Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, October 11, 2011

Kuih Kukus Bawang Goreng

Assalamualaikum.......... bersua lagi.....



Tak sabar2 rasanya nak update resepi Kuih Kukus Bawang Goreng yg sedap nih! hahaha... Dari pandang pertama lagi dah berkenan dengan kuih ciptaan Izah penggemor muffin nih tau... Print terus resepi.. haha.. Dalam hati berkata2.. mesti sedap kuih ni sebab ada bawang goreng tu.  Confirm aku suka!  Bawang goreng memang aku suka... kalau buat bawang goreng sendiri.. tak sah kalau tak suap ke mulut. Kalau tabur dalam bihun sup ker... mesti tabur lebih (kecuali utk posing2 kena tabur sikit2 dulu.. masa nak mkn.. tambah lagi..hahaha.. buruk perangai kan?).  Walaupun rasanya ada sikit2 terasa pahit... tapi sodap! Tapi tu ler.. skrg ni.. sejak2 dah ada bawang goreng segera tu.. mulalah terasa malas nak kopek & hiris bawang untuk buat bawang goreng sendiri.  Malas nak main drama 'air mata'.. hehe.  Walaupun bawang goreng segera kurang ummphh.. dah vitamin 'M' punya pasal... beli jugaklah yg segera.. lebih2 kalau nak guna dalam kuantiti yang banyak... main beli jelah kan.  Tapi.. untuk buat kuih ni memang tak boleh guna bawang goreng segera tu.. memang kena buat sendiri barulah best, barulah wangi. Sama juga kalau nak tabur atas kuih kasidah pun kena guna bawang goreng home made baru wangi... & kejadian kuih ini pun.. memang harum semerbak satu rumah  masa mengukus dengan gabungan bau pandan & bawang goreng tu...


Kuih ni buat malam tadi.. tak mainlah sikit2.. buat 2 adunan terus bila dengar Izah kata dapat loyang kecik jer.. (yelahh.. selalunya kalau buat kuih nak bagi juga kat makcik & pengasuh) jadi sementara tunggu ayam defrost untuk masak dinner.. balik je dari kerja cepat2 godek kuih ni dulu.  Lepas siap dinner.. sempatlah diposingkan sebab kuih pun dah sejuk... siap berhias bagai lagi (tumpang glemer sebelah bunga hantaran Pak Embong lagi... abislah seri.. kehkehkeh).  

Oklah... sebelum letak resepi.. nak ucap terima kasih pada Izah utk resepi best nih.  Resepi hasil godek2 beliau bila beliau makan yang kakak ipornya buat masa kat kampong. Kelasss ko Jahh... rasa2 jer dah boleh godek sendiri.. hehe.. Mintak halal ye Izah akak letak resepi kat sini... Rasanya sebijik macam kuih kasidah style yang biasa makcik akak buat tau! Sebabnya kuih kasidah resepi makcik memang guna santan.. best!  Resepi ni dah ramai kawan2 lain yang mencuba.. aku jer yang selalu ketinggalan.. biasalahkan.. suri rumah bekerja ni memang sokmo2 ketinggalan.. Kalau nak tengok hasil kawan2 yang dah mencuba.. boleh tengok kat blog Kak Anymz, Rabiatun@sweettouch, Alongroz Sheila Shafeareen, NazrahMala@alamroon    & mungkin ramai lagi dah dah mencuba.. mungkin ada yang terlepas pandang.. jangan marah yer... haa.. tengok.. ramai sungguh yang berkenan dengan kuih ni... Jadi apa tunggu lagi.. kalau rasa suka dengan bawang goreng.. jomlah try..!


Kuih Kukus Bawang Goreng
Resepi : Izahdaut
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

3/4 cawan + 2 sb tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka (MaDiHaA tak letak dah sebab hijau air pandan dah mencukupi)
1/2 genggam bawang goreng

caranya:

Panaskan kukusan.
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan. (MaDiHaA tabur bawang setelah dimasukkan ke dalam loyang)
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit). (utk kuantiti 2 kali resepi.. MaDiHaA kukus 50 minit)
Tunggu sejuk kemudian hidang.

