Assalamualaikum....
Apa khabar semua? Harap2 semua sihat2 belaka ye. Ibu2 kat rumah tu gamaknya masa ni mesti tengah sibuk kat dapur kan... Yelah.. nanti nak kena jemput anak2 balik sekolah pulak.. Tak dapat nak gambarkan kesibukan ibu2 kat rumah.. tiap2 hari dengan rutin yang sama.. Semoga ibu2 semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan tugasan & tanggungjawab terhadap anak2 & suami. Bagi kami yang bekerja ini pun tak kurang jugak sibuknya. Di pejabat menyiapkan tugasan yang diamanahkan... Kadang2.. tension & sakit kepala juga dibuatnya.. hihi.. itulah dengan adanya blog masakan ni... dapatlah hilangkan sikit stress kerja di pejabat.. Bukannya suka2 nak curi tulang.. Tugasan adalah keutamaan... bila rasa masa mengizinkan dapatlah update blog ni.. bila masa tak mengizinkan memang tak dapatlah nak jenguk2 blog ni.. hehe.. Tapi bagi aku.. syukur alhamdulillah.. kerja di sini tidaklah begitu stress.. semuanya under control & dapat bos pula sangatlah baik orangnya...
Oklah.. berbalik pada resepi untuk hari ni... nak aku kongsikan resepi ayam goreng kegemaran anak2. Kalau goreng ayam cara gini.. anak2 memang berebut2 makan terutama bahagian serdak tu habis licin semua dikutip & dicolek.. hehe.. Sebenarnya.. aku sendiri pun suka juga.. hehe..
Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak ini olahan aku sendiri ilham dari sebuah gerai menjual nasi lemak tak jauh dari rumah pengasuh Alin. Dulu kat situlah juga aku hantar Haziq sebelum dia bersekolah tadika. Bila dah masuk 5 tahun aku hantar Haziq ke tadika & petang dia terus je dok kat situ sebab tadikanya jugak menyediakan taska. Jadinya.. hanya Alin sorang jelah yg tinggal kat rumah pengasuh lama tu.
Kadang kala lepas jemput Haziq.. dibuat permintaan nak beli nasi lemak kat gerai tu jadi terpaksa jugalah diturutkan permintaannya. Kesian juga kan... sehari suntuk dia kat tadika & taska.. apa salahnya menurut permintaan anak2 yg kita tinggalkan sehari suntuk. Aku pun sebenarnya memang suka juga dengan ayam goreng kat gerai tu.. Dari jauh lagi dah harum semerbak baunya tiap kali aku keluar kereta nak jemput Alin. Agak menggugat iman jugalah. Tapi takkan hari2 nak makan nasi lemak.. (sebenarnya nak kata.. takkan hari2 nak membeli... kehkehkeh.. )
Ayam yang digoreng tu memang secukup rasa & yang paling best bila dpt makan bahagian serdak2nya tuh. Oleh kerana terlampau suka sangat ayam goreng berempah tu.. aku pun godek2 ler bereksperimen sendiri kat rumah. (takkan nak mintak resepi dengan tauke gerai tu pulak kan.. hehe..) Walaupun masih tak menyamai 100% ayam goreng kat gerai nasi lemak tu.. tapi rasanya dah hampir2 nak sama.. dari segi wangi baunya & juga rasanya dah hampir sama 90%. Cuma.. serdak yang aku dapat lebih rangup & berderai sedikit berbanding yang jual kat gerai tu yang agak basah2 & melekat2 sikit.. mungkin yg kat gerai tu letak gula lebih sikit atau ada ditambah madu agaknya.. Tapi overall aku memang dah puas hati dengan ayam goreng berempah yang aku buat ni... (sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.. hehe.. ehh.. suami & anak2 pun dah puji juga tau!) Bila menggoreng aje.. memang satu rumah berbau harum.. rasanya.. jiran2 pun merasa jugak baunya.. kekeke... fuhh.. macam tak sabar2 nak makan hehe.. Makanya hari ni.. dengan ikhlasnya aku kongsikan resepi ayam goreng yang sangat sedap ni.. sudi2lah mencuba ye.. Tapi sebelum mencuba.. pastikan kat rumah u all mesti ada penapis gorengan yang berlubang agak halus tu ye.. ala... penapis yang biasa makcik2 jual goreng pisang guna tu.. tapi pilihlah yang berjaring agak halus sikit... sebab tapisan tu perlu untuk proses nak menyaring serdak2 yang sedap tu.. tapi jangan salah guna penapis santan pulak ye.. hehe..
