Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, October 27, 2011

Gubahan Hantaran - hAsiL kErAs TaNgAn Ku.....

Assalamualaikum.... 


Seperti dijanjikan hari ni aku masukkan gambar2 gubahan hantaran yang telah disiapkan.  Untuk pengetahuan kawan2 yang baru mengenali MaDiHaA.. (kawan2 dari fotopages rasanya ramai yang dah tau aku minat menggubah ni.. sebab banyak kali juga aku pos entry pasal gubahan ni dalam fotopages.. hehe) MaDiHaA memang sangat berminat dengan seni gubahan ni. Walaupun tangan kurang berseni & idea tak berapa kreatif.. tapi disebabkan minat yang mendalam tentang gubahan.. aku berani2kan diri menggubah sendiri hantaran bertunang & berkahwin aku  12 tahun yang lalu. Hantaran adik2 yang 3 orang masa bertunang & kahwin pun kebanyakan aku juga yang buat kecuali masa adik no. 3 bertunang sebab masa tu aku ada sibuk perkara lain... tak sempat nak tumpukan pada kerja2 menggubah.. jadi adik ipar yang tolong siapkan dari kampong manakala gubahan sirih junjung aku buat bila dah balik kampong. Walaupun kurang berseni, kurang kreatif & kurang masa.. syukur alhamdulillah dpt hasilkan sendiri & dapat kurangkan kos yang perlu dikeluarkan.  Kalau upah orang kena sediakan duit upahnya pulak kan... harga upah pun boleh tahan juga. Yelah.. bukan salahkan tukang gubah sebab modal menggubah pun bukannya murah ditambah pula kena perah otak yang kadang2 boleh buat sakit kepala.. hehe.. Kalau buat sendiri.. dah jimat di situ.  Tapi sebenarnya.. bukan duit jadi ukuran.. tapi rasa kepuasan & nilai dari air tangan sendiri tu yang sebenarnya lebih penting & tak dapat nak dihuraikan dengan kata2 akan kepuasan yang dirasai setiap kali kita memandang gubahan hantaran yang kita buat siap tersusun..  Walaupun mungkin bagi orang lain yang melihat biasa2 saje... hehe... Tapi bagi aku.. setiap gubahan memang terlalu banyak nilai seninya.  Sebab itu tiap kali hadir majlis perkahwinan.. wajib melihat & menilik gubahan yang ada kat rumah pengantin tu.. macam tulah kalau dah minat kan..? hehe..

Gubahan2 kat bawah ni seperti yang aku katanya dalam entry semalam adalah bajet ekonomi.. memang takdelah meriah sangat atau mengunakan bahan2 yang mewah & mahal2... semuanya dari bahan2 yang murah2 aje.  Idea pun  kebanyakkan idea lama & sesetengah dikutip sana & kutip sini.  Cuma tidaklah ikut 100% dari yang dilihat.  Biasanya memang tak boleh ikut 100% seperti yang dilihat sebab tiap kali kita membuat gubahan.. kita kena pandai2 sendiri ejas sana sini terutama seni gubahan dari  bahan2 berasaskan kain.
Jomlah layan mata dengan gubahan hantaran hasil keras tangan aku yang tak seberapa ni ye... TQ Jol sebab bagi kepercayaan penuh pada Kakngah menyiapkan gubahan ni.. Mak & kakak2nya pun sama dah serahkan semua pada aku.. hehe.. Kiranya.. ni dah dapat restu dari kakak2nyalah.. barulah aku berani nak buatkan.. Takut juga kan.. kita hanya ipar.. kalau memandai2 nak buat nanti takut pulak adik beradik yang lain kecik hati... Tapi bila semua orang dah serahkan kepercayaan pada kita.. barulah kita buat.. yang paling penting ialah keikhlasan yang datang dari hati kita sendiri.. barulah dapat berikan hasil yang baik... hmmm.. panjang pulak membebel yekk..


