Friday, November 11, 2011

Kek Karamel

Assalamualaikum....

Tarikh hari ni 11~11~11 sangat cantikkan? Pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan pernikahan pada tarikh yang unik ini... Ibu yang bakal melahirkan anak secara pembedahan pun mesti tak lepaskan peluang untuk menempah tarikh ni untuk masuk bilik bedah... Haiii.. peninglah kepala pak imam atau tok kadi dengan doktor bedah sebab ramai sangat yang berebut2 nak pilih tarikh ni sebagai kenangan terindah dalam hidup mereka......... hehehe... 

Sebelum terlupa.. nak ucapkan juga selamat ulangtahun kelahiran  yang ke 40 tahun untuk sahabat MaDiHaA sejak sekolah rendah hingga ke sekolah menengah iaitu Mohd Azmi Fatahul Karim yang menyambutnya pada hari ini juga.... Semoga dipanjangkan umur & diberkati hidup mu dunia & akhirat... Amin... Kepada Norlida Mahori (isterinya yang juga rakan satu sekolah) jangan lupa buatkan cik abang awak kek yang best2 yer... hehehe.. Tak lupa.. seorang lagi sahabat baik MaDiHaA masa sekolah rendah dulu Fauziah Ali yang juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Azmi pada hari ni.. Happy birthday to both of you!


Oklah.. sempena tarikh yang cantik ni... MaDiHaA pun nak kongsikan resepi kek yang sangat cantik ni juga! Teruja sangat bila kek ni dah siap... Walaupun kejadiannya kurang memuaskan & kurang cantik tak seperti hasil dari kawan2 lain... tapi rasa sangat puas sebab akhirnya berjaya jugak dibuat selepas hampir 2 tahun lebih berangan2 nak buat.. hahahaha.. punya lama kan?

Sebenarnya dah lama simpan resepi ni sejak2 sepupu ku Ida Marlida ajak buat sama2 2 tahun lepas (2 tahun lebih sebenarnya).  Tapi masa tu aku baru je lepas habis berpantangkan anak yang ke tiga si Alin bambam tu.. Kebetulan pulak bersalinkan anak ke tiga kali ni melalui kaedah pembedahan kerana terpaksa (ada kes sikit).  Jadi.. rasa takut nak makan telur tu terbawa2 sampai ke habis pantang.  Almaklumlah kan.. luka bedah tu masih terasa2 ngilu lagi masa tu.... Risau nak makan telur atau sebarang jenis seafood bimbang kalau2 luka bedah sebelah dalam belum betul2 sembuh walaupun nampak dari luaran semua dah cantik.. Berbulan2 jugak pantang makan telur & seafood. Itulah sebabnya projek buat kek karamel yang gunakan telur yang banyak ni asyik tertangguh2 aje!  Hinggakan Puan Ida Marlida kita akhirnya bereksperimen sendiri di kampong (Dungun, Terengganu).. boleh baca ceritanya kat SINI!  Sekarang ni.. dia siap dah jadikan produk jualan lagi! Tapi versi belang2lah kan sebab lebih menarik.. Daripada asalnya resepi kek karamel yang biasa tanpa diwarnakan sampailah keluar  macam2 versi kek karamel berbelang2  & berwarna warni ni... aku tak jugak buat2. Sampai dah 2 tahun lebih resepi kek karamel ni berlegar2 dari blog ke blog kengkawan... akhirnya... baru2 ni tergerak juga hati aku nak membuatnya........ Alhamdulillah... menjadi jugak akhirnya.. haha.. Sebenarnya.. aku dah pernah rasa kek ni dulu masa besday Alin ke 2 tahun. Kek yang dihadiahkan oleh sepupunya Ida Marlida sempena sambutan besday Alin... Mungkin atas faktor dah pernah rasa tulah yang buatkan aku kurang semangat nak membuat tu.. kekekeke... Yelah kan.. tujuan utama setiap kali kita nak mencuba sesuatu resepi sebab nak merasa.. bukan atas faktor nak mengikut2 orang lain atau nak berlumba2 sapa yang buat dulu... kalau pun terikut2 orang lain.. semua tu atas dasar ingin belajar & mencuba sendiri orang kata.. soal cepat atau lewat itu tak jadi masalah.. betul tak?