Ok jom aku kongsikan resepinya..
Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
½ ekor ayam saiz besar
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar penuh gula pasir
½ sudu kecil aji (optional)Minyak masak secukupnya
Penapis gorengan berdawai halus
Bahan kisar kering (guna food processor/blender kering)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ ~ 2 inci halia ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik.. kalau kecik letakla 2 inci)
1 ½ ~ 2 inci lengkuas ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik)
3 ~ 4 batang serai ~ ambil bahagian pangkal saja lebih kurang 1 jengkal/6 inci.. bersihkan & potong2 1 inci (maknanya dptlah 6 potongan bg setiap batang serai (ini adalah untuk dapatkan serdak yg panjang2)
1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit)
1 sudu besar rempah ketumbar biji
½ sudu besar rempah jintan manis biji
½ sudu kecil rempah jintan putih biji
Cara2 menyediakan.
1. Ayam dipotong beberapa bahagian & cuci bersih & tos. (kulit ayam memang ku buang tiap kali memasak.. terpulang anda nak buat atau tak).
2. Bahan2 kisar di atas.. dikisar menggunakan food processor atau blender kering. Kalau guna blender kering, blend sikit2 ye sebab kalau masuk semua takut tak muat. Cara nak kisar tu.. tekan on & off dengan kadar yg sekejap je. Jangan biarkan on lama sangat baru nak off sebab kadang2 bahan2 dalam tu tak dapat turun & berputar sangat. So bila kita off tu.. sekali sekala kita keluarkan dari 'ibu blender' tu.. dan kita goncang2kan isi dalamnya (nak kena wat demo ni baru org faham.. hehe) supaya bahan2 dalam tu bercampur & dpt berpusing & hancur dengan elok. So lakukan beberapa kali macam tu ye. Kadang2 MaDiHaA buka dulu blender tu dan keluarkan bahan yang dah lumat bahagian bawah gunakan sudu & sambung kisar lagi baki yang belum lumat kat bahagian atas tu.
Alternatif lain kalau tak pandai nak guna pengisar kering untuk blend bawang.. boleh juga guna pengisar basah tapi jangan guna air terlalu byk sbb bahan perap ni lebih elok kita tak campur air sebab air yang keluar dari bawang pun dah memadai.
3. Perapkan ayam & semua bahan2 kisar & bahan2 perasa & gaul sebati. Perapkan selama 30 minit hingga satu jam.
4. Panaskan minyak & masukkan ayam satu persatu sekali dengan rempah yang dikisar tadi. Gunakan api yang sederhana. Sesekali rempah2 yang timbul dikacau2 sikit. Bahagian bawah ayam tu sekali sekala dikarih2 sikit supaya ia tak berkerak. Tapi jangan dibalikkan selagi ia belum garing. Biarkan garing di sebelah kemudian barulah dibalikkan. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan. Lepas tu.. gunakan penapis berjaring halus tadi & sauk/kaup kan serdak2 yang dah garing dalam kuali tadi & toskan juga. (kalau boleh tos dalam penapis lain ye). Sauk kesemua serdak sehingga habis dengan mengorek2 atau mengarih2 sikit dasar kuali.
5. Sambung menggoreng lagi ayam & masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak. (Yang dalam gambar tu hanya sebahagian je serdaknya.. ada lagi dalam mangkuk kecik lain.. hehe..)
6. Hidangkan ayam di dalam pinggan hidangan & taburkan serdak yang telah ditoskan. Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak ini sedap dihidang bersama nasi lemak, nasi putih atau nasi berperisa yang lain. Memang besttt!
Selamat mencuba!
