Thursday, February 27, 2014

Nasi Ayam Zai... menu ulangan kegemaran anak2...

Assalamualaikum & salam sejahtera....
Hari ni tayang menu ulangan je ye.. Ini antara menu kegemaran anak2 MaDiHaA.  Asal ibu lama tak buat nasi ayam... mesti anak2 sebut2 suruh masak... Yolah nak oii.... senang kojo omak request nasi ayam... sib baik tak request nasi arab hadramaut ker... nasi beriyani ker... nasi paela ker... mesti ibu pening kepala sambil2 raba poket yang dah nak kosong... hehehe..
Letak lagi resepi nasi ayam resepi bonda MaDiHaA ni yer...  resepi yang ma pernah guna masa dia berniaga dulu...  resepi turun temurun dari ibu ke anak... tak lama lagi boleh cucu plak ikut resepi ni..  hehe...



Nasi Ayam Zai
Resepi dari ibuku Zainab bt. Muda

Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna


Ayam Goreng
1 ekor ayam – dipotong 4 ~ dibersihkan & rebus 3/4 masak dengan air secukupnya (agak2 tenggelam ayam atau lebih sikit ~ ayam tu MaDiHaA suka buang semua kulitnya.. hehe.. nk kurangkan lemak..)

Bawang merah*
Bawang putih* Kisar halus bahan2 bertanda *
Halia*
Kicap
Madu/gula
Aji

Cara
Perap ayam yang direbus dengan semua bahan2 anggaran 1 jam. Kemudian digoreng tetapi jangan terlalu garing nanti isinya keras & tak juicy.. .
Air /kicap perapan jangan dibuang.. simpan utk buat kicapnya
 

 

Nasi
4 pot beras
6 pot air rebusan ayam (bergantung jenis beras) ~ gunakan pot yang sama utk sukatan beras
pewarna kuning
daun pandan
garam & aji (atau boleh gantikan aji dengan 1 sudu besar pati ayam.. & kurangkan garamnya)
bwg putih*
bwg merah* Bahan2 bertanda * dikisar halus
halia*
planta
cengkih
bunga pelekat/lawang
kayu manis

Cara
1. Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam, aji, daun pandan & sedikit pewarna kuning.
2. Panaskan sikit planta dalam kuali dan tumis rempah tumis & bahan2 blend tadi. Bila garing masukkan ke dalam beras yg telah dijerang tadi. Kacau rata & tutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.




Sup
Air rebusan ayam secukupnya
1 sudu besar serbuk rempah sup (MaDiHa guna Adabi) ~ bancuh sikit dengan air
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga pelekat/lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam & aji
daun sup & daun bawang utk hiasan

Cara
Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup & didihkan. Dalam kuali tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam & aji.  Tabur dengan daun bwg & daun sup ketika menghidang.




Sambal cili
5 biji cili merah*
 10 biji cili api*
2 biji tomato*
2 ulas bawang putih *
2 cm halia*
air secukupnya*
1 senduk sos cili
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
Garam & aji secukup rasa

Cara
Kisar semua bahan2 bertanda* diatas kemudian dimasak bersama dengan semua bahan2 yang lain sehingga pekat & sesedap rasa.

Sambal kicap
Guna air perapan ayam yang ditapis, kicap manis & kicap cair. Tapiskan air perapan ayam tadi dan campurkan dengan kicap manis serta kicap cair. Masak sebentar hingga mendidih. Sedia digunakan.


 


Sayuran yg digunakan
Timun
Salad
Tomato



Selamat mencuba! 

6 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

husband n anak sy pun dah komplen lama tak buat nasi ayam, hehehehe

betul kak, nasib baik dia tak mintak nasi arab mawt mawt, hahaha. Tu kepakaran Zalieda Zalidana tuh!

Gee® said...

Dah lama tak makan nasi ayam... terlior la pulak...

lieyalatif said...

tgk pic akak baru lieya perasan dah lame betul ieya tak buat nasi ayam kak...boleh la nanti buat...boleh pelbagaikan bento mia mija gi sekolah heheehhhe....

lieya dah printskrin resepi akak nieh...minggu depan leh buat....mesti miamija hepi bawak bekal nasi ayam...

JaSSNaNi said...

kak.. menu nasi ayam ni simple tapi best! kan.. lama dah tak buat nasi ayam ni.. semalam tengok ;jemput masuk chef; ajai dan chef kamarul, tayang nasi tomato, sedapnya ayam urap lagi.. hhhhhhmmm nak try weekend ni kot.. insyaALLAH..

Fazleyatul Aini said...

best nya
nasi ayam 1 !!
hihihi

Bbwana adienia said...

oh sedapnya..nasi ayam kegemaranku..lapar tengok kak..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...