Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, November 18, 2011

Kek Oren Puding Karamel

Assalamualaikumm...

Yer bersua lagi... baru jer melangsaikan kerja2 yang perlu dibereskan... maka... dapatlah masuk blog ni lagi sebagaimana dijanjikan pagi tadi.... alhamdulillah...



Ok kali ni ku pos pula resepi kek karamel yang dibuat untuk sepupu MaDiHaA  tempohari.  Kek yang telah diubahsuai sedikit bahan2 di dalamnya.  Tertarik dengan olahan resepi Kek Karamel yang Kak Wan buat sempena hari lahirnya baru2 ni... terus rasa tertarik nak cuba versi yang begini pulak. Lagipun.. tak puas makan Kek Karamel yang dibuat pertama kali masa bawak balik kampong hari tu.. haha.. Buat kali ni pun untuk dirasa ramai2 juga sebab dibuat khas untuk Naknie yang menyambut birthdaynya... So.. dapatlah rasa sepotong sorang... jadilah kan.. Kot2 teringin nak makan lagi.. lain kali boleh buat lagi... wahwahwahh... kemarukk nampak!

Mintak izin ye Kak Wan MaDiHaA letak kat sini pula resepinya & terima kasih berkongsi ilham...


Kek Oren Puding Karamel
Adapted frm :  Kek Puding Karamel Puan Munira
Sumber : Kak Wan@resipicitarasawan

Langkah 1 : Gula Hangus
1 1/2 sudu besar gula pasir
Loyang 8 inci (MaDiHaA guna loyang 9" jadi kek kurang tinggi tak cun spt kek KakWan)

Cara-cara :
1. Tabur gula pasir di dalam loyang dan masak dengan api perlahan hingga menjadi gula hangus tanpa mengacaunya. Tutup api, goyang loyang kiri kanan untuk meratakannya.   Biarkan sejuk dan keras. Ketepikan.
2. Sediakan bahan Puding (Langkah 2) :

Langkah 2 : Bahan Puding
200ml susu cair
200ml thickened cream / double cream
100gm gula kaster
1 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur (Asingkan 3 putih telur untuk meringue)
2 biji telur

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan puding, kocok perlahan, jangan sampai berbuih. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus (Langkah 1). Ketepikan.
2. Sediakan Adunan Kek (Langkah 3):


Langkah 3 : Adunan Kek Span

Bahan A (Meringue)
6 biji putih telur (3 putih telur dari langkah 2, 3 dari langkah 3)
70gm gula kaster
1/8 teh cream of tartar

Bahan B
3 biji kuning telur (Asingkan 3 putih telur untuk meringue)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar oren emulco (sunkist emulco) (MaDiHaA guna oren emulco)
2 sudu teh pewarna oren
1 sudu teh coklat emulco (MaDiHaA ganti dengan capucino emulco + sedikit pewarna hitam)

Kalau dulu kek karamel hanya berperisa karamel.. 
kali ni gandingan oren & karamel pula.. bertambah2 sedapp!!

Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan bahan A di dalam mangkuk mixer yang bersih dan kering. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan ke dalam mangkuk lain.
2. Bahan B : Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
3 . Dalam mangkuk mixer yang sama, pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu. Masukkan gula castor, pukul lagi sehingga kembang menggunakan kelajuan tinggi.
4. Tutup mixer, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga bergaul rata. Kemudian kaup balikkan dengan Adunan A (putih telur yang di pukul tadi) perlahan-lahan hingga sebati.
5. Ambil 1/4 adunan, masukkan coklat emulco dan kacau hingga rata. Adunan selebihnya, campurkan dengan pewarna oren dan oren emulco. Gaul rata.
6. Tuang 2 sudu besar adunan kek oren ke dalam loyang puding dari Langkah 2 secara bertompok2. Kemudian tompokkan dengan 1 sudu besar adunan coklat di atasnya. Ulangi sehingga habis. (Adunan akan terapung di permukaan puding dan sedikit bergoyang. Setelah di masukkan kesemua adunan barulah adunannya tidak bergoyang.
7. Panaskan oven pada suhu 180C. Masukkan loyang berisi puding dari langkah 2 ke dalam sebuah lagi loyang yang lebih besar (Loyang 10" atau 12"), tuang air panas ke dalam loyang yang lebih besar.
8. Bakar secara bain marie di rak bawah selama 45-50 minit hingga masak.  Biarkan kek di dalamnya selama 10 minit. (MaDiHaA bakar selama 70 minit dengan suhu 170C menggunakan api bawah sahaja seperti saranan Anna Qawina.. kek lebih gebus! TQ Anna!)
9. Keluarkan kek dan biarkan bahagian tepi kek rengang. Biarkan betul-betul sejuk.
10. Terbalikkan kek perlahan-lahan ke atas pinggan dan biarkan kek turun dengan sendiri.
11. Lap segera dengan tissue dapur jika ada air gula yang meleleh di tepi kek.


Selamat mencuba!

14 comments:

AZLITA AZIZ said...

waaaaa.... Madiha dah buat ye.. ita baru berangan nak buat! nampak sedap dan menyelerakan lagi pulak bila di tambah perisa oren mesti best ni..

nonierahman said...

wah sedapnya rasa oren..nanti nak cuba jugaklah

K.Nor said...

oo ni versi yg satu lg aritu ya... hehe

Zaliedana said...

Uiii versi lain lak kek nih,mesti bertambah sedap sbb kek tuh perasa oren kn.

cik cek said...

Wah! karamel kek...ni birthday cake tuk cousin Madiha harritu kan...mesti sedap gabungan kek oren ngan puding karamel kan...nyum2..yummmyyyyy...:)

Cendana Kasih said...

Dulu ada la cuba sekali kek ni...mmg sedap...tp kita takleh nk buat selalu, sbb takde geng nak makan... meh rasa sepotong yer !!!

Kakwan (K1) - citarasawan said...

Salam Madihaa,,, best kan rasa oren tu nti kite cuba yg lain pula K1 pun nk wat lagi ni.. tgh fikir nk versi apa pula.. hee hee :)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Madihaa...
kak hawa blm pernah buat kek karamel nih lagi ramai teman2 blogger yg dh mencuba ada yg dh buat bisness lagi...huhuhu

Aishah @ Ariffin @ Aqil said...

salam akak...
aishah tak pernah try lagi guna perisa oren nih...tpkan kek puding caramel nih mmg byk tui sambutan...

Ayu said...

Assalam ratna..akak pun dah masuk list hari tu..dah siap print juga..uish mesti nak cuba ni..

Juwita Jamaludin said...

salam kak... ada resepi olahan ye.. tentu sedap juga.. boleh la cuba nanti InsyaAllah

Yatie said...

uwaaaaa harum tu bau oren, berangan je yatie nak buat..ntah bila agaknya..mmng nmpk sedap tu.

Anna Qawina said...

wahh..tensen nengok kek oren lak..sure bau 1 rumah ni kan..

hajat nak boh stoberi paste tp tak sure lak nak boh bnyk mana kak ek? ada cadangan tak? hehe..tak prnh guna paste tu baru je try bli..

oh ya..haritu lupa nak gtau, kna jugak buka api ats jap(dlm 3/5 mnt last kot) sblm tutup api sbb taknak bg kek tu melekat kat papan kek bila nak potong kan..biar kek tu kering sikit..akak punya lekat ke? kalo tak okle..hehe

nOOrsha said...

salam kak madiha..nampak sedap la kek ni..ade rasa oren ek..lain dari yg selalu tu kan :) blhla buat bila2 ade tetamu nak dtg nnty :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com