Wednesday, May 26, 2010

Marble Twist Roll



Ini adalah antara roti yang paling menarik tetapi amat mencabar nak membuatnya.. hehehe.. perlu ada kesabaran yang tinggi utk menyiapkannya. Tapi tak mengapa sebab hasilnya sangatlah berbaloi & memuaskan hati... siap dapat tempahan lagi tu..... Thanks kepada Majalah Sedap utk idea dalam resepi ini.. tetapi tak tau dimana silapnya.. adunannya terlalu lembik jadi MaDiHaA terpaksa tambahkan lagi tepung. Masa ni uli dengan tangan sebab belum ada BM lagi masa ni.. kalau uli guna BM sure kena uli balik sebab kena tambah tepong tuh..

Sumber : Majalah Sedap (Bil. 1, Vol 1)

Bahan2 Inti (Harap maklum.. MaDiHa guna inti red bean paste ready made )
125 ml air
50 gram gula pasir
⅛ sudu teh garam
15 gram susu tepung
15 gram serbuk koko/coklat
25 gram tepung gandum
½ sudu makan marjerin
40 gram coklat masak hitam ~ dipotong2

Bahan2 Doh/ Roti
500 gram tepung gandum (MaDiHa tambah lagi lebih kurang 130-140 gram sbb adunan TERLALU lembik!!)
1 bungkus yis segera (mauripan 11g)
1 sudu kecil bread improver (MaDiHa tambah)
1 sudu kecil bread softener (MaDiHa tambah)
15 gram susu tepung
75 gram gula pasir
50 gram madu
1 biji telur
275 ml air sejuk (MaDiHa guna air dari paip je)
1 sudu teh garam
50 gram marjerin

Bahan Sapuan
100 gram krim mentega untuk sapuan (MaDiHa guna butter ajer utk mkn sendiri tu.. yg tempahan tu baru sapu butter krim)

Cara2 Membuat Inti
Masak semua bahan inti, kecuali coklat masak hitam. Sambil dikacau2 hingga meletup2, masukkan potongan coklat. Kacau sehingga coklat larut dan padamkan api.

Cara2 Menyediakan Doh
1. Dalam bekas yg sesuai.. masukkan tepung gandum, yis segera, susu tepung, gula pasir, bread improver & bread softener. Kacau rata.
2. Bancuh madu & garam di dalam 275 ml air hingga rata. Masukkan telur ke dalam tepung tadi dan tuangkan air + madu tadi sedikit demi sedikit sambil di uli rata & tidak melekat pada tangan. (masa ni la MaDiHa dapati adunan terlalu lembik.. jadi MaDiHa terpaksa tambah sukatan tepung gandum lagi )
3. Uli hingga adunan licin. Masukkan pula marjerin dah diuli hingga kental, rata & licin. Biarkan doh selama 30 minit.

4. (SILA LIHAT GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN) Tumbuk doh untuk membuang angin. Canai nipis doh setebal 1 cm. Masukkan inti. Lipat bahagian tepi ke tengah. Lipat lagi bahagian tepi yang sebelah lagi ke arah tengah juga.
5. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Lakukan lipatan seperti cara di atas.
6. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Potong-potong adunan dengan lebar 1 cm kemudian putarkan adunan.
7. Susun di dalam dua buah loyang bersaiz 26cm x 26 cm x 4 cm yang disapu marjerin dan dialas kertas kalis minyak. (MaDiHa guna loyang bersaiz 12 inci x 12 inci.. dpt satu loyang sahaja)
8. Biarkan selama 60 minit. Sementara itu.. panaskan ketuhar suhu 190C. Sapu dengan susu segar (ini MaDiha skip). Bakar di dalam ketuhar selama 16 minit dengan suhu 190C. (MaDiHa bakar dlm 18 minit ~ lepas 12 minit pertama.. MaDiHa tukar/terbalikkan kedudukan loyang supaya roti masak rata.. biasanya kalau tak tukar/alih.. roti akan hangus sebelah.. ).
9. Keluarkan roti dengan berhati2 ke atas redai kuih. (MaDiHa gunakan 2 spatula panjang utk keluarkan roti dari loyang agar roti tak terburai. (Semasa roti masih panas.. sapukan butter di permukaan roti ~ ini MaDiHa tambah.. ikut cara MamaFaMi selalu buat thanks mama!)
10. Setelah roti benar2 sejuk, terbalikkan roti diatas kertas kuih dengan berhati2. Buangkan kertas alas/lapik yg melekat pd roti & sapu nipis krim mentega. (MaDiHa sapu dengan butter jer sebab takmau roti terlalu manis).
11. Gulung roti dengan berhati2 dan padatkan. (Ikut cara gulung swiss roll yer puan2 ) Kemudian bolehlah dipotong & dihidangkan sebagai sarapan pagi maupun minum petang

PESAN MAJALAH SEDAP:
*Mencanai adunan haruslah satu arah sahaja supaya adunan lebih licin.
*Memutar setiap adunan roti sebaiknya rata putarannya hingga menghasilkan bentuk roti yang cantik coraknya.
*Mengisi inti/krim mentega jangan sampai ke tepi adunan supaya inti tidak akan keluar ketika digulung.

Ini Marble Twist Roll yang ditempah oleh Aliza.. satu inti coklat & satu lagi plain cuma buat belang2 campur warna hijau utk menaikkan corak..


Selamat mencuba..

7 comments:

JaSSNaNi said...

salam kak... :D
cantek marble twist roll ni.. mmg nampak mencabar gak.. hmmmm.. kena betul2 sabar ni kalau nk wat ni.. kan..

Ummi said...

Madiha, rajinnya wat twist roll tu...akak ada gak tgk dlm majalah apa ntah pasal roti nih..tp nak buat mcm x yakin je untuk doh tu..takut kena tambah2 camni laa..kalau dah masuk dlm BM tu susah sikit nak tambah2 kemudian..hehe..cantik lah roti tu..aiihh ada berani ke akak ni ek?

MamaFaMi said...

Ma pernah buat sekali roti ni, ambil resepi dari majalah tu la, tapi tak berapa menjadi... tak cantik. Sakit hati je. Nanti kot kalau rajin, boleh cuba lagi sekali...kottttt la kan...

Sharifah Nadzarah said...

Askum..madiha...sy follower baru..nak tye sket...roti digulung selepas dibakar ke sebelum dibakar?..

Rabiatun Adawyah said...

assalamualaikum...cantik sangat..suka la..

MaryMoh said...

Wow...terlalu cantik!

Cikgu Jamaruziana said...

gambar step 11 tu, selepas dipotong kena pintal sikit ye sblm disusun pada loyang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...