Syukur alhamdulillah Alin dah kembali sihat & hari ni dia dah dihantar ke rumah pengasuh & dapatlah MaDiHaA bekerja seperti biasa. Terima kasih kepada kawan2 yang mendoakan supaya anak MaDiHaA cepat sihat & juga yang bertanya khabar yer.. Syukur.. dah sihat sepenuhnya. Tapi masih diberi ubat takut2 sakitnya datang semula.
Sebelum meneruskan coretan.. MaDiHaA nak nyatakan rasa RALAT sikit dengan resepi Kek Lapis Krim Kraker Kukus semalam sebab ada bahan yang MaDiHaA lupa nak taip. Almaklum.. kek tu sebenarnya dah lama dah dibuat. Tu yang lupa apa bahan yang dah ditambah sebab resepi yang dicatit masa buat tu MaDiHaA bawak ke opis. Entry semalam pulak ditaip dari rumah jadi MaDiHaA terus je copy & paste dari blog Kak IlahJY. Ingatkan semua dah betulkan.. rupanya masih ada yang lupa nak taip. hehe.. Pagi ni bila check resepi kat opis rupanya ada bahan yang tertinggal. Dah pun MaDiHaA edit semula & harap kawan2 yang dah salin tu bolehlah edit semula ye. Tapi yang diedit tu pun sebenarnya yang MaDiHaA pandai2 tambah sendiri & kalau ikutkan resepi asal memang takde. Sila check ye pada yang dah print resepi tu. Jadi terpulanglah pada kawan2 samada nak ikut resepi asal atau resepi yang MaDiHaA dah adjust tu.
Ok kali ni nak pos resepi lauk yang sempat MaDiHAa sediakan untuk dinner malam kelmarin iaitu Chicken Blaze. Sebenarnya resepi asalnya MaDiHaA ambil dari Fotopages Kak Nur dah lama dulu sebelum ujudnya blog MaDiHaA ni lagi. Resepi asalnya menggunakan daging tapi kali ni MaDiHaA ubah suai sikit menggantikan daging dengan isi ayam pula. Dah pernah pun dimasak menggunakan daging dulu2 & memang sedap! Jom tengok resepinya kalau2 ada yang nak mencuba. Minta maaf Kak Nur sebab MaDiHaA tak dapat nak link kat resepi di Fotopages Kak Nur sebab Kak Nur dah kunci Fotopages tu kepada public yer? Tapi tak mengapa.. kawan2 boleh masuk kat blog Kak Nur sebab kat sana pun ada macam2 resepi yang best2 & gambar2 pun semua menarik hati.. hehe..
Chicken Blaze
Ubahsuai dari resepi Beef Blaze Fotopages Nurfikas (sorry tak dpt nak link sebab FP Kak Nur dah kunci)
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
500 gm isi ayam ~ potong nipis & kecil
2 cm halia ~ cincang kasar / hiris halus memanjang
5 ulas bawang putih ~ cincang kasar
6 biji cili padi ~dipecah-pecahkan/ hiris halus
3 sudu makan minyak masak
1 batang lobak merah ~ dipotong nipis
2 biji kentang ~dihiris kecil & digoreng
1 peket sweet peas
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
Bahan Utk Pekatkan Kuah
1 sudu makan tepung jagung }
1/2 cawan air } sebatikan dan ketepikan dulu
Bahan Utk DiPerap Bersama Ayam
2 sudu makan kicap pekat
1 ½ sud makan kicap cair
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan sos tiram/sos abalone
½ sudu makan minyak
½ susu teh lada hitam serbuk
Cara2 Menyediakan
1. Ayam digaul bersama bahan perap dan biarkan setengah jam. Sementara itu sediakan bahan2 yang lain.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang putih, halia & cili padi hingga wangi. Masukkan ayam & masak hingga ayam berubah warna & air yang terbit agak kering.
3. Masukkan carrot & kacang sweet peas. (tambahkan air jika perlu). Bila carrot sedikit lembut bolehlah masukkan bawang besar, air tepong jagung & sedikit garam jika perlu. Balik-balikkan sebentar sehingga nampak kuah berkilat. Masukkan kentang goreng & gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
6 comments:
Kechur lagi kak cek singgah sini..ish2..dah tetengahari ni..perut tu mulala nyanyi2...cam mintak diisi..he he..:D
Alhamdulillah Alin dah sihat...kita pun lega kan Ratna...
kak madihaa.. sedapnyer tgk ayam nih.. nama dia mantap betol. blazing2 ye.. hihi
menggoda la..cantik carrot hehe
alaaaa.... nak la sikit.. lunch time dah ni.. ada nasi takde lauk...
Assalam ratna, sedap nampak lauk chicken blaze..boleh masuk list lah ni..oh ratna ada versi daging juga ya..alahai akak ni dapat jejak fotopages knur tu sekejap aje..lepas tu sudah dikunci..huhu..knur buka balik pintu fotopages mu itu..kita nak bongkat dapur akak kat situ pulak..!! hehe....
Kak Ratna,nmpk sedap aym tuh,resepi pon nmpk simple ajer,blh msk list ni..
Pstt owh alin xsihat eks..Alahai ciannyer,moga bertambah sihat pas mkn ubat eks..Akak,alin lbh kurng umo ank 1st sy lah,tapi dia bam2,dia mmg jns mkn semua ke kak,ank sy da mood n memilih mkn juga,mkn kuruih la,ummi dia yg mkn bam2..Huhu..
Post a Comment