Tuesday, February 11, 2014

Cencaru Golek yang sedapp...

Assalamualaikum & salam sejahtera... 
Apa khabar semua readers sekalian?  Dah beberapa hari blog tak berupdate.  Cadang nak update semalam tapi tiba2 agak sibuk ngan rutin kerja di pejabat.  Terus terlupa dibuatnya.  MaDiHaA mohon maaf seandainya agak lama tak singgah & tinggalkan komen di blog kawan2.  Sekarang ni masa kurang menyebelahi... tak boleh dah nak blog walking sangat.  Jika berkesempatan pun hanya BW secara random.  InsyaAllah jika berkelapangan akan sampailah ke blog kawan2 ye.  Mungkin ada yang berkecil hati sebab MaDiHaA tak pernah sampai ke blog mereka sedangkan dia selalu tinggalkan komen kat blog MaDiHaA... maafkan MaDiHaA ye.. MaDiHaA tak mampu.  Apapun terima kasih di atas kunjungan kalian semua.  Terima kasih juga pada semua follower & new follower yang semakin hari semakin bertambah.  

OKlah.. hari ni kongsi resepi ikan pulak ye.  Kerap sangat masak ayam pun jemu juga walaupun anak2 tak pernah jemu.. Sesekali  tukar ke ikan pulak.  Kebetulan suami beli 2 ekor ikan cencaru saiz besar ni...  terus rasa nak dibakar je.. kita golek2kan dia menggunakan resepi Ayam Golek Simple resepi Kak Besah ni.. Hmmm memang sedap!  Meratah pun sodap!  Terima kasih Kak Besah.. mohon share kat sini ye.. & maafkan MaDiHaA sebab dah olah jadi Cencaru Golek pula.. hehehe...

CENCARU GOLEK

MaDiHaA adaptasi dari Resepi : Kak Besah@myresipi

(kuantiti bahan MaDiHaA dah adjust ikut keperluan)


Bahan-bahan

  • 2 biji bawang besar saiz kecil/sederhana*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 8 tangkai cili kering*
  • 2 batang serai*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/4 inci lengkuas* (anggaran sama byk dengan halia)
  • 1/2 sudu besar serbuk kari ayam*
  • 2 ekor ikan cencaru
  • Garam & serbuk kunyit secukupnya
  • 2/3 cawan santan
  • 1 kpg asam gelugor saiz kecil


Cara-cara


  1. Mesin/blender semua bahan2 bertanda* lalu ditumis hingga garing dan naik minyak.
  2. Masukkan santan, asam, garam, gula & aji sikit. Biar secukup rasa.
  3. Ikan cencaru dibersihkan.  Lumur dengan sedikit garam & serbuk kunyit.  Grill ikan dalam pemanggang ajaib atau dalam oven.  
  4. Bila ikan hampir masak terbalikkan ikan... curahkan kuah di atas ikan & bakar lagi.  Terbalikkan ikan & curahkan lagi kuah di atas ikan yang diterbalikkan tadi & bakar lagi sekejap.  Jika ada lebihan sos.. tuangkan di atas pinggan hidangan lalu angkat ikan bakar tadi dan letakkan di atas sos tadi. Sedia untuk dihidangkan.

 Selamat mencuba!

11 comments:

JaSSNaNi said...

assalam kak...

hmmm kalau nani ni ikan caru je mesti sumbat.. tak pun bakor... ni festime nampak caru golek.. heehehe.. leh try gak ni, sbb nampak sedap... terliur gak di buatnya... sib baik caru spesis ikan murah dan senang dapat.. leh la buat feveret ikan kan..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Aduh terliur sudah akak tengok cencaru golek madihah... nak mencuba jugak ni :)

umi's cup cake said...

waa...ikan caru pun boleh buat golek...

eithusa said...

Salam kak :)
sedapnya.... harus dicuba ni, selalu bila mak suruh masak ikan cencaru yg besar2 ni, sy bakar jer hehe.. punya la malas :P
next tine klu mak suh masak ikan cencaru lg, boleh la cuba resepi cencaru golek akak :)

LiNa_Pg said...

wah sedapnya kak madihaA..
Boleh cuba jugak ni..

Ainie prk said...

tengok pun dh menyelerakan ..bolehlah dicuba
...

MamaFaMi said...

Dap dap dap

Azian Nd said...

nak try jgk la...ada cencaru dlm peti sejuk...

Gee® said...

Mabelesnyaa...lapar pulak

Bicara Kak Noor said...

dah macam2 golek dah skrg ni kan, cencaru pun boleh golek2 jugak best tu, tak payah ayam lagi dah heee

Bicara Kak Noor said...

dah macam2 golek dah skrg ni kan, cencaru pun boleh golek2 jugak best tu, tak payah ayam lagi dah heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...