Tuesday, November 22, 2011

Sambal Tempoyak (mentah)

Assalamualaikum...

Cuti hujung minggu ni kalau takde aral melintang cadang2nya nak balik kg mr. hubby sebab adik ipar ada telefon katanya durian dah mula gugur.  Kalau ikutkan aku bukanlah 'antu' durian (tapi aku 'antu' manggis!! hahaha...). Setakat dua, tiga ulas bolehla. Kalau setakat nak makan.. kat sini pun boleh beli kalau teringin nak makan durian.. tapi tak sedaplah kalau tak balik... kecik pulak hati orang tua... Selama ni dok bawak balik durian penuh bonet kereta pun sebab nak sedekah2 kat jiran2, sedara mara & kawan2... biasanya kat rumah tinggal ler dlm 3, 4 biji aje.. itupun belum tentu habis.. Bila tak habis.. biasanya aku frozenkan isi durian tu kot2 nak dibuat kuih.. 


Hemmm... kalau nak tau.. isi durian frozen musim yang lalu tak terusik pun.. haha.. Bila dengar hubby kata nak balik kg ambik durian.. aku pun defrost isi durian tu & terus aku jadikan tempoyak.  Saja sebab nak bagi ada ruangan dalam freezer tu untuk aku frozenkan isi durian yang baru.. hahaha.. Petang semalam sempat juga aku buat sambal tempoyak untuk dinner kami selain ikan aye goreng, telur kicap dengan sawi tumis air.  Semalam kan aku half day sebab bateri kereta kong.. jadi anak2 semua aku tinggalkan kat rumah sebab hubby ada kat rumah. Lagipun masa aku nak keluar dalam pukul 12 tengahari tu.. si Alin dah tidor.. jadi aku tinggalkan aje dia. Lagipun.. kakaknya pun dah boleh jaga adik.. Itu yang aku boleh balik cepat sikit petang semalam sebab takde tempat persinggahan.... Bila tak perlu singgah mana2 especially tak perlu jemput anak2 kat sekolah & tak perlu menempuh Federal Highway.. bolehlah aku ubah haluan ikut jalan lebih dekat iaitu ikut Jalan Klang Lama.. so balik rumah sempatlah masak utk hubby sebelum dia pergi kerja.

Oklah.. sesekali layan menu orang kampong.. sedap ni weiii.... kakak Dini pun dah pandai makan tempoyak!

Sambal tempoyak lawan dengan petai jeruk.. mmg ngam sangatlah!

Sambal Tempoyak (mentah)

Bahan2
Segengam cili padi ~ buang tangkai
Segengam ikan bilis ~ dikopek & rendam ~ tos
garam secukupnya
Tempoyak secukupnya (lebih sedap guna tempoyak yang baru sbb kurang  masam)

Cara2 menyediakan
Tumbuk ikan bilis, cili padi & garam hingga halus. (selalunya aku kisar je guna pengisar kering.. hehe.. dasar pemalas! Nak cepat!)
Letakkan dalam piring. Letakkan juga tempoyak secukupnya di sebelah bahan tumbuk tadi. Semasa nak makan.. gaulkan bahan2 yang ditumbuk bersama dengan tempoyak & bolehlah dinikmati bersama ulam2 & lauk2 yang lain. Marbelesss!

sebenarnya.. sambal tempoyak dalam gambar ni yang dah lama buat.. 
semalam punya sambal tak ambik gambar pun.. hehe...

Selamat mencuba!

13 comments:

hazila said...

Saya pun suka sambal tempoyak tapi tak pernah lagi tumbuk dengan ikan bilis.

Amie said...

selamat berdurian runtuh Madiha... buat tempoyak lebih-lebih ye...sebut pasal tempoyak teringat tempoyak Amie yang lama tersimpan dalam peti sejuk tak terusik... ni kejap lagi nak pi usiklah...

ida said...

nampak best aje sambal tu tp kita tak leh geng lah ada plak yg anti hu..hu..

Anonymous said...

walaweeei sedap nyer...ni yang buat x tahan ni..mau bertambah nasi ..huhuhu.. :P

rahel said...

sodapnye sambal tempoyak...emmm telan2 liur je..

Yana Shaiful said...

Salam Kak Ratna..kat mana kg akak tu..Yana nk ikut..kot2 bleh bwk blk sebonet durian..Yana dgn hubby antu durian hihiii..Dah telan air liur tgk tempoyak+petai jeruk tuu..sedapnyaaa :=)

noorsafone said...

salam Madiha...menu yg menambahkan selera...sedap juga dimkn dgn sayur yg direbus..

Nurwin Heny said...

Assalamualaikum. Sedap betul sambal tempoyak. Nak cuba pula resipi ini. Terima kasih.

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak,tempoyak feberet hubby,sy xbape suka agt,kalo doyan mmg suka,adeii akak xsuka doyan eks..Erm kalo berjiran leh gak dapat sebiji 2 kan,hihi..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam....
ni hidangan wajib ada kalu kat kg he he biasa le kan makayah nuri memang kalu takde sambal ngan tempoyak ulaman x sah. petai jeruk pun stok memang ada je he he
kita pun suke tapi tempoyak je x leh he he sambal gaul ngan isi ikan goreng jadilah..

Cik Bambam said...

uishh!!sodap nie!peberet!hehehe

Acik Erna said...

assalam madiha..tak boleh tahan..jerul petai dengan sambal tempoyak mentah..memang gandingan yang mantop..mau bertambah tambah makan..

Rizal said...

boleh dicoba nih di rumah. Thanks for share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...