Thursday, October 7, 2010

Nasi Tomato

Okey.. sampai dah masanya untuk resepi nasi tomato ku.. hehehe.. Walaupun semua orang dah pandai masak nasi tomato ni.. tapi takpelah.. untuk rujukan anak2 ku di masa hadapan.. aku letak juga kat sini... lagipun.. lain orang lain resepinya... lenkali boleh cuba resepi versi lain pula..



Bahan2
3 pot beras basmathi (MaDiha guna pot rice cooker) ~ dicuci lalu ditos
2 ½ pot air
1 pot susu cair/fresh milk
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar marjerin
5~6 sudu besar sos tomato
1 biji tomato ranum sederhana besar ~ blend/potong kiub
4 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
1 biji bawang besar ~ di mayang nipis
2 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan ~ simpul
2 sudu besar kismis (optional)
bawang goreng untuk hiasan (optional)
daun bawang (optional)

Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi dan marjerin. Kemudian tumis rempah tumis bersama bawang besar hingga layu.
2. Masukkan tomato blend, sos tomato, susu cair dan air.
3. Masukkan garam dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan beras. Kacau rata dan biar hingga nasi kering lalu taburkan kismis dan kacau perlahan. TUTUPKAN periuk perlahankan api ke yang paling kecil.
4. Tunggu hingga nasi betul2 masak. JANGAN BUKA TUTUP PERIUK sehingga nasi betul2 masak. 5. Semasa hidang.. taburkan daun bawang yg dihiris & bawang goreng.

Beginilah rupa hidangan kami pada malam kejadian.. berbuka puasa bersama ma & adik yang datang ke rumah ku dalam bulan puasa yg lepas. Nanti aku masukkan resepi kuih tu pula yer...

3 comments:

Cute Oven said...

salam madiha...sedapnya bolehlah kite cuba minggu depan sal minggu ni banyak jemputan...

Unknown said...

Salam Jumaat MaDiHa...
Rajinnya MaDiHa Masak....Byknya Lauk....Bila Free Boleh Cuba....

Kak Lin Kalau Nak Masak Byk2 Cam Ni Kena Tunggu Cuti Sekolah....Sbb Kak Lin Tinggal Berdua Jer....

Ruziawati Bukhari said...

oh! t melihat gambar makanan ini dengan penuh ghairah sekali.. belum lagi merasainya tu.. hish! betul2 menggoda taw!!

x tahan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...