Dua tiga hari ni nampaknya cuaca sentiasa cerah & ceria. Terang benderang! Tak seperti sebelum hari Raya Haji tempohari boleh dikatakan tiap2 petang hujan. Masa di kampong aritu pun takde sikit pun hujan. Ingatkan bila dah balik semula ke Selangor ni... cuaca masih lagi lembab sama mcm sebelumnya.. Jadi hari2lah aku angkut payung keluar dari kereta & bawa masuk ke opis... hehe.. Nampaknya buat masa ni payung tu tak digunakan pun... tapi walaupun gitu.. kita tak boleh nak meramal cuaca sekarang ni kan.. Adalah lebih baik sediakan payung sebelum hujan.. hihi... Idak nanti kalau tiba2 hujan turun dengan lebat petang2 masa nak balik kerja tu bila takde payung di tangan.. terpaksa tunggu hujan berhenti baru boleh masuk ke kereta.. Haii.. buatnya hujan berjam2... kasihan pulak anak2 menunggu manalah ibu aku ni tak datang2 jemput aku lagi...
Cerita pasal anak-anak ni.. teringatlah masa Haziq kena gegata seluruh badan dia masa hari Sabtu sebelum raya tu. Semuanya gara2 dia makan udang yang aku masak bersama dengan mee. Memang ngeri kalau tengok sebab boleh dikatakan seluruh badan jadi merah bertompok & berbintat. Haziq memang kulitnya agak sensitif. Tak boleh tersilap makan atau dengan cuaca yang sejuk atau berendam dalam pool atau sungai terlampau lama pun dia alah juga.. mesti berbintat2 badan dia..
Kisahnya petang Jumaat hari akhir aku kerja sebelum balik ke kampong tu.. untuk dinner malam tu aku masak Mee Betawi & juga Mee Sup Ayam (takde gambar). Sengaja buat dua jenis mee sebab kuah Mee Betawi tu agak pedas. Haziq & Alin memang tak boleh lagi makan pedas2... jadi Mee Sup tu untuk mereka dua beradiklah! Tapi si Haziq walaupun makan mee sup.. di ambilnya juga udang yang sepatutnya dihidang dengan Mee Betawi tu. Takkan nak larang pulakkan.. jadi aku biarkan ajelah dia makan walaupun dalam hati tu takut juga kalau2 gegatanya tu datang balik. Dia ni tak tentu.. kadang2 ok.. kadang2 terkena.. Kalau dah kena tu memang teruk jugaklah. Mungkin sebab udang yang aku beli tu kurang segar gamaknya yang gegata tu timbul keesokkannya tuh! Bila dah kena.. tambah2 bila dia suka menggaru2.. jadi bertambah tebal bintat2 yang keluar. Ubatnya senang aje.. biasanya aku sapu seluruh badannya dengan minyak masak yang dicampurkan dengan garam halus. Sebelum sapu tu.. bacalah selawat 3 kali & disertakan dengan bismillah. Selang 5 ~ 10 minit macam tu.. bintat2 tu hilang dengan sendiri. Tapi kadang tu.. bila dah lama2 sikit.. bintat2 tu akan timbul balik. Jadi cepat2 sapukan lagi minyak bergaram tu.. Nampaknya kali ni.. agak lama jugak nak betul2 hilang.. dari hari Sabtu sampai ke pagi Selasa tu masih ada jugak keluar bintat2nya tuh. Terpaksa cuti sehari sekolah hari Selasa tu & aku hantar Haziq ke rumah pengasuh lamanya tempat Adiknya Alin dok sekarang. Untuk kurangkan gatal.. aku bagilah dia makan ubat tahan gatal yang diambil di klinik. Masa kat kampong tu.. sempat jugak tokmanya bawak berjampi mintak air tawar. Pakcik yang jampi tu cakap.. boleh jugak diberikan air kelapa.. Alhamdulillah.. sejak semalam... dah hilang sepenuhnya bintat2 tu.. Tak taulah mujarabnya dari ubat yang mana satu sebab banyak sangat yang aku bagi kat dia.. hehe.. Dari pagi sampai ke petang tanya kat ustazah kat tadikanya semalam.. katanya dah takde kena.. Syukurr sangat... Fuhh.. panjang lebar cerita aku pasal si Haziq ni kan..
Oklah.. meh aku kongsikan resepi Mee Betawi yang best nih! Betul tak tipu.. memang best! Pedas menyengat & hangat! hehe.. Pada yang tak kuat pedas tu bolehlah kurangkan sukatan cili padi & lada hitam tu yer.. Resepi ni pertama kali aku tengok Kak Rusnah tayang kat fotopagesnya. Terus je print resepi ... sebab dah terliur sangat... petang Jumaat balik dari kerja tu teruslah aku masak mee yang sedap ni... Orang kata kalau kita terlampau teringinkan sesuatu.. eloklah dibuat sebelum kita berjalan jauh.. Kebetulan nak balik kampong beraya.. sebab tu aku cepat2 laksanakan projek Mee Betawi ni.. maklumlah kan.. malang tak berbau.. takut kempunan kata orang tua.. hihi... Resepi mee ni asalnya dari blog Abang Rozzan yang berada di Singapore tu.. Terima kasih ye abang Rozzan kerana share resepi ni. Bertambah satu lagi koleksi resepi mee.. Terima kasih juga pada kak Rus yang mewar2kan kesedapan mee ni.. Ok kat bawah ni resepinya yer.. MaDiHaA buat setengah dari resepinya... ngam2 untuk 3 orang makan.. hehe..