1. Kain Ela/kain pasang.



Inilah dia hasil gubahan yang pertama yang aku hasilkan.  Kain pasang/ kain ela ni kami sponsor untuk meringankan sikit beban pengantin.. hehe.. Biasanya kalau bahan dari kain ni.. cantik digubah menjadi bunga2 gini selain dari bentuk buah.. (ini idea lamalah ni ye..). Jadi inilah yang terhasil.  Bagi aku.. lebih suka menekankan seni menggubah itu sendiri dari melebih2kan eksesori dalam setiap gubahan.  Lagipun.. ini juga cara untuk mengurangkan kos dalam gubahan bagi gubahan bajet ekonomi.. Tak salah nak saratkan setiap gubahan dengan bunga2an/reben kalau mampu.. Tapi macam aku katakan tadi.. jika dah tergubah indah begini.. rasanya tak perlulah eksesori  terlampau dikeliling gubahan tu..

Bahan2 sampingan yang digunakan : 
1. Kotak moon cake 4 segi (yang diambil dari ofis ~ bahan recycle ni.. hehe) ~ sebagai tapak/pemegang kain.
2. 2 jenis riben (lebar & kecil)
3. Bunga plastik.
4. Renda & jarum peniti.
5. Kotak kek recycle yang digunting menjadi kelopak bunga.
6. Span yang dibentukkan bulat sebagai inti bunga.
7. Getah gelang.
8. Gam & glue gun utk lekatkan bunga pada riben.
9. Dawai halus utk mengikat riben.
10. Gunting & pelayar/pliers.



2. Duit maskawin RM22.50 & cincin.

Cincin & maskawin gubahan kedua yang berjaya disiapkan (cincin, maskawin & duit hantaran tak termasuk dlm bilangan hantaran sebab ia diserahkan pada mlm pernikahan). Kipas yang digunakan adalah idea yang dicilok dari FB Nsafea Shareareen. Terima kasih ye Su sebab izinkan saya mencilok idea. Seperti yang aku katakan.. idea tidaklah dicilok 100%.. ada yang ditambah & ada yang dikurang ikut apa bahan2 yang kita gunakan.

(gambar kat atas ni ambik masa kat masjid masa acara akad nikah.. itu yg blur aje tu.. hehe.. masa ni baru diletakkan cincin)
Bahan2 sampingan yang digunakan :
1. Gabus/polisterin bulat sederhana tebal.
2. Kertas hiasan (untuk balut gabus)
3. 3 jenis renda.
4. Bunga ros kecil dari riben satin. (beli yg siap)
5. 3 jenis bunga plastik
6. Bekas cincin (asalnya kosong tak berhias)
7. Gam & glue gun.
8. Jarum peniti.
9. Riben
10. Kipas buluh
11. Dawai halus utk ikat riben.
12. Sedikit kain net (untuk ikat duit 50sen & diselit dicelah riben)
13. Gunting.



3. Telekong

Pandangan dari depan.
 
Menggubah telekong ni agak mencabar sikit.  Idea gubah jadi beg tangan tu ambil dari internet.. yang ni ok2 saja. Dah siap lipat2 jadi beg tangan.. telekong bahagian lagi satu tu pulak jenuh fikir nak buat apa. hehe.. Last2.. susah sangat.. buat pasu/vase bunga ajelah... habis cerita hahaha...

Pandangan dari belakang.

Bahan2 sampingan yang digunakan:
1. Gabus/polisterin 4 segi nipis.
2. Kertas hiasan.
3. 2 jenis renda.
4. 2 jenis jarum peniti.
5. Gam & glue gun.
6. 2 jenis bunga plastik.
7. Mangkuk polisterin kecil & span bunga (span dibalut tisu supaya telekong tak kotor terkena habuk span) (bahan ini utk letak dlm pasu/vase yg dibuat untuk dicucuk bunga)
8. 2 jenis reben.
9. Kertas riben renyuk (utk tutup kiri kanan beg).
10. Bunga rose riben satin.
11. Tali hiasan.
12. Kotak kek recycle. (utk keraskan & tebalkan kain telekong yang nak dilipat menjadi beg).
13. Pembaris (utk ukur kotak kek yg perlu dipotong).
14. Kertas surat khabar lama (untuk keraskan bentuk pasu/vase bunga)
15. Gunting & pelayar/pliers (utk potong dawai bunga).



4.Duit hantaran

Duit hantaran ni tak termasuk dalam bilangan hantaran ye. Tapi digubah jugaklah biar manis dipandang. hehe.. Ini cuma sebahagian saja dari jumlah duit hantaran. Sebahagian dah diserahkan ke keluarga pengantin perempuan.  Duit ni digubah menjadi kuntuman bunga rose & kudup bunga rose kemudian dicantum2 menjadi beberapa tangkai bunga rose.


