Wednesday, October 12, 2011

Ayam Masak Merah Berempah Rose

Assalamualaikum...

Tak dapat nak update 2 entry hari ni... Pagi tadi ikut bos ke Wisma Tani atas urusan kerja..  So.. dah petang2 ni baru sempat nak jenguk2 blog... 



Terus jelah dengan resepi untuk hari ni ye.  Resepi ni sebenarnya resepi adaptasi dari resepi Ayam Masak Merah Berempah Kak Nor Secubit Garam.  Bukan saja suka2 nak adaptasi resepi atau ciplak resepi Kak Nor.. tapi terjadi secara tak sengaja.  Memang dari awal niat nak masak lagi resepi tu (sebab sedap sangatlah tu kan.. hihi) macam yang pernah aku masak dulu kat SINI.  Tapi disebabkan baru tersedar kehabisan stok rempah ketumbar.. nak keluar ke kedai pun dah malas.. jadi terpaksalah tukar ramuan rempah tu ke rempah gulai Cap Bunga Rose.  Oleh kerana rempah gulai Cap Bunga Rose dah lengkap dicampur dengan pelbagai jenis rempah.. jadi... aku skip je semua rempah2 yang lain (walaupun stok rempah2 lain tu ada kat rumah) macam jintan manis, jintan putih, lada hitam tu semua.. yelah.. kalau letak nanti takut kuat sangat berasa rempah... Itu sebabnya resepi ni terpaksa tambah nama sikit dihujungnya tu sempena nama rempah Bunga Rose tu... hehe.. Harap Kak Nor tak marah ye... & mintak halal ye saya adaptasi resepi tu..

Hmm.. & hasilnya tak mengecewakan... sedappp!  Kalau rasa2 u all ada stok rempah Cap Bunga Rose berlebihan kat rumah tu tak tau nak masak apa selain gulai nasi dagang... bolehlah try resepi ni ye...

Ayam Masak Merah Berempah Rose
Adaptasi dari resipi : Ayam Masak Merah Berempah Kak Nor Secubit Garam
By MaDiHaA

Bahan2
½ ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil garam

Bahan Penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan Dikisar Halus:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

1 biji bawang besar ~ dimayang bulat
5 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah gulai Cap Bunga Rose ~campur air jadikan pes
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak


Cara Menyediakan
1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend. Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan pes serbuk rempah gulai Cap Bunga Rose & sos tiram.
4. Masak hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan 1/2 cawan air dan air asam jawa.  Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
6. Masukkan ayam dan bawang besar mayang tadi & masak ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.  Bila dah secukup rasa.. bolehlah dihidang.



Selamat mencuba!

7 comments:

Ummi said...

Assalam Ratna, kejadian mcm ni biasalah kan bila kita di dapur..terjah mana yg ada jek...kalau alter pun xpa..leh kongsi pulak kaan...nampak sedap ayam tu..mst best gak makan dgn nasi tomato ke eks!

dkna said...

kalau makan dengan nasik lemak pon sedap jugak nie...petang nie nak buat nasik lemak ayam laaa :)

p/s semalam dkna cuba resepi triffle akak...tapi lembik sikit..maybe terlebih air koktail kot :(

RynaHakimi said...

Tak pernah tambah rempah kalo masak ayam masak merah ni.. Guna rempah lain bleh tak kak?? tambah sikit je la kan.. boleh cuba nanti =)

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
kak... ooo kuar gi ikut bos ek.. skrg ni bos nani gi ipoh.. dia tak ajak plak.. ehehe.. <macam ler bos pernah ajak sblm ni< kekekekeek..
sedapnyer ayam masak merah...

K.Nor said...

salam ratna.. oo seri la kita arini ya.. hehe.. mekasih sudi try lagi resipi ni.. betul la tu.. guna apa yg ada kat dapur atas kreativiti kita kan.. janji sedap :)

Lydia Miza said...

kak ratna..sedapnyer nmpk.naksikit rempah tu boleh?rempah tu ke yg buat gulainasi dagang tu kak?saya cari kat segamat nk bw blk qatar takda pun hari tu

Nadz Nazharzan said...

Kak, sedapnya kak.. Terliur dah ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...