Nota Izah :
*kuih ni dapat kecik comel je.  Kena gunakan loyang palingg kecil. (MaDiHaA buat 2 adunan.. gunakan loyang bulat 9")
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. Dalam gambar tu, saya letak terbanyak bawang goreng nyer. sedikit menjejaskan rasa.



Selamat mencuba!

16 comments:

tun_telani said...

mcm kuih hasidah ye?? tun mmg suka sangat2x kuih hasidah tu.. tp x pandai buat.. huhu.. dh beli dh tepung ubi nk try ni, tp lupa pulak beli bawang merah. kt umah tun biasa guna bawang besar je. dan bawang goreng mmg x penah buat. hahaha.. pemalas kan? duk guna bawang goreng instant tu je.. kui kui.. tp nk wat kuih ni takut x sedap pulak kalau guna bawang goreng instant tu.

anymz said...

akak nak buat lagi.hari tu cam tak puas je tang kaler nya tu.akak tertumpah kaler hijau.kikiki

Sheila Shafeareen said...

Asslaamualaikum.....wah dah sampai sini juga ye..kita punya dah habis lah mmg rasa nak buat llg x puas mkn..ank pun suka... kena buat dua adunan baru dpt besar sikit....

kzai said...

madiha..sedapnye tgk kuih bwg grg ni..first time terpandang pun dh terpikat..mmg mebeles ni..nnt nk try gak..bila tu xtau lah...hehehe

kzai said...

ohh..terlupa...akak suka kalor asli mcmni..yummyummm...nk wat bwg grg tu yg bercinta sikit...

izahdaut said...

kak madihaaa..
alhamdulillah akak suke ye. sedap kan kan kan. pualk2 dibuat guna bahan2 asli tu. haishh memang kena ngan selera tekak saya ni. bawang goreng tu memang menjadikan kuih ni best.

terima kasih kak sudi try resepi cube2 saya ni. hehe..

Anna Qawina said...

hai tertinggal ler saya ni, tah bila sempat buat..hiihi

Zaliedana said...

Uii Akak pon dah wat kuih nih eks.Glemer makcik ampang skang,sanasini tayang kuih nih..Sy bwang goreng mmg malasnak wat,selalu mak yg buat,kalo blk kg,da abis stok bwng goreng,msti mak bagi,sbb tuh ank dia mls nak wat,hihi..

RynaHakimi said...

Ni resepi wajib cuba..thanks akak for sharing =)

Juwita Jamaludin said...

salam kak ramai yang dah cuba kuih ni ye.. ita je tak cuba.. belum rajin nak baut bawang gorengnya tu...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kak ratna..pki tepung gandum ke semuanya..mmg kena tmbh lg 2 sb tpg tu ye?ke lupa taip tpg lain?huhu..maaf kak kurang fhm resipe.risau akak letak tpg beras ke..kot2 terlupa taip.nak sgt2 cuba

HomeKreation said...

Salam Madiha. Wah dah buat juga ya. cantik posing siap dgn munga2.... sedap kan.

Nieza said...

assalam kak, wahhh nampak sedap kuih ni...ditambah pula dgn bawang goreng tu kan.

Mamasya said...

Assalammualaikum Ratna

Tengok ramai dah cuba kuih ni...bahan2nya pun mudah...stok bawang gorengpun ada...boleh cuba nanti.

~~zAnAfAhMi~~ said...

Assalam....Madiha, akak copy paste resipi pizza kat blog ye.

Kuih ni kalau zana buat, confirm sendiri yg makan....anak zana tu pantang dgn bwg melainkan kalau di blend, baru dia makan.

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...
akak.. mmg hari tu nampak izah wat.. dah nampak sedap.. ni akak buat.. lagi2 taruk extra bawang goreng tu mmg bertambah2 sedap... betul tu akak.. skrg sejak ada bawang instant tu.. mmg tak main goreng2 sendiri dah.. mmg dok pakai yg bawang goreng instant tu je.. tapi sebenarnya bawang goreng asli lagi sedap.. ngan baunya yg power tu.. dari drama air mata sampai ke drama ummpphhhh.. ehehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...