Friday, November 4, 2011

Salmon Steak With Sour & Spicy Sauce

Assalamualaikummm...

Salam ceria & salam sejahtera buat semua... Dua hari berturut2 hujan turun di waktu pagi membasahi bumi & menyiram pepohon... Sebelah petang juga tak terkecuali & boleh dikatakan setiap petang hujan... beginilah keadaan cuaca bila dah masuk musim tengkujuh... 

Teringat masa zaman kanak2 dulu... bila hujan turun di sebelah petang.. mulalah buat muka kasihan minta izin dengan ma & arwah ayah nak mandi hujan.  Lagilah bila ada kawan yang datang rumah memanggil2... hehe.. Seronok sangat mandi hujan!  Biasanya ma tak pernah menghalang aku main air hujan kalau dah masuk musim hujan (sebab kat tempat aku tak pernah banjir... jadi takdelah bahaya kalau setakat mandi hujan).  Tapi kalau hujan bukan musim tengkujuh adakalanya ma melarang juga sebab katanya tak elok mandi hujan  waktu tu takut demam sebab hujan yang turun sekali sekala tu airnya tak bersih  & macam2 lagi alasan ma.. Bila ma kata tak bersih.. mulalah otak budak2 aku ni pun dok berfikir & buat tafsiran sendiri.. mula menghitung2.. ada betulnya juga apa yang ma katakan sebab air hujan yang turun dari langit tu sebelum jatuh ke bumi akan menyapu semua habuk2 & kekotoran yang berterbangan... jadi air hujan yang turun tu tentulah membawa sekali kekotoran & segala macam habuk yang ada dari atas langit... Lainlah kalau hujan dimusim tengkujuh... oleh sebab hari2 hujan.. segala macam habuk & kekotoran dah habis di'sapu' bersih setiap hari... hahaha.. macam tulah pemikiran budak2 waktu itu... Macam tulah kehidupan budak kampong.. mandi hujan, menangguk ikan, memanjat pokok, main galah panjang, main nyorok2.... semua pun jadi kenangan manis bagi aku... kasihan budak2 zaman sekarang terutama budak2 di bandar ni (termasuklah anak2 aku) tak dapat merasa  pengalaman sedemikian.. Yang mereka tahu.. astro, PS2, PS3, facebook, handphone, iPad, iPhone dan entah apa2 lagi gadjet2 terbaru yang aku sendiri pun tak berapa tau sangat.. begitulah bila dah moden..  permainan yg menyeronokkan tapi semua tak keluar peluh.. kalau pun ada play ground yang boleh mereka main.. terpaksa ibu atau bapa turut sama menemankan mereka sebab zaman sekarang ni.. ramai sangat orang2 yang 'baik hati' & tak kita kenal... silap2 hari bulan.. kalau tak dipantau anak2 tiba2 boleh hilang sekelip mata kena sambar dek mereka yang berniat jahat.. jauh bezanya dengan zaman kita budak2 dulu kan..


Hmm.. oklah jauh pula aku bawak pembaca kali ni.. sampai ke zaman budak2 pulak.. hihi.. sesekali rasa rindu kenangan lama... Ni tak lain tak bukan sebab badan aje ada kat sini.. tapi hati dah kat kampong.. InsyaAllah esok kalau takde aral melintang.. aku & family akan pulang untuk sambut Aidiladha di kampong ku bersama ma tersayang..

Ini kakak Dini punya plate...

Ok.. kita teruskan dengan resepi untuk hari ni pulak yer... Sebenarnya... inilah dia kesinambungan dari projek Penkek Kentang yang aku kongsikan resepinya semalam.... hari ni aku kongsikan pula menu yang digandingkan dengan Penkek Kentang iaitu Salmon Steak With Spicy & Sour Sauce... cewahh!! Tak agak2 tu... dok speaking London pulak ye.. hehe.. 
Menu dinner kami kali ni adalah idea dari mix & match recipe... Bahan perapan ikan tu ambil idea dari bahan perapan Ayam Panggang Bercajun yang pernah MaDiHaA buat dulu (resepi sendiri).. cuma MaDiHaA skip bawang kisar.  Bahan sos pula.. adaptasi dari resepi Kak Ros@sinaranmenu iaitu dari resepi salad ayam.. tapi aku dah edit sikit sana sini (banyak juga sebenarnya.. hehe) Terima kasih ye Kak Ros & maafkan saya sebab saya dah edit sana sini resepi asal salad ayam yang akak kongsikan tak lama dulu... ada bahan yang saya kekalkan.. ada juga bahan2 lain yang saya dah tambah untuk sesuaikan rasanya... apa2pun.. hubby & kakak Dini kata sedap! Ok jom kita layan western hari ni......

