Hari ni MaDiHaA cuma nak kongsi gambar pulut kuning tempahan yang dah agak lama juga dibuat sebenarnya ni.. gambarnya pun dah dimasukkan kat iklan kat sebelah tu.. hehee...
Pulut kuning lapis serunding ayam yang sangat sedapp...
Terima kasih Suraya sudi menempah dengan akak ye. Kebetulan hari yang sama customer nak ambil pulut kuning ni... MaDiHaA perlu hantar kakak Dini ke stesen bas Pekeliling untuk balik ke asramanya di Raub. Jadinya... kami bertemu kat situ je untuk pulut kuning ni bertukar tangan sebab Suraya nak bawa pulut kuning ni ke rumah kakaknya di Kajang untuk majlis anak saudaranya.. Lupa dah majlis tunang atau kahwin.
Harap berpuas hati dengan hasil tangan akak ye. Dekorasi permintaan customer yang nakkan begini. MaDiHaA cuba sedaya upaya spt yang diminta. Tapi kadang2 kena ikut bahan yang kita ada. Kadang tu bahan yang kita perlukan waktu tu tak dapat pula kita cari. Jadi kenalah gunakan alternatif lain sebagai ganti. Dalam kes ni.. terpaksa MaDiHaA gunakan daun salad untuk gantikan daun parsley sebab waktu tu tak dapat cari daun parsley kat pasaraya.
Terima kasih juga pada Kak Wan Citarasawan yang rekemenkan MaDiHaA pada Su. Moga bertambah2 rezeki Kak Wan kerana sudi berkongsi rezeki dgn MaDiHaA... amin..
9 comments:
kalo kawen nak tempah kat kak madihaa la heee ~ ~ ~
Krestif betul lah Madiha ni.. suka akak tengok sepasang burung tu...:)
cantik nyaaaa....
Akk mmg brbakat tau..cantik betul gubhan..zila klu mgubah mmg x reti..
Cantiknya..ada ukiran sekali..
Kak madiha..cantik dan kemas je...
salam kak..
memang cantik pulut kuning tu..sesuai sangat untuk hantaran..
salam Madihaa, kalau dekat2 mmg akak dah order ni tapi sayang jauh sngt teringin lah tengok lagipun akak mmg fav pulut ni
pandai madihaa menghias, sedap pulak tu...my fav ni...tapi tak berapa pas nak buat lagi..
Post a Comment