Assalamualaikum..
Today no Wordless Wednesday... sebab ada banyak benda nak tulis ni... hahaha..
Awal pagi tadi cemas juga bila cuba hidupkan enjin kereta.. tiba2 macam tak mau hidup je. Tapi masih ada bunyi sikit2 la berbanding bila bateri kondem langsung takde bunyi & tanda2 enjin nak hidup. Walaupun ada tanda2 nak hidup... tetap bimbang juga kalau2 bateri second hand yang ditukar hari tu buat hal pulak sebab beberapa kali juga cuba hidupkan barulah enjin hidup. Rasanya lebih dari 5 kali hidupkan... barulah enjinnya hidup. Aduhaiii... sudahlah sang suami masa tu masih ditempat kerja (belum balik dari keja shift malam) kalau idak... terpaksalah ponteng sekolah anak2 & maknya juga... tapi maknya ponteng kerjalah... hihi.. Ohh.. lepas tu barulah terfikir sendiri mungkin sebab kereta ni dah 4 hari tak dihidupkan kot... tu pasal ler dia merajuk! Almaklum... kereta dah uzur... kekeke... Memang syok betul cuti2 kali ni.. langsung tak keluar rumah! Keluar pun sekadar menyidai kain & menjenguk ke rumah jiran aje. Ehh..! ke rumah jiran bukan pegi bergosip.. tapi pegi hantar kuih-muih aje.. Yelah.. tak seronok nak berjalan2 bila sang suami bekerja. Walaupun dia kerja malam & siang2 dia ada kat rumah berehat/tidur... tak bestlah berjalan tanpa suami. Lebih seronok dok rumah aje... Macam2 benda boleh dibuat termasuk eksperimen di dapur.. Nasib baik anak2 tak merungut kebosanan kat rumah.. hihi..
Oklah... ini salah satu kuih yang dibuat masa cuti 4 hari baru2 ni... Kesian juga tersadai lama ubi kayu yang di bawa balik dari kampong ni. Yang seketul tu dah selamat direbus & dimakan dengan sambal tumis ikan bilis. Yang lagi seketul ni memang cadangnya nak dibuat kuih. Nasib baik masih elok sebab ubinya takde luka-luka... jadi takdelah dia rosak atau masuk angin. Memang tak sempat nak dikerjakan bila hari kerja sebab nak membuat kuih ni.. memerlukan masa yang agak lama... tunggu cuti barulah sempat.. Ok jom layan kuih Talam Ubi Kayu ni pula...
Resepi asalnya adalah dari Mat Gebu. Tapi MaDiHaA salin dari dapur Ita Masam Manis. Dah agak lama juga simpan resepi ni... baru kali ni sempat dicuba. Terima kasih ye Mat utk resepinya & terima kasih juga buat Ita... akak minta izin letak resepi kat sini. MaDiHaA tukarkan gula merah kepada gula apong dari Sarawak tu sebab kebetulan gula merah takde stok kat rumah... Gula apong ni pemberian seorang sahabat iaitu Along Ayu dah lama dulu... Sebenarnya tak tau nak gunakan gula ni untuk buat apa maklumlah tak biasa gunakan gula jenis pekatan macam ni... Akhirnya cuba untuk buat kuih talam ni. Sedap juga rasanya. Mekasih ye Along Ayu.
TALAM UBI KAYU
Resepi: Che Mat Gebu
Sumber : Ita Masam Manis
Lapisan Bawah
600 gram parutan ubi kayu
160 ml santan cair
200 gram gula pasir (MaDiHaA letak 4 sudu besar)
50 gram gula melaka (MaDiHaA guna gula apong 7 sudu besar)
Sedikit pewarna coklat (optional) (tak letak)
1 helai daun pandan
Lapisan Atas
600 ml santan
40 gram tepung gandum
70 gram tepung beras
Garam secukup rasa

Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan aluminium foil.
Lapisan Atas
Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian masak atas api ksederhana hingga bancuhan suam, kacau tanpa henti. Tuang perlahan2 atas ubi tadi. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan aluminium tadi. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.

Selamat mencuba!
11 comments:
Ratna...boleh gengla kita...akak kalau cuti ni...lebih suka memerap kat rumah dari kuar rumah...jgnla sesape ajak nak p shopping complex ke apa ke...mau pengsan bila tgk ramai org dari tgk barang...he he...rehat2 kan diri kat rumah lagi bestkan...
Waaaa...itu talam ubi sgt cantikkkk...bak sepiring...:)
hadoiii my feveret kuih ni....lapar terus....
sedapnya ....
lagi2 kalau ada ubi kayu ....
favourite hanim ni
salam kak wahhh cantik kejadian kuih talam ubi tu..sama tebal atas bawah...talam ubi belum try lg.
Sedapnya.... lama dah teringin nak buat sendiri.
uishhh sedapnyer!!k.nor dah pernah buat resipi ni.. mmg sedap tp kan.. dah tekak org ganu suka makan beka ubi.. jenis yg lembik2 tu.. lg lembik lg syok hehe
kuih kegemaranku..sedapnya..kalau dapat 1/2 loyang mmng syokkkkkk betulllll..he3..
sukanya talam ubi kayu...hehe... kat kg byk la ubi kayu...
feveret..!!! feveret sangat2..
Salam kak madiha cayang n yg dirnduiiiii selalu, rindu dgn makanan akak yg sedap2, kenapalah akak tunjuk talam UBI tuuuuuuuuu, kempunan ler mcm ni sbb sini takde ubi uuuuwaaaaaaaaa, sedapnyerrrrr!!!!! Akak sihat? lama betullllll kan kan kita tak jalan2 sini dah nak dekat setahun gitu perasannyer :D harap2 akak sihat2 selalu insyaAllah!
kelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!
Post a Comment