Wednesday, August 3, 2011

Daging Tumis Asam Jawa

Assalamualaikum..
Macamana puasa hari ni?  Semua okay?  Harap2 semua pun sihat2 aje yer.  Kali ni.. ku berkongsi resepi yang ringkas  lagi... tapi amat menyelerakan buat kami sekeluarga.  Lauk ni memang antara lauk yang kerap dimasak sebab nak masaknya mudah... bahan2 sentiasa ada di dapur & sedap pulak di tekak kami. Rasanya yang masam2 tu yang buat menyelerakan.  Ada sikit2 macam singgang daging.. cuma bezanya.. resepi ni ditumis terlebih dulu & bahan asamnya pula dari asam jawa berbeza dengan singang yg gunakan asam gelugur.   Ada juga beberapa bahan lain yg berlainan dengan singgang.. cuma dikatakan macam singgang tu sebab rasanya yang masam2 tu.  Pendek kata.. memang resepi sihat sebab takde guna banyak minyak serta santan.  Tambah pulak makan waktu sahur.. memang sesuai sangatlah.  Lauk inilah yang di masak untuk sahur hari kedua... Ok.. kita tengok resepinya yer..



Daging Tumis Asam Jawa
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
500 gm daging lembu ~ potong nipis
2 biji kentang ~ potong sederhana/wedges (boleh juga kalau nak digoreng dulu)
1 biji bawang besar ~ mayang 
2 ulas bawang merah ~ mayang (taknak letak pun takper)
2 ulas bawang putih ~ ketuk/mayang
1 inci halia ~ hiris nipis
5 biji cili padi ~ pecah2kan (MaDiHa boh sebiji2 sbb Haziq & Alin nak makan takut pedas pulak.. cili tu gigit time mkn.. walla )
minyak utk menumis
2 sudu besar asam jawa ~ campur air & ambil jusnya (Nak lebih msm boleh lebihkan asam jawa)
air secukupnya utk melembutkan daging
garam & perasa secukupnya

Cara Memasak
1. Rebus daging yg dah dihiris & dibersihkan hingga agak empuk.
2. Dlm kuali panaskan sikit minyak & tumiskan bwg putih, bwg merah, bwg besar & halia. Bila dah wangi masukkan air asam jawa. Biar merenih.
3. Masukkan daging rebus tadi berserta dengan airnya sekali. Biar mendidih.
  (Sekiranya kentang tidak digoreng.. bolehlah letak kentang sekali masa ni yer..) Kalau suka kuah lebih tambah aje airnya.. Masukkan cili padi, garam & perasa. Biar secukup rasa.
4. Last sekali masukkan kentang goreng tadi (kalau kentang digoreng dulu.. letak last sekali sebab ia dah empuk). Biar kejap then bolehlah di hidangkan. 


Selamat mencuba!

10 comments:

izahdaut said...

assalamualaikum kak ..
woo sedap nampak tu.. mesti rasa masam2 sikit lawan ngan manis daging kan.. masuk list neh

Fazleyatul Aini said...

daging kita kurang makan sket skrg. makan ikan dgn ayam je. bleh kot ganti resepi ni dgn ayam kan kak

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

pagi tadi saye sahur dengan singgang daging...lauk kegemaran abi..


daging tumis ni pon mcm menarek aje..ade lebih daging lagi, bole cube...

Cendana Kasih said...

uish..terliur tengok lauk ni tengahari cenggini..budak2 sure suka ni sbb ada kentang..boleh try !!!

quinnie said...

sedapnya kak ratna...suka masak cam gini...simple but nice...hehehhe

hazila said...

Masak simple camni pun saya boleh habis 2 pinggan nasi...

Ayu said...

Assalam ratna, waduh lauk mcam nilah memang sesuai untuk bersahur..akak masuk list lah..

Cik Nor said...

nak wat jugak

zai@umiaiman said...

hmmm nmpk sedap n mudah utk sahur.kena plak ngah cari resepi utk hubby yg kena berpantng minyak n lemak2

ijayuji said...

Salam kak madiha"!! daging mcm ni mesti sedap kan kak! nak buat jugaklah! kita tgh kaya dgn daging lembu hihihi..semalam baru beli kat butchery :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...