Thursday, December 2, 2010

Baked Sandwich


















Baked sandwich ni dah lama buat.. dah pernah masukkan kat FP dulu.. kali ni masukkan resepi kat blog pula..  sedap sesangat & anak2 semua suka...

Resepi asalnya dicipta oleh Kak Mas.. namun.. ini adalah resepi cari makan.. tetapi.. atas dasar ingin berkongsi keenakannya.. Kak Rinnchan kita yang begitu berbakat dalam mengolah resepi akhirnya telah berjaya membuat eksperimennya sendiri berdasarkan dari hasil dengar2, tilikan & juga lidah yg merasainya... akhirnya terciptalah resepi baked sandwich versi Kak Rinn... Untuk membaca lebih detail lagi akan cerita mengenai Baked Sandwich ini.. silalah ke FP Kak Rinnchan  yer..

Terima kasih Kak Rinn untuk resepi yang dikongsikan.. saya C&P kat blog pula ye resepinya untuk rujukan dimasa akan datang..








Okey.. jom tengok resepi...

Sumber : Kak Rinnchan
Bahan Kulit/Casing
Roti gardenia secukupnya

Bahan-bahan Inti
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese)

Kaedah penyediaan
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit. (sila rujuk SINI  untuk kaedah menyediakan kulitnya)
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan





















Selamat Mencuba!

4 comments:

K.Nor said...

nak cuba!! tq bg idea :) nk copy & save dulu ya.. thanks

Anna Qawina said...

waduhhh..kretip yea..
sila dtg rumah Ana ambik award best yea..:)

HomeKreation said...

Salam madiha. Along tau ni memang sedap. Along punya first entry pun lebih kurang cam ni cuma bentuk & inti berlainan. Along nak cuba versi ni juga nanti. Maceh madiha.

dapurCikWan said...

kreatif. akan dicuba. thanks ye kak bagi idea yang menarik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...