Kek yang dibuat ni dapatlah aku bawa pulang ke kampong dimakan bersama2 dengan ma & adik2 masa hari raya haji baru2 ni... Tapi.. macam biasalah kan.. sebelum di bawa pulang... sempat lagi diposingkan dulu... siap aku potongkan sejuring semata2 untuk diposingkan.  Lepas posing.. letak balik pada kedudukan asal & terus packing dalam kotak plastik tu....... kakaka... nak ambik gambar punya pasal... sanggup buat apa saja... tapi tak apa sebab ma & adik2 pun dah faham dah hobi anak & kakak dia ni......hehe..

Oklah aku kongsikan jugalah resepi Kek Karamel yang aku buat baru2 ni.  Dalam banyak2 resepi yang aku simpan.. aku pilih resepi versi yang diambil dari blog Anna Qawina sebab aku sukakan lapisan puding karamel yang tak begitu nipis & tak begitu tebal. Tebal puding karamel ni kira2 setengah dari ketinggian keknya. Memang sesuai dengan selera aku. Tapi mohon maaf sebab ada ubaisuai sikit kandungan bahan2nya terutama kandungan susu pekat tu sebab MaDiHaA nak kurangkan manisnya.  Ngeri sikit tengok kuantiti susu pekat yang digunakan tu.. huhu.. Jangan marah ye Anna & penyumbang asal resepi.. akak mintak izin letak resepi kat sini.. & terima kasih banyak2 pada Anna & juga kepada penyumbang asal resepi..


Kek Karamel
Sumber : Puan Munira Baharum, Puan Shasha Rahmat, Puan Sha Hafizi & Anna Qawina
(Maaf ye sebab sumber2 yang lain tak dapat cari linknya.. kalau ada sila bagitau ye)
by : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan-bahan :
Loyang 22cm/25cm (9 inci” bulat)

(A)-Gula Hangus

    * 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
    * *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang)
    * Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

 (B) - Bahagian Atas
    * 1 cawan susu cair (MaDiHaA guna setin)
    * 1 cawan susu pekat manis (MaDiHaA guna 3 sudu besar je)
    * 1 sudu teh esen vanila
    * 3 bj kuning telur
    * 2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
    * 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
    * 70 gm gula kastor (MaDiHaA guna gula perang)
    * 3 bj kuning telur
    * 135 ml air biasa
    * 1 sudu teh baking powder
    * 45 ml minyak msk

 D) Merinque

    * 6 bj putih telur
    * 70 gm gula kastor (MaDiHaA guna gula perang)
    * 1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :

1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye..
3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
7. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
8. Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung. (MaDiHaA mulakan dengan 3 sudu besar bagi setiap lapisan sehingga 3 kali lapis.. lepas tu diikuti dengan 2 sudu besar 2 kali lapis & diakhiri dengan 1 sudu besar hingga adunan habis)
9. Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)


Nota :
* Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
* Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
* Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
* Sedap dimakan sejuk.




Selamat mencuba!

23 comments:

K.Nor said...

k.nor pun baru jer buat kek ni tp versi lain.. buat hari rabu.. tak sempat lg nak update hehe

Anna Qawina said...

aslmkm kak..huhu...kek yang berhantu ni kalo kat rumah saya..kalau buat tuk org lain sah2 kena buat tuk rumah sdri gak..hehe

susu pekat tu..eemmm rasanya tak manis kak, memang sedang2 elok rasanya, sbb suami saya pun tak mkn yg manis2..respon kastemer saya yg tempah pun kata sedang2 gak..ok gak akak kurangkan, jimat sikit...kekekee..lps ni blh ambik tempahan la kan..tambah produk akak tu..apa2pun tq ye sudi cuba dari blog saya..:))..

cik cek said...

Madiha....akhirnya buat jugak setelah 2 tahun berhajat...tahniah...he he....kak cek jugakla yg tak terbuat2...bila nak buat asyik bertangguh2...pas tu buat kek lain...ish2 tak leh jadi ni...nak buat jugak la nanti...adoiyai!...dah terasa2 kek ni kat anak tekak...hu hu hu...