22 comments:
Salam madiha wah kerak-kerak ni mesti sedap la makan dgn nasi.
erm.....tang serdak tu yang sedap...
sedapnyer ayam goreng..akak suka makan ngan nasi kukus,.... tp itulah, sampai sekarang tak terbuat lagi, ayam kalasan berseri tu pun dok tunggu list nk masak...ni dh muncul plak ayam berempah berserdak...huish..takleh tahan ni
sedapnya akak.... yang banyak seredak tu yang best skali.. sbb sambil cubit ayam leh sambil cubit seredak.. makan ngan nasi.. nyum nyum.. tapi nanti tak leh amik nasi.. so kalau wat ayam goreng sekor pun bleh telan.. janji tak de karbohidrat.. mmmmm kena jaga2 pemakanan lepas ni.. kena banyak makan lauk je.. tak de nasi for 2 weeks.. nanti dah turun sket berat ni baru amik sket2..
pergh~~ meleleh tgk...bau ayam tuh sampai ke sini...
wahh..lama tak datang ke dapur akak, tengok2 macam2 menu yang menarik dan sedap2 belaka...mylady pun memang suka ayam goreng ni...makan dengan nasi putih panas, gaul plak dengan serdak2...uiiiii..toksah cerita la..bertambah2 tanpa disedari..hehehe..nanti mesti try resepi akak ni...
lau guna ayam kg lg mabeles kan kak...
Kak Madiha, kita memang suka sangat ngan serdak ayam goreng ni, kalu beli nasi kukus ayam berempah, msti mintak serdak ni lebih..
Assalam kak,uii panjang lebarnya cara,mmg detail,kalo sapa yg xfaham juga,mmg nak kena lah ni,hihi..Nmpak sedap ayam tuh,sy kalo ayam goreng berempah nih,mmg suka sgt,serdak tuh lagilah suka..
sedapnyer .. tun kalau pisang goreng pun suka serdak2 dia, serdak ayam goreng lagiii laa suka.. rasa2nya kalau ada depan mata nih, gaul serdak dlm nasi, mesti lg byk serdak dr nasi. hihi
isyh dulu der makan memang sedap bebeno nak mencuba idakler lagi nampaknyer... mungkin ada sedikit kelapangan lehler mencubanyer yer dak...
emmm sedapnya makan ngan nasi pulut..
kegemaran anak2 ni...serdak tu gaul dgn nasi pun sodap..
sedappp.......suke sgt ayam berempah..huhuhu..mohon copy ya..u masak sonang...hehe..trimas2...
Resipi ayam berempah nie yg suka..nyum2.. lebih2 lagi tang serdak tuh ler.. :) TQ sharing yer..
Uuiiihhh...sedapnya..boleh try ni...mesti anak2la yg paling syok nak makan ayam berempah ni..
Terima kasih atas perkongsian Pn Madiha. Dah try, mmg sedap sgt2... Semoga ALLAH membalas jasa Puan yang tak lokek ilmu masakan yg power2...Aameen
Saya dah cuba resepi puan..mmg sedappp sgt2 dan bau pun naik wangi...terima kasih atas perkongsian resepi ni...semoga allah memberkati puan sekeluarga...insyaallah..
Cara membuat nya sangat detail. saya pasti mencubanya
Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC
Nasi kukus ayam berempah ala Thai di bercham raya, ulu Kinta. Berhadapan klinik harmoni.. sgt sedap.. ayam besar.. serdak pun sedap.. kari kaw2.. sambal belacan.. perh.. harga rm4.50.. siap jual kerabu meggie thai rm3.00 shja.. jual pkul 11pg hingga habis.. kdg2 kol 2.30ptg habis da..
Nasi kukus ayam berempah ala Thai di bercham raya, ulu Kinta. Berhadapan klinik harmoni.. sgt sedap.. ayam besar.. serdak pun sedap.. kari kaw2.. sambal belacan.. perh.. harga rm4.50.. siap jual kerabu meggie thai rm3.00 shja.. jual pkul 11pg hingga habis.. kdg2 kol 2.30ptg habis da..
Post a Comment