Tayang resepi ulangan saja hari ni. Resepi yang sedap ditekak pasti akan ada ulangannya. Meh cuba siapa2 yang belum lagi mencuba. InsyaAllah memang sedap ditekak kami sekeluarga.
Terima kasih empunya resepi asal Ummi Maria Hakem. Resepi ni dah berlegar2 seantero blog... dah ramai pun yang mencuba & MaDiHaA pun dah beberapa kali ulang masak setiap kali ada tomato lebihan mendeko pulut kuning. Kali ni ulang tayang dalam blog sebab tetiba je rajin pulak ambil gambar.. heheh..
Ayam Masak Kari Pakistan Resepi : Ummi Maria Hakem Olahan : Amie Sumber : CT Zaliedana & MaDiHaA
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh garam masala
2 sudu besar yogurt asli
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga
sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan
tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa
selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata.
6. Tidak perlu
tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. (MaDiHaA tambah juga air biar ayam betul2 empuk) Perasakan dengan
garam. Tambahkan yogurt.
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.
Selamat mencuba!
9 comments:
wah! mabelesnya...
wah.. sedap tu.. :D.. nak cikit boleh..
dah lama saya tak main masak2. vitamin M lebih skrg huhu
Memang terliur tengok tu kari ayam pakistan tu Madihah.... nampak sedap sangat :)
kak noor belum lagi sempat buat tengok macam sedappppppppppp jeeee
Tak muak masakan begini kan Madiha.
akak, ni lebih kurang daging mysore recipe yg i masak few days ago. nampak sedap sgt ur chicken. lama dah tak blog hopping. tahun ni ada azam baru, nak rajinkan diri.. hehe.
kak madiha...ela lum sempat wat tgk dah ramai wat ni..kena try gok lah
Ermmm sedapnyer kak...
Post a Comment