Salmon Steak With Spicy & Sour Sauce
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
(hidangan untuk 3 orang)

Bahan2
3 keping ikan salmon
minyak zaitun secukupnya
1 sudu besar sos tiram*
½ sudu besar rempah cajun*
1 sudu kecil paprika*
½ sudu kecil gula*
½ sudu kecil garam*


Bahan2 Sos
(diubahsuai dari resepi salad ayam @sinaranmenu)
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar jus lemon
1 ½ sudu kecil gula
1 sudu kecil minyak zaitun
1 ½ sudu kecil paprika
4 ~ 5 biji cili padi ~ dihiris halus
2 sudu besar air panas
2 sudu besar mayonis
secubit garam

Side dishes
6 keping  penkek kentang ~ klik SINI untuk resepi
Sweet peas (yg direbus sebentar)
Hirisan kobis purple
Hirisan tomato
Hirisan timun
(boleh gunakan apa saja sayuran kegemaran anda seperti carrot, brokoli rebus, cauliflower rebus, daun salad, asparagus rebus, tomato ceri dll)
Mayonis secukupnya
Sos thousand island secukupnya


Cara2 menyediakan
1. Ikan dibersihkan & keringkan dengan tisu dapur. Perap kepingan ikan salmon dengan bahan2 bertanda* selama 30 minit ~ satu jam.
2. Sementara itu.. sediakan penkek kentang seperti di SINI.
3. Sediakan pula sosnya.  Campurkan semua bahan2 sos & panaskan di dalam periuk kecil menggunakan api kecil sehingga sebati. Ketepikan.
4. Bila dah siap sediakan penkek kentang & sosnya.. bolehlah grill ikan salmon pula.  MaDiHaA grill gunakan non stick pan dengan sedikit minyak zaitun.
5. Bila dah siap.. hidangkan ikan salmon bersama sos pedas & masam, penkek kentang yang dipaipkan mayonis serta sayuran yang dipaipkan sos thousand island.  Hidang segera ketika masih panas.

Ini ayah & ibu punya plate... untuk kanak2 ribena.. ibu goreng nasi & juga nugget coz dorang tu tak reti makan gini & tak suka makan ikan.. yang dorang makan cuma penkek kentang tu jer..

Selamat mencuba & Salam Aidiladha buat semua...

9 comments:

Fazleyatul Aini said...

wahhhhhhhh lapo tengok ni. cepatlah lunch time. huhuhuhuhu

cikmanggis said...

hehe time kcik kecik Cm pun selalu mandi hujan.Tambah kat Pantai Timur akhir tahun musim bah..wah sedapnya main air:)hanya tinggal kenangan.Anak anak pun tak merasa nak main camtu..takkan izin:)

Salmon memang sedap masak camni tapi nak makan salmon fikir banyak kali sebab sangat mahal .Jika satu keluarga besar lebih baik tukar pada daging.

HomeKreation said...

Salam MAdiha cayang. Waduh, lama dah Along tak masak Salmon.... terliur ni, nasib bebudak tak nampak.

liza said...

Madihaa...peberet liza ikan salmon tu...bakar kosong cmtu pun dah ok....suka sgt...hihihhi

Ct noarizah said...

Salam Aidiladha buat madiha sekeluarga... dah lama tak buat western food gaya gini.. ni yg rasa nak buat jee ni.

Rabiatun Adawyah said...

Salam Aidil Adha buat akak sekeluarga.

Aduihhhh...ada salmon steak lagikss...sedapnyer...

nOOrsha said...

salam kak..sedapnye ikan salmon... ala2 biru mata hitamku sesekali makan menu mat saleh ni..kak, sy blik jb raye aji ni..blik umah mak..hhehe..gilir2 sbb raye pose kat umah mil aritu kat sgamat..:)

Mamasya said...

Slmt hari raya Aidiladha buat Ratna sekeluarga.balik kg ke raya ni?
sedap salmon steak tu...dah lama betul tak makan..

Juwita Jamaludin said...

selamat hari raya aidiladha kak.. sekali sekala makan macam ni bestkan..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...