Wednesday, October 5, 2011

Sup Daging Lobak Putih

Assalamualaikum...

Ok.. dah tengok menu sarapan tadi kan.. sekarang ni tengok menu makan tengahari la pulak.. hehe... actually bukan menu lunch pun ni.. tapi ini menu dinner beberapa hari yg lepas.. ialah.. menu lunch kalau ada pun masa hari cuti Sabtu & Ahad aje.. hari2 bekerja ni menu lunch dari restoren/ gerai ajelah.. hehe..

Oklah takmo bercerita panjang sgt... ada byk kerja nak buat.. jom tengok resepi Sup Daging Lobak Putih ni... Lobak putih adalah antara sayur yang kerap jugak jadi sayur pilihan kami... macam2 boleh dibuat dengan lobak putih yang sangat berkhasiat ni.... hatta nak jadikan inti popia gantikan sengkuang pun sesuai jugak... Kali ni MaDiHaA gunakan lobak putih sebagai ganti ubi kentang di dalam sup... sedap! Yang penting..khasiatnya tu..



Sup Daging Lobak Putih
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
500 gm daging ~ dipotong nipis
1 batang lobak putih ~ dikupas kulit & potong ikut suka
air secukupnya utk mengempukkan daging
1 rempah sup bunjut
1 sudu kecil serbuk rempah sup ~ dibancuh dengan sikit air
1 sudu kecil lada hitam biji ~ ditumbuk halus
garam & aji secukup rasa
sedikit minyak
sikit daun sup untuk taburan (MaDiHaA terlupa nak beli.. hehe)

Bahan tumis
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang halus
2 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
1 inci halia ~ diketuk kasar
1 biji bawang besar ~ mayang memanjang 

Cara menyediakan
1. Rebus daging dengan air yang mencukupi sehingga daging agak lembut.  Sementara tu.. campakkan rempah sup bunjut & masukkan rempah sup yang dibancuh tadi.  Biarkan mendidih sesekali dikacau.
2. Bila daging hampir empuk.. panaskan kuali dengan sikit minyak. Tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia & bawang besar & tumis hingga layu & wangi.  Tuangkan bahan tumisan ke dalam periuk sup tadi.  Tambah garam & bahan perisa secukup rasa.
3. Tambahkan lada hitam yang ditumbuk. Bila daging dah cukup empuk barulah masukkan hirisan lobak putih tadi & masak sebentar hingga lobak layu. Padamkan api & siap untuk dihidangkan.  Taburkan daun sup semasa menghidang.

Nota MaDiHaA: Air boleh ditambah sekiranya air rebusan daging terlalu surut atau kuah nampak sikit sangat.  Kepekatan kuah bergantung citarasa sendiri.



Selamat mencuba!

8 comments:

Zalieda Zaliedana said...

Assalamualaikum kak,terus terang skp sy xpernah beli n mkn lobak putih nih,huhu jakun kan,tapi taulah khasiatnya utk ibu yg bf kan ank cam sy nih,tapi pernah dngar kata rasa dia xbape sdp tuh xpernah beli,hihi..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Zalidana: W'salam.. yelah.. ramai yg tak suka sbb rasanya yg agak maung. Tapi bg akak memang suka. Suami pun sejak2 akak selalu masak.. skrg ni dia sendiri yg kerap dok beli. Dibuat acar mentah mcm jelatah timun pun akak suka. kdg tu ratah mcm tu jer.. selain baik utk ibu yg breastfeeding.. bagus jugak utk pesakit batu karang & pesakit kencing tak tus.. kalau org yg tak berpenyakit.. mungkin dpt hindarkan dr terkena penyakit tu.. insyaAllah.. semua atas izinNYA juga..

Mulan said...

oohh best... kalo tengah tak sihat memang sedap ni..

Acik Erna said...

Assalam madiha..acik tak pernah makan lobak putih.
mintak izin madiha nak share resepi ni dengan kawan yang nak makan lobak putih..sebab baru lepas bersalin..tapi tak tau nak makan macam mana..katanya..rupanya boleh campur dalam sup ye.
terima kasih madiha..

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. sup-sup macam ni kalau makan waktu panas sedap kak.. tak sedar nasi berpinggan2 makan .. hihiihi

izahdaut said...

akak..kalu saya ternampak lobak putih ni mmg terigat kat akak, sebab akak mmg rajin buat menu berasaskan lobak kan.. hehehe..

one dy nak try jugak. sebab tak berapa reti makan. maung gitu rasa dia. hari tu suami saya beli sebiji, lembik gitu je tak masak..

Yana Shaiful said...

Best ni klu dapat mkn sup panas tp yana xpenah mkn lg lobak putih..tak tau la rsnya mcm mana..lepas bersalin dulu rmai yg srh mkn sbb byk khasiat utk ibu bf tp xsmpt mkn jgk..
Nnt nak try bt mcm ni..cmpur dlm sup :=)

Malay-Kadazan girl said...

Wah nampak gayanya macam banyak kali hirup kuah ni nampak sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...