Salam Jumaat & salam Aidiladha..
Maaflah sebab terlambat bagi ucapan raya... cuti 3 hari sempena raya.. so hari ni baru sempat nak update blog..
Raya aidiladha tahun ni kami tak balik kg mana2. Sepatutnya giliran beraya dirumah mertua di Raub. Tapi ibu mertua pula nak balik beraya ke Kelantan dengan adik2 iparku. Kami tak dapatlah nak ikut serta balik Kelantan sebab cuti tak lama.. lagipun.. kekurangan modal.. Jadi kami ambil keputusan utk beraya di PJ saja... Inilah pertama kali beraya dirumah sendiri.. Memang agak bosan.. tapi nasib baik ada makcik kat sini yg jugak tak balik kg. Jadi adalah juga tempat untuk kami melepak.. hehe.. Selain tu.. sempat juga pegi beraya ke rumah pengasuh anak2 & juga bekas pengasuh anak sulungku.. Tak dapat nak berjalan jauh2 ke rumah kawan2 sebab anak dara kecik ku tak berapa sihat masa hari raya tu.. demam & perutnya meragam.. beberapa kali muntah.. asyik kena tukar baju saja.. Gambar tak banyak sebab handphone kehabisan bateri..
Menu kami dipagi raya... ikut pusingan jam.. ketupat segera, kuah lontong /lodeh berkari (resepi my mum), kuah kacang & rendang hitam daging (husband yang masak) . Alhamdulillah.. dapat juga makan ketupat dengan kuah lontong berkari yang biasa ma masak setiap pagi raya. Kalau tak.. mesti rindu giler dengan masakan ma.. walaupun tak sesedap air tangan ma.. tp kira okeylah.. hehe.. Lepas husband balik dari masjid.. sempat dia tukar baju melayu & turun semula dengan anak bujangku untuk pegi kat tempat orang melapah lembu korban. Cadang2 nak tolong melapah.. dah siap asah parang bagai malam sebelumnya.. tapi last2 balik semula sebab katanya.. orang yang melapah ramai sesangat sampai tak cukup lembu.. (lembu 6 ekor) hehehe.. mesti sebab ramai yg tak balik kg kot sebab cuti raya ditengah2 minggu.. sebab tu ramai yg menolong.. jadi akhirnya dia balik rumah semula & tak tunggu pun untuk ambil daging korban sedangkan kupon dah ada orang bagi untuk collect daging korban. takpelah.. takde rezeki kami.. lagipun kami keluar beraya dan hanya balik rumah sebelum maghrib..
Muka budak tak sihat.. (tengoklah rambutnya tu.. tokcunya tersalah gunting pendek sangat! huhu..) Ambil gambar si kecik yg tak sihat ni sebelum masuk kereta. Bergambar depan deretan kedai berhampiran parking kereta. Kedai2 semuanya tutup sebab cuti raya.. jadi bolehlah ambil gambar.. hehe.. Selalunya depan kedai ni sentiasa ramai orang lalu lalang.. tapi hari raya baru ni lengang!
Sementara tunggu enjin kereta panas.. duduk2 kejap... bukan senang nak ambik gambar si kecik ni... asyik bergerak je.. dahla ibu pakai kamera handphone je..
Sampai rumah makcik kazenku Ida dah lama ada sana... hehe.. Pastu apalagi.. dah namanya raya.. makan jelah kejenya.. hehe.. makcik masak ketupat, pulut kuning, sayur lodeh, rendang daging, kuah kacang & puding triffle sebagai pencuci mulut. Menu yg 4 jenis tu seakan2 sama dengan menu kami.. cuma versi je lain2.. hehehe... Ini je gambar yg last sempat diambil.. gambar daging kambing korban jiran makcik bagi pun tak amik gambar.. lepas tu terus handphone ku kong kehabisan bateri.. huhu.. Lepas asar pegi beraya rumah bekas pengasuh anak sulungku yang merupakan jiran lama makcik.. so makcik pun ikut sekali.. borak2 sampai kul 6 petang.. huhu.. Kami pulang rumah hampir maghrib.. lepas mandi & solat maghrib.. keluar lagi beraya ke rumah jiran sebelah pula sebab dari semalam dia pesan jemput kerumahnya.. Nak singgah siangnya masa kami keluar dia pula takde kat rumah.. so malam pun takpelah kan.. dah namanya raya.. siap Kak Ina jampikan kunyit & kapur utk Alin yg demam.. lepas beraya rumah Kak Ina.. pegi pula rumah Cik Ani pengasuh anak2ku sekarang.. pastu.. singgah lagi rumah makcik sebab dah janji ngan kazen2 nak berbbq malam tu.. hhuhuu.. penat seharian berjalan... tapi oklah juga ada xtvt..
4 comments:
salam...
Alin dlm x sihat tetap menten comel berbaju kurung..
banyaknya juadah raya..mesti meriah jer raya korban baru2 ni kan..
elelelel..lawonyerrr alin kai baju kurung yerkkk...
aku tgk blog nih dah naik taraf mcm FP...ari tu resipi jerk masuk... la ni, gambo Alin dah masuk dahhh..hahahah...abih la FB bersawang...muahahha
kak..mcm best je dgg itam tu...kak bg semua resepi kak...meleleh dh ni...
Post a Comment