Zana~Sweet Rose said...

salam kak..lama zana x kat jenguk sini, dtg nak tapau ni..waaah nampak sedap je kek karamel ni..kena masuk list dululah! :p

Ayu said...

Assalam ratna,
waduh tak boleh tahan dah ramai yang mencuba..akak juga yang ketinggalan ...tak boleh jadi ni...cantik dah akak tengok kek ratna ni..

Rozita said...

err nape..rasa dia kureng ye?

cantik rupa dia belang... kaler pun mengancam tu...

hehe... ingat kita je yg suka simpan resepi lama2..

Ummi said...

Waaaahh apa yg x cantiknya Ratna...ok jek akak tengok tuh...ngencesss lgk ada laaa... Rasa nak buat lg, tp malas...tumpang makan sini la eh Ratna :))

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Rozita: dari segi rasa takde yang kurang.. SEDAP! cuma kejadian & rupa paras aje yang kurang.. maklum baru pertama kali mencuba.. hehe..

liza said...

perggghhh sedapnya kek puding ni...mintak sikit...hihihi

Yatie said...

uwaaaaa..kira menjadi dan cantiklah kek karamel pelangi ni, yatie je yg tak terbuat2..

hazila said...

Saya pernah buat sekali tapi kejadiannya tak begitu memberangsangkan, ada niat nak buat lagi tapi entah bila....

liemaopurut a.k.a ana said...

tiap kali tengok orang buat kek karamel, perasaan tu membuak2..tapiiiiii tak jugak buat2 pun hahhaha.biler la nak sampai seru?jangan kene peram 2 thn jugak sudah la ;p

eh....cantek ape rupa paras dia....kire kek ni berjaya menggoda org laen suh buat jugak

CT Delima said...

As'salam Ratna

Dah elok lah tu, cantik jer ct tengok. kalau tak cantik meh anto kat rumah ct jer..hehehe. Dah habis ya, tak sempat nak mintak erk. ct masih tak terbuat2 lagi kek karemal ni. tunggu lah dah sunyi sepi nanti baru nak buat..hehehe

Zaliedana said...

Sy pon wat kek nih juga bawa blk kg raya baru ni,wat 5kale lagi,tapi malas nak snap,huhu..Mmg sedap kan kek ni kak..

cikmanggis said...

alhamdulillah kek glemer ni akhirnya tiba di dapur Madiha dengan bergayanya:)tahniah.Memang kek ni sungguh enak sekali terutama bila disimpan dalam peti sejuk dulu..wah enak sekali:)

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum kak...

hmmmm misi hari ni nak bagi ole2 kat mak and pak mertua dah selesai.. akak plak camne? harap semua nye success ye.. :) suka plak adik ipar nani makan kek karamel ni tadi.. insyaALLAH lepas ni nak cuba buat dengan lebih baik lagi.. :) ehehe.. akak rajinnya ngomel.. :) eheh

LYAfrina said...

sedapnyer....

nnti blh cuba gak ni..tp xtau la mnjadi cantik cam ni tak

MULAN said...

takut nak try.... tapi nak jugak makan... mesti sedap ni....!!

Malay-Kadazan girl said...

Wah cantik dan menariknya kek ni. Saya tabik dekat kak ratna.

fzi said...

Salam madihaa..
Akak pun ritu terai buat lepas tengok ramai yang buat tapi buat pakai resepi kek span dan puding gula hangus yang biasa duk buat kat umah.. alhamdulillah boleh tahan.. tapi kan nx time buat InsyaAllah nak lapis ngan jelly/agar2 sebelum hidang, kira ala-ala triffle gitu.. hehe

Siti Salameah said...

saya dah try buat..tapi malangnya..oven rosak mase tgh bakar kek ni..nest time kene wat gak ni..teruja tgk kek akak cantikk je pelangi dia

Siti Salameah said...

saya dah try buat..tapi malangnya..oven rosak mase tgh bakar kek ni..nest time kene wat gak ni..teruja tgk kek akak cantikk je pelangi dia

wonderfulife said...

cantiknye kek akak,smpai rsa xsbr nk bt..hehe..tpi msa xmengiznkn pulk..terima ksh ats perkongsian ni ye kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...