Tuesday, October 25, 2011

Apam Pisang Coklat Rice

Assalamualaikum...



Ini Apam Pisang Coklat Rice yang dibuat minggu lepas. Kalau tak silap buat untuk sarapan pagi Khamis minggu lepas.. hari yang aku cuti sehari & masak Kuetiaw Haufan tu lah.. hehe.. Yep.. pepagi kdg tu tak sempat nak buat sarapan awal2 pagi.. bila buat kuih muih dari mlm... jadi paginya senanglah sikit kerja takdelah tergopoh gapah sangat nak buat sarapan & bekalan utk anak2. Tapi pagi tu ada sikit mengelat sebab lepas hantar anak2 ke sekolah.. balik rumah masak plak Kuetiaw Haufan yg best giler tu.. haha.. mentang2lah cuti kan.. yelah.. ambik cuti pun sebab ada hal.. 

Oklah.. jom tengok apam yang tak berapa nak menjadi ni.. Bukan salah resepi.. tapi mungkin salah aku sendiri kot.. Guna telur sejuk, pisang pun sejuk.. terus apam tak berapa nak senyum. hehe.. Tapi rasanya sedap aje.. lembut pun lembut.. cuma kurang gebus aje.. hihi..

Nampak Kak Nor tayang hari tu.. terus je godek2 jugak sebab memang ada pisang yg dah lama bertapa dlm petiais. Terima kasih pada Kak Nor & juga empunya asal resepi iaitu Rosmarlina yang berkongsi resepi ni. Apam yang Kak Nor & Ros buat cantik naiknya.. berjambak2 mekarnya.. tapi aku punya nak senyum pun tak berapa nak je nampak.. hehehe.. takper2.. lain kali boleh buat lagi.. Mintak izin ye Ros & Kak Nor nak letak resepi kat sini.. Thanks both of U...



Apam Pisang Coklat Rice
Sumber resepi: Rosmarlina@jintanmanis
Sumber : Kak Nor@secubitgaramnor67

Bahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan susu segar@ santan@bancuhan susu pekat manis@bancuhan susu tepung
beberapa titik esen vanila
1/2 cawan coklat rice

Cara-caranya
1. Lecek pisang yang telah ranum hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati. Akhir sekali baru masukkan coklat rice, kacau rata.

3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

- ros gunakan acuan kuih lompang yang warna merah tu, ros alaskan dengan cawan kertas mini, dan selebihnya ros hanya kukus dalam acuan kuih puteri ayu.

Nota: Kalau nak letak soda bikarbonat pun boleh, tapi pastikan ayak tepung dua kali, kerana jika soda bikarbonat tak rata atau terlebih letak, apam pisang akan berasa pahit. sebab tulah dalam adunan ni ros hanya letak baking powder dan ovalette sahaja.

* rasanya lain kali kalau buat K.Nor nak humban semua dlm mangkuk mixer (kecuali pisang dan coklat rice yg akan dimasukkan last). saja nak ngetest gitu. kalau sapa2 yg ada mixer yg strong sket tu boleh lah buat kaedah ni ya..



Selamat mencuba!

6 comments:

Chah said...

Org pertama dtg tadah pinggan...uihhss ujan2 ni pekena apam mmg nyamannn ...

cik cek said...

Madiha...
Kak cek dtg bwk teh tarik dangdut...nak minum sesama sambil makan apam pisang coklat....bolehkan..kan...

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. apam pisang tentu sedap rasa lemak2 pisang ye.. tambah ada coklat rice tu

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak..
apam pisang + choc rice... mmg best tu .. apam tu pun nampak comel..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Madiha..
Sihat ke kak? Baru tgk beberapa hari lepas apam pisang ni di dapur cyber Anna.. Akak lak dah buat.. Pantas lah akak ni walaupun bekerja..

umiyumi said...

Salam Kak Madiha.. mm sedapnya tengok apam pisang ni. tak pernah try lagi. nak kena tunggu harga pisang murah sikit kot. skrg satu kilo $8 (RM24) huhuhu.. kalau beli pisang pun tak sempat masak, makan terus :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...