Friday, August 5, 2011

Kuih Ketupor

Assalamualaikum...
Haii.. terlewat sikit hari ni masukkan entry... kalau lewat2 gini tu maknanya kesibukan melandalah tu.. hehe.. biasalahkan... kita kerja dengan orang... kerja mesti diutamakan....


Oklah terus je dengan resepi hari ni yer... Kuih Ketupor ni adalah kuih tradisional negeri Sarawak.  Pertama kali nampak di blog Alongroz tertanya2 juga bagaimanalah rasanya.  Baru2 ni.. adalah insan yang bermurah hati berkongsi resepi dengan Alongroz, kemudian Along pula berkongsi dengan kita semua di blognya itu.. Aku pun terus teringin nak mencuba.  Tengok bahan2 pun mudah dicari... tak tunggu lama esoknya terus aku buat.  Masa buat ni belum lagi masuk bulan puasa tau.. tak silap aku.. aku buat hari Jumaat malam Sabtu minggu lepas.. maknanya.. dapatlah aku bagi kat makcik sikit pagi tu sebab pagi Sabtu tu aku hantar Dini ke tuisyen... 

Aku pun perkenalkanlah kuih ni pada makcik sebab kuih ni memang tak pernah jumpa kat semenanjung ni.. Makcik kata sedap.. abang pun kata sedap. Dia kata kuih ni lemak2 dia lebih tu yang dia suka. Kalau kuih yang terlebih manis tu dia agak kurang sikit.  Memanglah betul.. kuih ni rasanya manis2 buah je. tapi bahagian lemak tu yang lebih (aku dah tambah garam sikit dalam adunan supaya naik rasa lemaknya)... kalau sapa2 yang suka lebih manis.. pada pendapat aku.. boleh doublekan resepi untuk lapisan atas tu... barulah terasa seperti makan kuih serimuka. Tapi ikut resepi asal pun pada aku dah ok dah.. si kecik aku pun suka.. berkeping2 dia makan.  Yang kelakarnya.. lepas aku siap kukus & bila kuih dah suam2 sikit.. aku pun letaklah loyang kuih atas meja beralaskan dulang berisi air (takut semut masuk).  Lepas tutup kuih dengan tudung saji.. aku pun ajak si kecik masuk tidor & terus tutup lampu. Sekali si kecik ku menangis.. aku ingatkan kenapa.. apa pulak yang dia tak puas hati ni... bila ditanya.. rupa2nya dia nak rasa kuih yang ku buat tu..  nasib baiklah ibunya ni faham bahasa anaknya nih.. hahahaha... nak tergelak pun ada.. terpaksalah bukak lampu semula & potongkan kuih yang masih suam2 tu & suap dia dulu... lepas dpt makan 2 keping.. barulah puas hati... hahaha.. Alin Alinnnn... kelakar betul ko nakkk...

Pada Along terima kasih banyak2 sebab ketengahkan resepi tradisi negeri Sarawak ni yer.. Terima kasih juga kepada penyumbang resepi iaitu Nur68 melalui email dimana resepi asal adalah dari emaknya kalau tak silap.. thanks kepada semua.. mintak izin ye letak resepi kat sini pulak.. resepi asal MaDiHaA dah edit sikit2 ikut bahasa sendiri... kalau nak resepi asal.. boleh klik kat link Alongroz yer.  Cik Manggis pun dah buat juga kuih ni...

Kuih Ketupor
(MaDiHaA guna loyang empat segi 9"x9")
Resepi : Nur68 & Emak (via email)
Sumber : Alongroz

Lapisan Bawah
1 cawan* beras ~ direndam (anggaran 2 ~ 3 jam)
3 cawan* santan sederhana pekat
120g kelapa parut putih
1 sudu kecil rata garam (MaDiHaA tambah)
(*MaDiHaA guna cawan penyukat rice cooker)

Lapisan Atas
200ml santan pekat
2 biji telur
1/4 tsp garam
100g gula
40g tepong gandum
Pewarna ungu

Cara2 Menyediakan
1. Sediakan lapisan bawah dahulu dengan mengisar beras yang ditoskan dengan 2 cawan santan sehingga halus & tuangkan ke dalam kuali.  Tambahkan santan selebihnya yang lagi secawan tadi bersama dengan kelapa parut & garam.  Masak dengan api sederhana sehingga agak pekat.  Tuangkan ke dalam loyang & kukuskan selama 30 minit.
2. Bancuh kesemua bahan2 lapisan atas sehingga rata & tapiskan.  Tuang ke dalam loyang berisi lapisan bawah tadi.  Kukus lagi selama 30 minit. Sejukkan kuih sebelum dipotong.


