Friday, February 14, 2014

Gulai Lemak Cili Padi Pucuk Ubi

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Menu orang kampong je hari ni... Pucuk ubi ni pun kami bawa balik dari kampong mertua masa balik bercuti CNY tempohari..  Rugilah kalau balik kampong tak bawak balik sayur2 kampong kan?  Selain pucuk ubi & cempedak yang semalam tu... MaDiHaA rembat juga  bunga kantan yang memang banyak kat keliling rumah mertua Tapi kali ni tak ambik banyak pun.. ambil sikit2 je sebab selalu sangat ambil berlebih2 last2 tak terpakai..  tamak tak baik kan.. huhu...

Resepi biasa2 je.. hari pertama MaDiHaA celur semua pucuk ubi yang agak banyak dipetik oleh adik ipar masa dorang mandi sungai beramai2.. hihihi.. Masa tu MaDiHaA tak ikut.. hanya anak2 je yang ikut ayah & pakcik2nya mandi.  Lagipun dorang sibuk nak menyelam.. tak kuasa nak ikut.. kita bukan pandai nyelam pun.  MaDiHaA cuma pesan je suruh petik pucuk ubi sikit kat tepi sungai tu.. tp rupanya adik ipar (lelaki) yang tolong petik sebab dia penyejuk.. takleh nyelam lama2... kata suami, dia jugalah yang layan anak2 kami mandi.. ayah & adik  beradik yang lain masih nyelam lagi.. hehe.. bertuah betul.

Hari mula2 tu sebab baru balik dr kampong.. malas nak masak beria.. jadi lepas celur tu.. kami buat cicah dengan sambal belacan je.. Esoknya.. lebihan pucuk ubi yang dah siap celur tu MaDiHaA buat gulai lemak pulak.. memang rindu sangat nak makan gulai lemak pucuk ubi sebab dah lama sangat dah rasanya tak masak.  Kali ni guna rencah ikan bilis je... berselera wehhh... yang tak tahan angin tu jangan makan banyak tau.. hehe..

 
Gulai Lemak Cili Padi Pucuk Ubi
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2
2 cekak/ikat pucuk ubi
2 1/2 cawan santan pekat
tambah air secukupnya untuk kuah (tak perlu byk nanti kuah cair)
6 ulas bawang merah#
2 ulas bawang putih#
20 - 25 biji cili padi# (terserah anda nak pedas atau tak)
2 inci kunyit hidup#

sejemput ikan bilis# dikopek bersih & rendam kejap
2 batang serai ~ dititik
1-2 sudu kecil serbuk kunyit (bergantung berapa kuning yg kita nak utk gulai tu)
1 keping asam keping
garam & serbuk perasa secukup rasa


Cara menyediakan

1. Pucuk ubi disiang. Ambil bahagian lembut & digetus/diputuskan dua. Bahagian pucuk sekali terus je patahkan kat bahagian batangnya yg lembut tu. Rebus pucuk ubi bersama air hingga lembut. Cara nak uji dah lembut atau tak.. ambil pucuk ubi tadi lalu koyakkan. Jika masih keras sambung rebus lagi. Bila dah lembut padamkan api & toskan airnya.
2. Tumbuk bahan2 bertanda #. Dalam satu periuk masukkan bahan2 tumbuk, serai, asam keping, santan, serbuk kunyit & garam secukupnya. Didihkan kuah hingga mendidih sambil selalu dikacau. Buangkan asam keping tadi kemudian masukkan pucuk ubi dan tambahkan air ikut keperluan. Jangan terlalu byk air nanti kuah jadi cair. Masak lagi hingga agak pekat.
3. Bila pucuk ubi dah mesra dengan kuahnya.. tambahkan bahan perisa. Masakkan sekejap lagi.  Bila dah secukup rasa bolehlah dihidang bersama nasi putih & ikan masin.


Selamat memasak....

4 comments:

Fazleyatul Aini said...

kak madihaa ni suka masak sedap2 aaaaaa
tak tahan gini ! nak p pasar tani gak cari pucuk ubi hehe

Gee® said...

Kalau masak lemak pucuk ubi ni gandingkan dengan nasi dan ikan goreng pon sodap kan Madihaa...

LiNa_Pg said...

sedap ni, ada pulak ulam cicah budu perggg memang layan abes

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah lama tak masak pucuk ubi ni Madiha... akak pun sama bila kg memang carilah sayur-sayur kg ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...