Bahan sampingan yang digunakan:
1. Kotak plastik transparent.
2. 2 jenis renda.
3. Riben.
4. Bunga plastik.
5. 2 jenis dawai. (yg halus & yg agak keras sikit utk btg bunga rose)
6. Gam & glue gun.
7. Kertas hiasan (utk lapik dasar kotak plastik)
8. Daun plastik.
9. Pelilit batang bunga warna hijau. 
10. Gunting & pelayar/pliers.



5. Coklat


Menggubah coklat ni yang aku paling seronok sekali.  Suka betul gubah coklat.  Banyak idea yang akan keluar bila bab2 gubah coklat & gula2 walaupun adakalanya ianya adalah idea2 lama... hehee..  Kali ni ku gubah menjadi sebakul bunga dari beberapa jenis coklat. Antara coklat yang digunakan ialah.. 3 kotak coklat cadbury kecil, 1 bungkus besar coklat koko jelly, 3 peket wafer cloud9 & 2 bungkus coklat nougat cloud9.


Bahan2 sampingan yang digunakan:
1. Gabus/polisterin sarang burung & ginseng yang dah kosong.. (hehe.. guna yg recycle lagi... boleh rujuk n3 kat bawah utk tengok rupa gabus sebelum siap digubah)
2. Double tape.
3. Kotak kek recycle ~ untuk tangkai bakul.
4. 2 jenis renda.
5. 2 jenis riben.
6. Kertas hiasan ~ untuk balut tangkai bakul.
7. Inti bunga (utk letak ditengah2 bunga dari coklat koko jelly)
8. Jarum peniti ~ untuk lekatkan renda
9. Sedikit bunga plastik kecil2.
10 Gam & glue gun.
11. Span bunga ~ utk tambah dlm gabus mana2 yg perlu.
12. Pelilit batang bunga warna hijau.
13. Daun plastik.
14. Selotape ~ untuk lekatkan wafer menjadi 3 serangkai.
15. Dawai bunga.
16. Gunting & pelayar/pliers.



6. Kasut

Kasut & gubahan yang seterusnya lepas ni semua aku siapkan kat kampong.  Yang ni mudah sikit sebab tak perlu digubah. Cuma susun gitu jer & hanya perlu hiaskan sikit tempat letak kasut tu.. ikat reben dah siap.  Cuma aku tersilap guna gabus 4 segi yang agak besar.  Sepatutnya guna yg bulat pun okay.. tersilap beli sebab mula2 ingat nak letak sekali dengan handbeg. Tapi last minit dah tukar plan sebab toilettries nampak sikit sangat.. so aku gabungkan toilettries dengan handbeg sebab handbeg tu kecik jer lagipun.. ia jenis  handbeg yg lembik  (handbeg dari kain & bersulam manik2 tu) payah sikit nak letak & tak elok plak aku tengok kalau letak sebelah kasut tu. Barang2 yg aku gubah kat kampong ni memang aku tak tengok lagi.. itu sebab tak tau nak agak nak beli bahan2 macamana. Ini pun.. bajet2 riben sebab tak berapa nak cukup.. hehe..





Bahan2 sampingan yang digunakan:
1. Gabus/polisterin 4 segi. 
2. Kertas hiasan.
3. Renda kecil.
4. 3 jenis bunga plastik.
5. Gam & glue gun.
6. 2 jenis riben.
7. Bunga rose riben satin.
8. Gunting & pelayar/pliers.



7. Toilettries & handbeg.

Nak gubah ni agak mencabar sikit walaupun perlu susun2 je. hehe.. Sebenarnya aku dah short renda besar tu untuk balut bakulnya tu.   Bakul tu.. adik ipar memang dah siapkan. Bakul dari jut. Mulanya aku ingatkan toilletries yang dia beli tu dah siap bergubah atau dah dibuat mcm hamper tu ker..  hehe.. Rupanya nak letak dalam bakul macam tu.  Renda yang tinggal tak cukup beberapa inci. Nasib baiklah masih boleh dibegger2 lagi ditutup dengan riben & bunga tu. Kertas hiasan tu pun sebagai penyelamat jugak  untuk menutup keliling bakul & dasarnya walaupun terpaksa guna yg bersambung2 gitu. Ingatkan dah tak diperlukan dah nasib aku bawak juga balik kg.. hehe...

