Monday, April 16, 2012

Stew Ayam Sos Tiram

Assalamualaikum & selamat pagi...

Pepagi takmau ngomel panjang2. Just nak share resepi Stew Ayam Sos Tiram yang dah lama sangat2 di masak ni... Suatu petang tu.. ternampak Norlieharumaini@Ilham masakanku  masukkan entry Stew Ayam Sos Tiram... katanya dah blur tak tau nak masak apa jadi dia masak lauk ni dan anak2nya semua kata sedap.  Yang aku pulak yang memang takde idea juga nak masak apa untuk dinner... cepat2 print resepi yang dikongsi sebab kebetulan tengok bahan2 tu rasa macam semua pun ada dalam esbox.. alhamdulillah.. balik tak payah nak pening2 fikir nak masak apa.. terus je masak lauk ni... memang sedap pun... budak2, mak & bapak budak semua sukalah... bukan kata anak jer.. hehe.. Terima kasih banyak2 ye Norlie berkongsi idea.. saya mintak izin kongsi resepi kat sini pulak ye...


STEW AYAM SOS TIRAM
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
3 ketul peha ayam - buang tulang dan potong kecil kecil (MaDiHaA guna dada ayam kuantiti agak2 je)
3 labu bawang besar - dadu (guna 1 labu bawang besar yg bersaiz besar)
1 tin cendawan butang - hiris
1" halia muda - hiris (guna halia tua aje)
2 sb tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
1 batang carrot- hiris ikut suka
2 tangkai daun bawang - hiris halus
2 tangkai cili merah - belah dan cincang (MaDiHaA ganti dgn lada benggala/capsicum hijau)
5 sb minyak masak
* sedikit air jika perlu.

Bahan perap:- (perap bersama isi ayam selama 20 minit)
2 sb sos tiram
1 sb pati ayam
1 sb kicap lemak manis
1 sb kicap pekat
1 sb serbuk lada sulah
1 sk gula

Cara menyediakan
1. Perapkan isi ayam bersama bahan perapan. Biarkan selama 20 minit.
2. Panaskan sedikit minyak tumis bawang besar bersama halia hingga wangi. Masukkan cendawan butang.
3. Kemudian masukkan bahan perapan tadi di ikuti carrot. Renihkan sebentar. jika kering masukkan sedikit air.
4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. gaul rata. Akhir sekali masukkan daun bawang bersama cili merah. Balik balikkan dan tutup api. sedia untuk di hidangkan.


Selamat mencuba!

7 comments:

dapurCikWan said...

Assalam kak...sedap2...buat kuah pun jadi tu. =)i like!

Amie said...

Assalamualaikum Madiha,
nak makan dengan roti bolehkan Madiha.... sedapnya!

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Kak Ratna... pagi-pagi tayang lauk.. buat saya lapar.... mesti sedap stew ayam tukan...

Nuridah said...

Assalamualaikum Madiha

pagi dik...mcm teruja pula kak Nur lihat resipi ini...kak Nur minta izin copy resipi ini ya...masuk dlm draft dulu..stew2 ni mmg sedap...kak Nur suker...thks for sharing.

hazila said...

Ada idea dah macam mana nak habiskan stock ayam dalam peti ais...

m.u.l.a.n said...

ouucchh.. makan dgn nasi panas2 ni sedap ni.. macam claypot chicken kot..

ika annisa said...

Akak.. Cendawan 2 msukkan skali dgn air dia ke..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...