Thursday, October 13, 2011

Ayam Kukus Bersayur

Assalamualaikum.........

Apa khabar semua hari ni? Sihat semua? Harapan semoga semua pun sihat2 belaka yer... Alhamdulillah.. sekarang ni... kami sekeluarga sihat2 aje setelah mendapat sedikit ujian dariNYA dengan memberi sedikit kesukaran pada bulan lepas.. hihi... Masa tu.. aku tak sihat, abang pun tak sihat... di kecik debab ku pun tak sihat jugak.. bergilir2 kami. Itu baru sikit jer ujian dariNYA dah rasa begitu susahkan...? yelah.. sakit sikit pun dah terpaksa ambil MC...  tak boleh  nak pergi kerja.. macam manalah kalau diberikan ujian yang lebih besar dengan terlantar aje kat rumah langsung tak boleh bangun tu kan? Mesti lagi susah kan.... kita yang sakit susah.. orang yang menjaga pun susah..  Jadi.. pandai2lah jaga kesihatan diri kerana puncanya pun kebanyakkannya dari pemakanan kita sehari2.. hmmm... fikir2kanlah sendiri...

Cerita2 pasal sakit2 ni sebenarnya.. ada jugaklah kaitannya dengan menu untuk hari ni.... hihi.. Yelah.. takkan hari2 nak makan makanan yang sedap2, yang bersantan, bergoreng & lemak2 berkrim aje kan... Adalah lebih baik kita seimbangkan apa yang kita ambil setiap hari.. Bukan kata tak boleh makan langsung yg sedap2 tu... Cuma.. tak bolehlah terlalu kerap.. Biasanya... makanan yang mudah  memudaratkan kesihatan tulah yang sedapkan? hihi... tau takper... 



Oklah.. untuk menu sihat kami kali ni.. aku masak menu simple ni aje untuk kami sekeluarga.. memang takde menu lain pun untuk dinner malam tu.. Nasi pun masing2 makan sikit jer sebab kami lebih banyak meratah ayam & sayur yang sengaja dimasak lebih malam tu... Sebenarnya.. menu ni kerap juga disajikan.. Anak2 pun memang suka sayur2 jenis ni.. Jadi takde masalah bagi mereka untuk makan sayur... ditambah pulak menu ni memang tak pedas...
Ok.. jom tengok resepi sempoi Ayam Kukus Bersayur ni... Masak ni sebab kebetulan periuk kukusan dah dikeluarkan masa masak Kuih Kukus Bawang Goreng tempohari.. jadi alang2 masih ada air panas dalam kukusan tu.. ayam yang di'defrost' tu teruslah jadi menu sihat ni... hehe...

Ayam Kukus Bersayur
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
2 ketul dada ayam (dari seekor ayam) ~ dipotong kecil2 & cuci bersih, tos
2 - 3 peket jagung muda ~ buang sikit kulit keras
1 ketul brokoli ~ potong floret
1/2 ketul cauliflower ~ potong floret (sayuran & kuantitinya ikut kegemaran masing2 ye)
1/2 labu bawang putih (dlm 6-7 ulas) ~ hiris nipis atau cincang
2 inci halia ~ hiris nipis memanjang
1/3 cawan sos tiram
1/2 cawan air panas
minyak jagung untuk menumis

Cara2
1. Sediakan periuk kukusan (panaskan airnya).
2. Panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bawang putih & halia hingga wangi.  Masukkan sos tiram & air panas. (kalau ada sisa sos tiram melekat dlm cawan sukatan.. boleh larutkan dulu dengan air panas supaya sos tiram tu tak membazir terbuang). Biarkan mendidih. Ambil separuh dari bahan2 tumisan tadi & ketepikan.
3. Seterusnya masukkan ayam dalam ramuan yang berbaki dlm kuali tadi. Gaul sebati ayam & biar seketika. Tutupkan api & kaupkan dalam kaserol atau bekas yang sesuai.  Susunkan atau campurkan jagung muda ke dalam kaserol tadi & kukuskan selama 10 minit.
4. Buka penutup kukusan & masukkan pula sayur cauliflower & sambung lagi kukus selama 5 minit. Cukup 5 minit.. buka lagi penutup kukusan & masukkan pula brokoli. Curahkan lebihan ramuan bawang & sos tiram tadi ke atas sayuran & sambung kukus lagi lebih kurang 7 minit atau sehingga brokoli lembut sedikit. Tutupkan api & sedia untuk dihidangkan. Sedap diratah atau dijadikan lauk nasi juga. Yang penting sedap & menyihatkan!

Korek2 sayur atasnya.. baru nampak isi ayam kat bawah.. hehe...

Selamat mencuba!

11 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam madiha.Ini menu 2 in 1 yang lengkap kan?Tak payah cari nasi la kalau nak sihat.Makan ni je..

Lydia Miza said...

assalamualaikum kak ratna.sedapnyer makan makanan camni.berkhasiat dan mudah.LM msh sakit tekak blh cuba msk camni lah kot hr ni.

kak..LM dah blk qatar..klu akak blk kampung nak juga minta belikan.lydiamiza23@yahoo.com.email saya ...nnt apa2 akak bg tau ye.saya bank in kan duit tuk beli tu.nnt klu ada kwn blk cuti saya minta mak kirim brg tu ke qatar.tq akak syg...baik sekali akak ngan saya,dah lama skodeng akak dr zaman fp lg tau.zaman tu Madiha je kan?sbb adik lum lahir.hehe.klu tak silap la..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
boleh jadi one of menu nani lepas ni.. thanks for sharing.. sbb nani mmg on diet ni.. tadi nak masuk sini.. tapi asyik tunggu sat je.. lepas akak singgah umah tadi terus nani nak masuk gak.. walaupun tengah wat keje ni.. eheheh.. berhenti kejap tengok menu diet akak..

nani kalau masak kat dapur utk anak2 selalu tak tahan dolat.. selalunya nani yg nak makan banyak.. kena buat diet nani ni baru leh masak kat diorang.. kalau buat makanan diorang dulu.. aleh2 nani yg dok bersila skali time makan.. tak jadi mendietkan diri.. ni dah berkobar2 sangat nak diet.. sbb dah betul2 jadi kawan mak buntal dah ni.. moga nani berjaya ye..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Madiha..
Kak, bnyk resepi sihat ni.. Bagus utk kesihatan kan.. Rajinnnn...akak memang rajin lah..

chah said...

wahhh berkhasiat...barulah rasa x berdosa pada perut bila ngap lauk ni byk2...:)

Mulan said...

menu yang amat2 sihat... colorful jugak tu..

ibundo said...

tak payah makan nasi dah..

Mamasya said...

Aslmkum Ratna

Menu sihat 2 dlm satu...penuh sayur...tenggelam ayam..hi..hi. sayur brokoli dan cauliflower kat sini mahal sikit...yg betul2 fresh susah nak jumpa..
re; itulah pergi bulan puasa tak seronok nak jln2..abg Syazrin posa 1/2 hari... setakat zohor....itupun puas pujuk...dok ulang alik ke dapur..

Cho Zila said...

ni menu memang elok bebeno untuk semua tak kira tua atau muda yang nak berdiet tp suka makan... terimakasih ratna...

izahdaut said...

akak.. sedap nyer makan ngan sayur2 yang disteam. yang pasti kena fresh baru semuanya terasa maniss jekan

Nora Karim said...

sedapnya nampak... nak try la nanti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...