Ni gambar masa kat rumah persinggahan/homestay kat Jengka 23.. kami tidor kat sana sebab pengantin dinikahkan pada sebelah mlm manakala kenduri keesokkannya & gubahan ni aku ada touch up sikit dengan melekatkan riben2 kat setiap botol barangan.

Bahan sampingan yang digunakan:
1. Bakul jut bulat tanpa tangkai.
2. Kertas hiasan. ~ untuk tutup dasar & keliling bakul dari dalam.
3. Renda lebar.
4. 2 jenis riben.
5. 2 jenis bunga plastik.
6. Gam & glue gun.
7. Gunting & pelayar/pliers.



8. Sirih Junjung


Menggubah sirih junjung pun yang paling aku minat. hehee.. seronok!  Ini sebenarnya idea cilok dari gubahan sirih junjung sepupu aku masa dia kawin dulu. Gubahan dari sebelah pihak lelaki. Berkenan sungguh. Mungkin skrg ni kira dah outdated kot design gini. Tapi aku nak jugak buat design gini haha... Dulu pun pernah sekali ada kawan tempah nak minta buat gubahan sirih junjung ala2 gini. Cuma ada sikit kelainan dari yang aku gubah dulu. (ada update kat fotopages dulu). 

Bahan2 yang diperlukan:
1. Daun sirih.
2. Bekas plastik untuk dibuat tapak (beli kat kedai 2 ringgit jer.. hehe)
3. Gabus silinder.
4. Dawai
5. 3 jenis bunga plastik.
6. Bunga kapur, pinang & gambir. (beli siap aje ni)
7. Gabus bentuk sfera utk lekatkan bunga bahagian atas sekali tu.
8. 2 batang kayu warna hitam. (beli kat kedai bunga)
9. Gam & glue gun.
10. Gunting & pelayar/pliers.
11. Jarum peniti.
12. Batu2 kecil. (hahaha.. yang ni yang paling mahal sekali.. kutip kat tepi sungai rumah mak aje.. tujuan sebagai pemberat supaya gubahan stabil & tak mudah terbalik sebab gubahan ni gunakan polisterin jadi agak ringan)


9. Bunga telur (beli siap)


Bunga telur ni sponsor dari kakak sulung pengantin sebanyak 50 batang. Aku cuma tolong cucuk2 kan aje kat tempat bunga telur yg dah siap dibeli tu. Cucuk pun masa dah sampai kat Jengka dah ni sebab kalau dipasang siap2 nnt payah nak bawak. Berat pun ye jugak. hehe...

Mintak maaf ye sebab entry kali ni berjela2 panjang nya. Malas nak buat satu2 entry takut entry masak2 pulak tertunda.. hehe... Maaf juga sebab gunakan entry Dapur MaDiHaA ni untuk selitkan gubahan yang dibuat. Mintak maaf juga sebab takde gambar step by step cara menggubah. Memang tak sempat nak ambik gambar.  Bahan2 yang ditulis tu untuk rujukan sendiri & mungkin adik2 yang bakal nak berkawih boleh jadikan rujukan sekiranya ada perancangan nak gubah sendiri hantaran perkahwinan nanti.  Musim cuti sekolah dah hampir tiba mesti ramai adik2 yg bakal melangsungkan perkahwinan. Tak perlu ikut 100% seperti yang akak tunjukkan boleh ejas mana2 yg suka. Lagipun.. ini cuma contoh hantaran yg bajet nya ekonomi. hehehe.. Kepada semua bakal pengantin didoakan semoga segala urusan berjalan lancar ye.  

Owhh sebelum tu.. kalau nak tengok hasil tangan MaDiHaA buat hantaran untuk adik MaDiHaA dulu boleh klik SINI.  Tema yang dipilih adik ialah meroon & putih.


Sekian & jumpa lagi!

