Tuesday, October 4, 2011

Terima Kasih kepada semua Followers...

Assalamualaikum....


Petang semalam pada 3hb Oktober 2011 genaplah jumlah pengikut blog Dari Dapur MaDiHaA seramai 1,000 orang. Tak sangka blog yang masih bertatih & serba kekurangan ni... ada yang sudi nak follow.  Ribuan terima kasih MaDiHaA ucapkan kepada semua followers/members yang sudi mengikuti blog MaDiHaA yang tak seberapa ni.  Terima kasih kepada shyta83_hairol yang telah menjadi pengikut yang ke seribu...



Walaupun tiada gambar yang canggih manggih... tp masih ada yg sudi singgah di sini.. Untuk pengetahuan.. gambar yang diambil hanya menggunakan henfon Sony Ericsson saja... & hasilnya.. setakat yang anda lihat selama ni..  Resepi  yang dipaparkan pun hanya yang biasa-biasa saja... resepi kampong, resepi yang diambil dari kawan2... & hanya sesekali saja mampu mencuba resepi yang agak 'hebat'. Itupun.. mungkin hebat di mata aku sendiri.. tapi bagi orang lain biasa2 saja.. hihi... Apa2pun.. sangat seronok berblog & dikelilingi kawan2 yang mempunyai minat yang sama.. Bertuah kerana di alam cyber tidak ada erti 'resepi rahsia'..  semua orang bermurah hati & berkongsi resepi yang ada.  Dan kepada kalian semua tak kiralah sebagai follower, silent reader atau yang rajin singgah & meninggalkan komen adalah penyebab yang telah menaikkan semangat ku untuk terus mengupdate blog ini.  Terima kasih semua. Namun begitu.. MaDiHaA ingin memohon maaf kerana kebanyakan komen2 kalian tidak mampu MaDiHaA reply satu persatu.  InsyaAllah.. sekiranya ada sebarang pertanyaan yang diajukan akan MaDiHaA cuba untuk menjawabnya samada di ruangan komen atau dengan melawat blog sesiapa yang bertanya.

Dari Dapur MaDiHaA ini sebenarnya adalah kesinambungan dari Fotopages MaDiHaA yang terdahulu.  Bukan niat nak lupakan fotopages.. Tapi ada beberapa masalah yang terpaksa MaDiHaA gunakan blog agar dapat mengupdate resepi dengan lebih mudah & pantas.  Syukur alhamdulllah.. sudah hampir 21 bulan blog ini berada di sini... mudah2an.. diberikan kekuatan untuk terus berkarya & berkongsi apa yang termampu...

Terima kasih

15 comments:

tun_telani said...

tahniah kak madihaa ^^

AZLITA AZIZ said...

Tahniah madiha semoga terus berkarya dengan menyumbang resepi2 yg terbaik..

tak pe lah madiha camera biasa pun tak pe janji kita ikhlas berkongsi.. semua tu ade ganjarannya di akhirat kelak.. insyaallah..

RynaHakimi said...

wahhh...dah 1k follower..tahniah kak =)

liemaopurut said...

tahniah...

tak kisah la henpon besa2 je.yang penting, ilmu yg dapat di ceduk kat sini lagi mahal dari kamera DSLR ;p

Zaliedana said...

Kak Tahniah sejuta kali dari sy ya..Moga terus berblog ya..

Malay-Kadazan girl said...

Congrats...selalu seronok tengok resepi dlm blog ni.

Kak Sam said...

wow tahniah kak. semuoga kak madihaa akan terus sukses dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus berblog

noorsafone said...

Salam Madiha..wah tahniah...dh lebih 1000 follower...pencapaian yg membanggakan juga..jgn jemu berkongsi ilmu lg okey..

quinnie said...

tahniah kak ratna..:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Terima kasih kepada semua yang meninggalkan komen & ucapan tahniah... tahniah kepada anda juga kerana andalah sumber inspirasiku berkarya di blog ini.... :-D

Your Ekslusif Hijab said...

salam kak...sy memang suka dgn semua resepi akak,sbb sy org pantai timur,suka yg manis2...ape yg akak masak,memang selera sy...jom ler singgah blog sy..www.jejarihias.blogspot.com

Qhaifa Nur said...

tahniah..

moga akan meningkat lagi..lagi..lagi

E-na Lovely Kitchen said...

Congrates sis!

moga akak terus berkongsi resepi2 hebat di alam maya...yang penting keikhlasan, kamera jenis apa bukan bandingannya...serius E-na mmg amat kagum dgn ibu2 bekerjaya yg mampu meneruskan blog masakan...really hardworking women!

Diana @ Melley Mey said...

Tahniah akak.. moga akan terus berjaya lagi...:)

KSWSK said...

guna blog lbh mudahkan kak compare fp dl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...