Monday, February 17, 2014

Mee Sarang



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Keinginan untuk merasa Mee Sarang yang SK atau Seri Kandi tayangkan beberapa bulan lalu dah tak boleh di tahan2 lagi... Bila tengok yang dia tayang pertama kali DULU lagilah tak tahan! Bila cukup je bahan2nya kelmarin terus ku masak untuk makan malam.  Alhamdulillah.. digemari & mendapat pujian suami & anak2.  Bahan2nya simple & cara memasak pun tersangatlah mudah.  Berbaloi mencuba... hidangan yang tidak begitu berat & tidak pedas sesuai sangat dengan selera anak2.. syok layan apalagi dimakan dengan cili hijau jeruk tu bagi kita yang tua ni...  marbeless..

Terima kasih pada SK sudi berkongsi resepi mudah ni.  Puas hati dapat makan sepinggan tu... dah tak ngences lagi.. hehehe... lain kali boleh masak lagi bila anak balik dari asrama... mohon kongsi resepi kat blog akak ye SK... terima kasih..


MEE SARANG

Resepi : SK@sariyusa.blogspot.com
(6 - 7 orang makan) ~ kami makan 4 beranak jer.. kikiki...
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna
Masak bahan kuah dahulu :
2 sb minyak masak
4 - 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
9 - 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
1 - 2 ekor sotong dibersihkan dan dihiris sederhana nipis
2 keping fish cake dihiris sederhana nipis
1/2 sb serbuk pati ayam/ ikan bilis
5 sb kicap cair
1/2 sk serbuk lada sulah
1 ikat sayur sawi (bersihkan dan siang, asingkan batang dan daun)
MaDiHaA tambah sedikit cauliflower
4 1/2 cawan air
1/2 cawan air masak + 2 sb tepung jagung, dikacau rata
2 biji putih telur

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam/ ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayur yang lain jika ada. Biar 3 -4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
6. Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.

 


Sementara tungguh kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.

Bahan Sarang :

Sebungkus Bihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, mahal sikit tak apa sebab kita nak goreng terus ia dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
2 cawan minyak masak

Caranya : Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. Sederhanakan api dan masukkan segumpal bihun (leraikan segumpal- segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat-cepat sehingga kembang keseluruhan bihun. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Teruskan menggoreng gumpalan bihun yang lain. Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.

Selamat mencuba!

10 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
ooooooo.. goreng bihun ala2 nak wat soto tu yer... lepas tu buat kuah tuangkan atas sarang tu.. ok ok... faham cikgu.. boleh cuba ni.. nampak mudah... tunggu ada bahan yang cukup untuk buat kuah dia.. ala2 cam mihun kantonis tu yer ...

umi's cup cake said...

wa..mee sarang dah berjankit ke sini..bila la nak rajin macam akak ni...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Aduh sedap pulak akak tengok Madiha.. dah sabar pulak nak mencubanya.. tengok resepi mudah jer tu... :)

Gee® said...

Adeh...terlior ai dibuatnya...

Fazleyatul Aini said...

selalu makan mee macam ni kat kedai chinese muslim. memang sedap !

che mid said...

Tak pernah makan mi macam ni tapi dah boleh agak rasanya tu..lagi tambah dgn cili jeruk!! Terangkat!

kyo said...

mentua selalu gak masak resepi ni.. kadang2 gantikan bihun dengan kuew teaw atau campur dua2..mkn dgn sambal kicap atau cili jeruk... layan..hihi

Phong Hong said...

Dah lama tak pekena mee macam tu. Keluarga PH pun gitu, untuk 6-7 orang, kita 4 orang boleh settle hee..hee...

lieyalatif said...

ya Allah kak..betul2 terliur tgk...ni kalo buat utk mia mija ni mesti suke...dieorg ni kalo mee2 gini laju laaaaa.....boleh la nak cube nanti kak....

fuzidss said...

unik sungguh namanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...