24 comments:

Faiz said...

perghh..letih..tapi saya tahu rasanya bila suma dah siap..sgt seronok dan puas kan?..hehhe

quinnie said...

wah cantik la kak ratna....:)

izahdaut said...

akak memang berseni la.. terpegun saya tengok. mmg pandai. mmg patut la akak yg bertanggung jawab buat hantaran. lawa sunguh especially yg kain ela tu. buat kelopak bunga. lawo!!

noorsafone said...

wah...Ratna yg mempunyai bakat terpendam...macam mak andam la pulak...lepas ni boleh buka kedai ya..

tun_telani said...

wahh... mantap! kalau laa ada adik beradik yg pandai gubah jugak. mesti jimat kos..

Ct Noarizah said...

Nampaknya minat kita ni serupa ya...sekarang sy tengah memerah idea untuk buat gubahan adik lelaki yg akan bertunang sebulan lagi kalau idea tak datang alamatnya saya ikut baliklah idea gubahan yang sy buat untuk 3 orang adik sy yang lepas-lepas tu... kalu rajin update dalam blog itupun kalau igt nak ambik gambarnya nanti.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Faiz: memang betul tu Faiz.. seronok tak terkata & puas hati bila tengok hasilnya...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Quinnie: terima kasih.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Izahdaut: Takdelah berseni sangat. Kadang2 perlu refer jugak utk cari idea.. tp syukurlah orang kata dengan tengok2 hasil gubahan yang dah siap.. dapatlah buat sendiri walaupun tak tengok cara2 membuatnya.. dah minar la katakan.. org kata hati terang.. hehe.. t.kasih Izah..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Norsafone: e'ehh mama ni.. kalau mak andam pandai solek pengantin.. hehe.. bolehlah kak sikit2.. tiru2 idea orang & campur2 dengan idea sendiri.. alhamdulillah dah minat.. mungkin bolehlah buat bisnes sambilan bila dah pencen nnt.. hihi.. Tq mama..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Tun Telani: betul tu Tun.. boleh buat sendiri memang boleh jimat banyak..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Ct Noraziah: ye ke Ct pun minat menggubah juga ye? Seronok kan buat apa yang kita minat.. sy ni takdelah kreatif sgt. Kalau org suruh buat on the spot kadang tu mmg buntu juga.. kalau nak buat pun mesti dari awal2 sebab kadang tu mmg letih nak memerah idea cara spontan ni.. ambiklah gambar gubahan yg Ct akan buat nnt ye boleh sy intai2 & dptkan idea pulak hasil seni Ct nanti...

liza said...

madihaa...cantiknya...mmg kreatif...kalau liza xtau la jadi bentuk ape..

Anna Qawina said...

akaaaaaaaaaaaaakkkk...cantiknya...seni tu mmg lahir skali ngan akak lahir kecik2 dulu tu..heheh...kalau saya kain tu sah2 saya lipat boh lam kotak..ikat reben cantik2,,,habis berseni dah kira tuh..hahaha..
cantik kak..siyes tau..

chah said...

apa yang kejungnye tangan tu kak? lawa sioll..letak kat ssf tu beratus2 satu set diorang caj...misti kt tangan byk pant*t siput ni...

ilahjy said...

dah lama kak ilah tak lipat melipat gubah mengubah...masa anak2 kecik2 dulu rajin juga masuk pertandingan byk juga hadiah dlm umah ni.bila dah berumur nie dah malas.. bertuah ratna punyai kerastangan yg mmg kretip hehehe...nanti kak nak bermenantu kak jemput ratna tolong buat tauuuuu heheheee...

cik cek said...

Pas ni boleh tempah ngan madiha lah....he he he...cakap mcm dah nak bermenantula pulak...alahai!....sayuppp lagi...belajo pun memasing lum abis...
p/s....memang cantik menawan.....hebat2 adik kita sorang ni....:D

Mama Gee said...

ada bakat gak akak nih.. :)

Naz / Nadz COSK said...

Kak Madihaaaaaaa.....CANTIKNYAAAAAA....Mana ada keras tangan ni.. Sungguh ni kak.. Mula2 buat dulu mmg lah rasa keras tgn tp dah selalu asah bakat skrg dah lembut dah tgn akak tu.. Berkenan kat semua gubahan tu..tomeiii...Warna pun lembut jer.. Cantik..cantik..

harda said...

bunga telur pink colour tu beli dekat mana?cute la...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Harda.. bunga telur tu kakak ipar akak beli kat Tapah, Perak..