Mee Betawi
Resepi : Rozzan Share Recipe
Sumber : Kak Rusnah & MaDiHaA
Bahan-Bahan
500 gm daging lembu (MaDiHaA ganti ngan isi ayam)
350 gm udang (sederhana besarnya)
200 gm fishball (celur/kukus atau masukkan jer dlm microwave) (MaDiHaA campur terus dalam kuahnya)
1 kg mee kuning (celur & toskan)
200 gm taugeh (celur & toskan) (MaDiHaA tak letak just guna sayur yg sedia ada dlm esbox sbb dah nak blk kg)
1 peket sayur sawi (potong, asingkan btgnya dari daun lalu celur dan toskan)
200 gm kobis (hiris dan celur, toskan)
secukup daun sup/bawang
secukup cili merah/hijau (dihiris memanjang) (MaDiHaA guna cili hijau jeruk je)
secukup bawang goreng
4 biji telur (didadar & dihiris halus) – optional (MaDiHaA guna telur rebus)
Bahan Kisar
4 sudu makan cili kering kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 sm halia
25 - 30 batang cili padi Thai (yg merah dan panjang2)
½ cawan kicap manis
2 sudu makan serbuk lada putih
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan Rempah Sup
6 sudu makan sos tomato
6 sudu makan sos cili
1 cawan minyak masak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
kak rus tambah sos tiram dan kiub ayam (MaDiHaA tambah kiub ayam jer..)
cili jeruk
Cara:
1. Daging dipotong kecil-kecil dan direbus dgn 1 liter air hingga empuk. (Saya gunakan periuk tekanan udara jer!)
2. Udang dibuang kulit dan digoreng, ketepikan. Kulitnya pula direbus sebentar dgn 400 ml air dan kemudian dikisar halus. Selepas itu, ditapis airnya.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bersama rempah sup sehingga naik baunya. Masukkan air kulit udang, serbuk lada putih/lada hitam dan kicap manis. Kacau rata-rata.
4. Bubuh pula daging yg telah direbus tadi bersama airnya. Masukkan sos cili/sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Masaklah hingga mendidih, sambil dikacau-kacau.
2. Udang dibuang kulit dan digoreng, ketepikan. Kulitnya pula direbus sebentar dgn 400 ml air dan kemudian dikisar halus. Selepas itu, ditapis airnya.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bersama rempah sup sehingga naik baunya. Masukkan air kulit udang, serbuk lada putih/lada hitam dan kicap manis. Kacau rata-rata.
4. Bubuh pula daging yg telah direbus tadi bersama airnya. Masukkan sos cili/sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Masaklah hingga mendidih, sambil dikacau-kacau.
Cara Menhidangkan Mee Betawi
Bubuh sedikit mee kuning yg telah dicelur tadi bersama taugeh, sawi dan kobis ke dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya. Kemudian, taburkan dgn udang, bebola ikan, daun sup/bawang, hirisan lada merah/hijau, telur dadar dan bawang goreng.
Selamat mencuba!
13 comments:
first time dengar macam best je ni ratna,boleh ler nnti kita try test
salam madihaa...liza pun 1st time dgr mee betawi ni...nmpak sedap...
Kak Cek dtg menyinggah ni...nak rasa Mee Betawi...lum lunch ni....bolehla join makan kat sini kan..:D
Assalam Madiha,
lain anak lain alahannya dia ye Madiha...tapi memang betullah tu, kalau anak nak makan...tak sampai hati pulak nak halang...
Mee Betawi tu nampak menyelerakan!
Assalam kak,nmpk sedap mee betawi,1st time dengar n tengok..Kalo nak wat mmg kna kurangkan cili lah,coz hubby xmkn pedas sgt..Alahai sianyer haziq,sekbek dah ok kan..Owh sapu mnyak n garam yer kak,xpernah dengar juga nih..
duhh saya suka banget dengan mee yang kuah2 ni...sedap nampak tu kak...tq resepi...
yalah saya pun first time dengar nama mee ni...
alahai sedapnya...
Salam Madihaa,, K1 outdated baru 1st time dgr mee betawi,, nk rase madihaa punya mesti dh abis nti laa ada masa nk wat sendiri, K1 ambik resipi yaa :)
Assalamualaikum. haih, terliur tgk mee ni. gabungan lada hitam, putih, cili padi, cili kering tu, automatik dh terbayang dia punya 'sengat' tuuu. musim hujan ni sedap mkn yg berapi sket, kasi hangat.
Woooowwww,wow,wooouuuooow....memang terangkat kannnn?
memang nampak sedap mee ni kak...terliur sudah...hehe
Pagi Madiha,
Mmg musim hujan nie kena la angkut payung mana2 pegi walaupun kita bekereta....hehe..slm disini
cuaca agak panas...bila mlm hujan sekejap aja.
Mmg terliur tengok mee betawi tu...tapi yg kak nur seram cili padi tu haaa...boleh adjust ikut citarasa sendiri kan.
Original... Kuahnya.... Udang kering sanggar.... Blend bersama bahan tumisan
Post a Comment