sudu kecil halba
2 batang serai ~ diketuk
garam secukup rasa
ajinomoto (jika suka)
½  sudu besar gula

Bahan kisar
1 inci halia
5 - 6 ulas bawang merah
2 ulas bawah putih

Bahan tambahan
Bawang goreng secukupnya
Daun bawang / daun sup (jika suka)
Lobak asin hancur secukupnya

Cara2 menyediakan
1. Beras dicuci bersih kemudian jerang bersama air yang agak banyak sehingga beras kembang sedikit.  Masukkan hirisan daging, bahan2 kisar, kiub sup bunjut, serai, lada hitam & halba serta tambah lagi air lalu dimasak lagi sehingga daging empuk & beras menjadi bubur.
2. Masukkan kentang, santan, garam, gula & aji.  Bila kentang separuh empuk masukkan carrot.  Masak sehingga carrot lembut.  Pastikan bubur secukup rasa & kepekatan bubur mengikut citarasa masing2 kemudian bolehlah tutupkan api.
3. Hidang bubur bersama bawang goreng, daun bawang/daun sup (kehabisan stok pula) & lobak asin hancur. Jika suka lebih pedas.. boleh juga hidang bersama sambal kicap. Sedap!


Selamat mencuba!

8 comments:

Naz said...

Yuhuuuuu..Kak Madiha.. Naz suka yg hangat2 mcm ni... Best ni sbb ada bau serai yg wangi tu.. Cam lapor pulak...

AZLITA AZIZ said...

kak sedapnya kalau dapat makan bubur daging ni.. ita mmg suka bubur daging.. lebih2 lagi yg hangat.. lagi hangat lagi syokkkk!!

tak leh tenung lama2 ni kang batal posa.. hihi

Mamasya said...

Kalau bubur, abg yg sulong cukup suka. Syakirah skrg nipun suka mkn bubur nasi...kalau nasi biasa mkn sikit je.
Rendang kat bawah tu nampak sedap...

Zaliedana said...

Assalam kak uii sedapnyer,tingat bubuq lambuk lah plak..

Nieza said...

sedapnya!!...lama tak mkn bubur ni..teringat bubur lambuk utara lak kak..hehe

ijayuji said...

Salam kak! sedapnyer bubur akak! kita kalau bubur suke nak amsukkan rumput2 byk2 sedap! yg biasa masukkan kangkung :D alaaaaa..ni yg teringin jugak nak makan bubur niiii :D

Anonymous said...

tergoda tengok bubur akak ni..plan nak buat malam ni...budak2 mesti suka..

pssttt...smlm tunjuk blog akak kat bibik...semua resepi akak dia nak cuba...hehehhe...esok nak cuba buat kek oren..pastu lusa buat apam beras pulak..dia siap salin resepi utk bawak baik indon :)

(zura/alwiera)

Toko Online Kalistajaya said...

maknyuzzz..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...