Miss Epal said...

Salam..saye nak tanye kotak gabus berbentuk bulat tu ade jual di kedai bunga tak?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Miss Epal : kalau gabus bentuk bulat kepingan tebal atau silider memang ada kat kedai bunga.. tpi kalau berbentuk kotak bulat takde rasanya... malah berbentuk kotak 4 segi pun takde.. akak selalu gunakan polisterin/gabus recycle samada dari kotak aiskrim potong atau kotak air sarang burung (spt yg akak guna buat gubahan coklat tu)

iwan01 said...

SELAMAT TAHUN BARU 2014..
Informasi yang sangat BERMANFAAT..
Terima kasih..
Semoga SUKSES & Salam KENAL dari :
==============================

Paket Usaha Ayam Tulang Lunak “GEROBAKAN”
~
..Bukan SULAP bukan SIHIR
Asap di GEROBAK, jadi UANG di KANTONG anda..
~
Paket Usaha Ayam Tulang Lunak “GEROBAKAN” merupakan
paket usaha kuliner yang mudah dijalankan,
murah & mempunyai tingkat pengembalian modal yang sangat singkat.
Hanya dengan Rp. 7.500.000,- Anda sudah dapat menjalankan
BISNIS KULINER yang terbaik saat ini.
~
Anda akan mendapatkan :
-. Gerobak
-. Peralatan masak bakar
-. Peralatan masak goreng
-. Kompor, tabung gas & regulatornya
-. Brosur
-. Spanduk
-. Poster
-. Produk Awal Ayam Tulang Lunak
-. Kaos
-. Training (Pelatihan) PELAYANAN (khusus mitra dalam Jabodetabek)
~
Materi inti Training Pelayanan :
-. Tata cara persiapan pembukaan outlet.
-. Tata cara membakar & menggoreng ayam tulang lunak
-. Tata cara menyajikan ayam tulang lunak
-. Tata cara menyimpan ayam tulang lunak
~
Silakan kunjungi web kami:
~
www.tulanglunakgerobakan.com
~
atau :
Telpon & HP : 081318374450 (Telkom)
08561070103 (Indosat)
081806396669 (XL)
021-94946600 (esia)
021-70264774 (Flexi)
Kantor: 021-4759274
PIN BB : 28C97C54
email : bumi.amrita@ymail.com
~
& dapatkan kemudahan & keterangan lebih lanjut.
Menu-menu andalan kami adalah :
1. Ayam Bakar Tulang Lunak
2. Ayam Goreng Tulang Lunak
3. Pepes Ayam Tulang Lunak
4. PepesCeker Tulang Lunak
5. Bebek Bakar & Goreng
~
Paket Usaha kami berikut menu andalannya telah diliput oleh :
- Trans TV – Prog Jelang Siang – 28 November 2011 Pk 12.30 WIB
- ANTV – Program Topik Pagi – 18 Juni 2012 Pk 04.45 WIB -> klik di sini
dgn URL : http://www.youtube.com/watch?v=WrC1PvqExXc
~
Program Usaha Ayam Tulang Lunak Gerobakan :
1. Program Dalam Kota
2. Program Luar Kota ( Program Master Mitra Mandiri)
Terdiri :
-. Paket Usaha Standar
-. Mesin Presto
-. Training Produksi
Training Produksi bisa dilakukan di Jakarta atau di tempat mitra.
Info lebih lanjut bisa dilihat di :
http://www.tulanglunakgerobakan.com/mfm.html
~
Ingin mencicipi sebelum bermitra ? Silakan order Paket Tester kami yg berisi :
4 potong ayam tulang lunak (bisa dibakar & digoreng).
2 pepes ayam tulang lunak
2 pepes ceker ayam tulang lunak
2 bebek presto (bisa dibakar & digoreng)
1 bungkus SAMBAL khas gerobakan
~
Untuk wilayah Jabodetak, kita antar ke tempat calon mitra
& calon mitra bisa langsung berdiskusi dengan ACCOUNT OFFICER (AO) kami..
~
Tunggu apa lagi, langsung silakan order…
~
SUKSES sudah ada di depan mata kita, AYO BER-WIRAUSAHA !
~
~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com