Monday, March 19, 2012

Rendang Kerang Kacang Panjang

Assalamualaikum...

Bersua di hari Isnin pula.. 2, 3 hari ni tak berapa sihat... virus batuk & selsema tiba2 menyerang. Bila dah asyik batuk.. kepala pun asyik berdenyut2 saja. Hari Sabtu & Ahad baru2 ni dapat jemputan kenduri kahwin... kalau ikutkan hati.. rasa tak larat nak pegi & segan pun ye jugak sebab bila dah mula batuk.. faham2 sajalah kan tambah2 di tempat ramai orang macam tu.. Tapi nak buat macamana.. bertahan ajelah sebab taknak hampakan orang yang menjemput.. lagi2lah yang menjemput tu memang agak rapat dengan kita.. hehe.. Walau cuti sekolah hanya seminggu.. tp dpt mkn nasi kenduri 3 kali u! heeee... gantung periuk la beb!


Sebab tulah jugak dah lama tak letak entry lauk pauk dalam blog ni.. tentu ada yang perasan kan? Sebenarnya.. 2 minggu hubby kerja malam memang dia yang ambik alih tugas memasak sebab dia perlu makan sebelum ke tempat kerja sedangkan aku sampai rumah dah pukul 7 lebih.. jadi bila je sampai rumah.. memang abg dah siap masak.. tambah2 minggu lepas balik kg bila ada kenduri di kampong.. jadi memang takdelah masak memasak dihari cuti.  Masak rendang kerang ni pun untuk makan malam hari Sabtu baru2 ni.. jadi barulah ada resepi baru utk lauk pauk.. oklah.. layanlah resepi sempoi ni ye...

Sebenarnya jadi kepingin nak makan rendang kerang campur kacang panjang bila ternampak dirumah sabahat blogger baru2 ni... (maaf terlupa nama). Terus ku godek2 sendiri memandangkan memang ada stok isi kerang yang abang beli... Sedap juga kerang dicampur kacang panjang dibuat rendang macam ni.. kira macam menu 2 in 1 gitu... sebenarnya kat kawasan ofis sini ada sorang peniaga nasi lemak yang juga sediakan menu rendang kerang campur kacang panjang gitu... itu yg teringin nak mencuba sendiri.. dulu.. Fiza Nordin pun pernah tayang dia masak.. menu kegemaran arwah emak katanya.. tapi rasanya takde pula disertakan resepi.. jadi aku guna jelah resepi sendiri.. 

Layannn...

Rendang Kerang Kacang Panjang

Bahan2
500 gm isi kerang rebus
10 tangkai kacang panjang – dihiris serong
2 ½ cawan santan (dari sebiji kelapa)
2 – 3 sudu kerisik homemade
1 keping asam gelugur saiz kecil (kalau besar letak setengah je)
Garam, aji & gula secukup rasa
1 - 2 helai daun kunyit – dibuang tulang belakang & hiris halus
2 – 3 keping daun limau purut
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
3 batang serai
1 inci kunyit hiidup
2 cm halia
2 hiris lengkuas
20 biji cili padi
10 biji cili kering (direbus & tos)

     1.       Panaskan minyak lalu tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak & garing.
     2.       Masukkan kerang & santan sambil terus mengacau.
     3.      Bila nampak pekat, masukkan bahan perasa, kacang panjang, kerisik, asam gelugur,  
            daun kunyit & daun limau purut.
     4.      Kacau lagi hingga rendang nampak agak kering & pastikan secukup rasanya. Bolehlah 
           dihidang dengan nasi putih panas2.


13 comments:

Sheila Shafeareen said...

as'salam hemmm menyelerakan mmg ada tepikir juga nak buat rendang kerang ni...lama dah x buat biasa buat time nak raya aje....x leh jadi ni dah terliuq negoknya :-0

owner jh said...

favourite sy...mesti cuba...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Lamanya tak makan rendang kerang, terliur rasanya tengok rendang Kak Ratna ni..

Qhaifa Nur said...

first time tengok letak kacang panjang....
lagi satu penambah sedap...

Qasey Honey said...

mesti cuba ni...rendang letak kacang mmg kelainan...

Chah said...

kopek kerang 1/2 hari, ngapnya tk sampai setengah minit da licin...tambah lak mabeles cam tu...sedap tu kak!

Liza said...

salam madihaa...liza pun pernah buat rendang kacang panjang ni, tp xletak kerang sbb anak2 tak suka...liza ganti dgn isi ayam...tetap best...

Unknown said...

assalam kak, sedapnya tgk rendang kerang ni kak..tapi dok sini tak ada kerang fresh...kalau kat msia best la dpt kerang fresh msk rendang gini lagi sedap kan.

Mulan said...

yummm.. sedap nya makan dgn pulut kuning, cicah roti biasa atau roti canai..

Amie said...

sedapnya rendang kerang! Makan dengan nasi himpit ni.... adoyaiii! Tak cukup sepinggan!

ummiaisyah said...

mskn ni mmg agak klasik kn...org2 tua mmg minat...
sy ni pon x brp sihat gak cuti ni...satu hr tu dok berselimut je...ni tekak berduri plak...camno nk ngajo nttah lah

Unknown said...

sedapnya makan dengan nasi

HomeKreation said...

Almkm Madiha cayang. Nampak sedap ni... ala2 masakan kat kampung...! Tapi buat masa ni tak berani nak makan kerang sbb kes sakit perut dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...