Selamat mencuba!

21 comments:

Cik Nor said...

baru dengar. guna beras ek

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam madihaa...nampak sedap & kemas jer potongannya...Pon br tau nama kuih ketupor nih!

amie said...

Madiha,
first time kak Amie dengar pasal kuih ketupor ni...buat dengan beras ye, rupanya pun nampak menyelerakan!

kesiannya Alin tu.... dia nak rasmikan kuih tu dulu ye....

ijayuji said...

Salam kak madiha!!! bwkkan akak kuih serimuka pelangi kita yg malap nii sekali hihihi sbb oetang2 nanti kita sibuk memasak takut tak sempat nak singgah sini, kang malam2 dah terbongkang depan TV hihihi... CANTEKKKKKKKK kejadian kuih ni kak! rataaaaa jerrr! mcm potong guna pembaris yer kak hihihi.... pestaim dgr nanti nak cek bhn2 dia dulu sbb kuih2 gini kita pun suke ala2 talam gituu :D

Nur68 said...

Assalamualaikum madihaa,

Tq sbb sudi mencuba resepi keluarga sy. Alhamdulillah menjadi ye resepinya. Betul tu kalau nak tambah lapisan atas tu boleh tambahkan lagi. Manis & masin tu dah ikut tekak mak sy sbb dia ada penyakit darah tinggi.

Fazleyatul Aini said...

macam kuih talam pon iye jugak kan

hazila said...

Unik nama kuih ni, agaknya lebih kurang kuih tepung talam ke?

Cendana Kasih said...

huish..dengar jer nama kuih ni, berdezup akak datang, nk tengok rupa paras kuih ni... sure sedap kan !!!

Acik Erna said...

assalam madiha.memang tak pernah tau pulak kuih ni..acik ambik resepi ye.
sian ke adik kan..rupanya teringin nak makan kuih..tapi mama bawak pi tidur pulak.

Anna Qawina said...

nama yg unik..mesti sedap ni sbb ada pulut..hehe

sonata anak kancil said...

salam - boleh dicuba bulan puasa ni...tak pernah dengaar...sedap namanya sesedap kuihnya...
Mintak C & P resepi...insyaAllah nak cuba lah

Juwita Jamaludin said...

salam kak... menarik.. hari tu nampak dah rumh along.. nampak sedap je kuih akak ni

Deliah's Deli said...

kemas,molek rupa dia.sy x pnh tgk..rasa apalg.:)) guna tepung beras je blh ke? *uish,pandai2 je tukar resepi.:)))

Mieza said...

first time dengar kuih ketupor :)

Alina said...

Hey! You have a fantastic blog:) I like your desserts:) I regret very much that I don't your language:( Greetings from Poland. If you want to see polish desserts I'm inviting you to me: www.aliner.blox.pl

Unknown said...

slmt berpuasa Madiha....akak belum pernah cuba buat kuih yg berasnya di kisar, cmne tu?

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
nmpk sedap kuih tu... x perna lagi merasa kuih ketupor... menarik

nOOrsha said...

salam kak..menarik ni..akak salu tayang resepi yg jarang2 jumpe n dengar...good job kak..sekurang2nye sy yg serba serbi 'buta' kuih tradisi ni taw ade kuih2 camni..nmpak sedap...hmmm..leh cube ni :)

jay said...

nak cuba la kak....abg kita orang sana tp tak penah citer plak. :) c&p resepi ya kak...tqvm..

Dyg Norisha said...

besenya lapisan atas tu warna hijau. guna daun pandan yg dikisar or perasa pandan pun boleh. tak pun juz guna pewarna hijau. mmg kene guna beras yg direndam dan dikisar. sbb nak dptkan texture kasar2 gitu. klu guna tepung beras.. halus sgt. dh jadi serimuka plak.

Agen Resmi Balikpapan said...

kelihatannya sangat enak sekali masakannya !!

Obat Tradisional Tuntaskan Kista Ginjal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...