Monday, February 24, 2014

Nasi Oats... kaya serat.... lebih tinggi dari Beras Perang!

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Bila dah berumur ni.. kenalah jaga juga pemakanan... tak boleh le nak latam makan segala benda sesuka hati.  Nak makan tu boleh tapi ada hadnya.  tak bolehlah hari2 asyik nak pekena yang sedap2 je kan.  Umpamanya.. masakan bersantan MaDiHaA hadkan hanya sekali atau dua kali dalam seminggu.  Yang bercheese pulak.. paling kerap pun sekali atau dua kali sebulan... kadang sebulan sekali pun xde masakan bercheese.  Selagi boleh elak.. elak elak elak.. hehe...  Kalau ikutkan hati memanglah sedap bebenor nak makan benda2 berlemak & kolesterol tinggi tu semua.. tapi kena jaga2 juga akan kesihatan diri.  Al-maklumlah umur pun dah meningkat...



Baru2 ni en. suami ada beli Oats For Rice.  Saja2 dia nak mencuba.  Biasanya.. bijirin oats suami & MaDiHaA ambil hanya pada waktu pagi.  Itu pun diselang seli jugalah dengan sarapan2 yang lain.  Bukan tiap2 hari boleh telan oats tu.. tapi demi kesihatan.. tak suka pun buat2 suka.. hahaha...

Ini percubaan pertama MaDiHaA makan Nasi Oats ni.  Hmmm.. boleh tahanlah sedap rasanya.  Kekadang terasa kenyal2 manja oats tu meletop bila tergigit. Tidak mengganggu selera kami... cuma anak2 je takut nak mencuba.. hehe..


Boleh lihat kandungan serat yang terkandung dalam Oats For Rice ni.  Tinggi jauh berbeza dengan beras perang... inikan pula dengan nasi putih biasa yang berada pada carta terendah.  Jadi.. ternyata memang bagus sangat utk kesihatan.


Tiada resepi tertentu.. MaDiHaA masak seperti memasak nasi putih biasa aje... nisbah yang disyorkan ialah 2:1.  2 beras biasa & 1 oats.. Pada packing ada pengesyoran diberikan.  Tapi MaDiHaA tak timbang pun.. hanya letak 2 pot beras & 1 pot Oats For Rice & sukat air seperti memasak nasi biasa.  

Entry ni TIDAK BERBAYAR ye.. MaDiHaA hanya nak berkongsi kebaikan oats ni je...sapa2 yang nak mencuba bolehlah cari di pasaran.

8 comments:

JaSSNaNi said...

ye la kak.. kadang2 kita ni bukan nak di bayar pun.. dapat kongsi kebaikan pun dah cukup seronok dah kan.. :) nani belum pernah cuba nasi oat ni.. hari tu teringin gak nak try.. tapi saja saja ler tambah oat dalam bubur fiyya.. tapi fiyya tak suka sebab tak ori kot.. lepas tu dah tak tambah apa2 dalam nasi or bubur dia.. hmm..

che mid said...

kalau dah tekak melayu nak makan nasik dan berlemak santan..elok juga cuba nasi oat ni..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak pun nak cuba juga madihah... kolestoral akak pun dah bermaharaja lela ni... Akak paksa juga telah oat tiap tiap hari, umur dah banyak ni memang kena jaga pemakanan kan :)

Bbwana adienia said...

salam kak..

bagusnya..memang patut jaga kesihatan kan kak..selagi boleh elak,baguslah dielakkan..

norhidana miswan said...

boleh cube jugak nih kak... jnji bgs utk kesihatan... pastu boleh belikan utk mak...

maz said...

Assalamualaikum...memang btul tu kan..bab2 mkn nk yg sedapp je...khasiat no 2...hehee...kat sni beras2nya pun memang byk plihan...klu mkn nsi bli tu..smua gna basmati...xde la beras yg tinggi kanjinya...jazakillahukhairan madiha sdi jnguk dpur kmaz yg bru nk idup tu...

eithusa said...

salam.
menarik ni, nk cubalah. terima kasih kak atas infonya.

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Madiha aka kak Ratna..

Betul tu kak.. Bila dah makin berusia ni, lagilah kena jaga kesihatan. Kalau ikut nafsu makan tu mmg tak pernah berhenti ngidam yg sedap2 jer.. Tapi elok kita beringat sblm kena kan kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...