Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, January 25, 2013

Snow Cheese Cake / Kek Keju Bersalji



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Masih belum terlambat rasanya untuk MaDiHaA ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua pengunjung yang beragama Islam tak kira di mana saja anda berada..  Hari ni anak teruna MaDiHaA ke sekolah pun dengan berbaju melayu (baju raya tahun lepas) & bersongkok.  Katanya cikgu pesan semua murid pakai baju melayu pada hari Jumaat ni.  Mungkin hari ini sekolah mereka akan mengadakan perarakan atau program sempena Maulidur Rasul.  Manakala sekolah agama pula hari ini masih cuti kerana cuti tambahan juga sempena Maulidur Rasul.  Nampaknya waktu rehat MaDiHaA nanti kenalah menjemput dia kat sekolah & hantar ke rumah pengasuh lamanya sebab hari ni dia tak bersekolah agama.. dah lama juga dia dok sebut2 nak pegi rumah pengasuhnya.. maklumlah sejak dah masuk sekolah tahun 1 ni dia memang dah tak tinggal kat sana lagi.. hanya adiknya sorang je yang dihantar ke situ. Haziq dengan pengasuh memang rapat sebab MaDiHaA hantar ke pengasuh sejak dari umurnya 2 bulan lagi..


Bercerita pasal anak2 ni.. minggu lepas MaDiHaA sempat juga mencuba buat Snow Cheese Cake atau Kek Keju Bersalji ni untuk dibawa ke asrama kakak Dini selain dari Kek Batik Coklat Meri.  Kalau nak harapkan yang ada kat rumah untuk menghabiskan kek ni... memang kurang laju.  Sebab yang ada kat rumah ni.. hanya MaDiHaA & Alin aje yang suka makan benda2 macam ni.  En. hubby & Haziq memang kurang sikit benda2 macam ni.  Jadi rasanya sesuai sangatlah MaDiHaA buat kek ni waktu nak melawat kakak Dini di asrama... dapat juga kawan2nya merasa & dapat juga bawak ke rumah opahnya sikit bagi mereka kat sana merasa.

Dah ramai yang mencuba kek ni kan.. & ramai yang kata sedap.  Keknya memang sangat2 lembut & gebu.  Tapi MaDiHaA kurang pulak dengan gandingan cheese sebegini.  Rasa susu yang kuat dalam fillingnya & rasa cheddar cheese tu buat tekak terasa cepat muak.. hehe.. Hairan juga sebab biasanya MaDiHaA memang suka dengan kek cheese & kalau ikutkan masa budak2 dulu.. susu pekat manis tu boleh diratah macam tu jer.  Mungkin sebab dah berumur ni.. selera dah bertukar sikit.. gandingan krim cheese dengan susu pekat manis tu buat tekak MaDiHaa tak dapat nak terima sangat.  Cheddar cheese pulak jika digandingkan dengan roti, savoury pie atau pizza MaDiHaA masih boleh terima.. tapi bila digandingkan dengan kek yang manis sebegini tekak seakan nak menolak pulak.. mungkin sebab rasa cheddar cheese yang terasa masin2 tu yang buat tekak tak boleh nak terima bila digandingkan dengan kek yang manis.. cerewet pula tekak MaDiHaA kali ni.. hehehe... selera lain2 kan.. apa2pun.. tak beerti kek ini tak sedap sebab MaDiHaA tengok orang lain yang makan nampak macam sedap jer.. tak komplen apa2pun.. maknanya sedaplah di tekak mereka tu... kawan2 yang lain  yang masih belum cuba 1jangan pula tak jadi nak cuba ye.. kalau tak cuba kita tak tahu... heheeee...

Ok jom tengok resepinya.  Terima kasih pada Kak Zai Dapur Impian yang berkongsi resepi yang di ambil dari my resepi iaitu dari Sherry_MZ... resepi ini pula MaDiHaA ambil dari blog Rahelcake..  mohon di kongsi kat sini pula resepinya ye.  Terima kasih buat ketiga2nya... 

Snow Cheese Cake / Kek Keju Bersalji

Resepi :  sherry_mz@myresipi.com
Sumber:K.Zai 
Sumber : Rahelcake


Bahan:

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)

100g gula halus

100g tepung hong kong (blue key, super fine boleh juga)

60g tepung jagung (maizena)

50g air sejuk (dari peti sejuk)

1 sudu teh baking powder

2 sudu makan ovalet

75g mentega (dicairkan)


Untuk krim:

1 kotak cream cheese philadelphia

1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).


Untuk Toping:

1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan ~ MaDiHaA ramas2 bagi hancur)


Cara:

1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.

2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.  Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit  butter.

4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.

5.Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.

6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.

9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Selamat mencuba!

23 comments:

Saya Disini said...

sedpnye

tun_telani said...

Salam kak madihaa ^^ nmpk gebu kek tu.. sama la kita kak, tun xbape nk blh ratah ceddar cheese tu. kalau cheesecake biasa mmg lajuu je makan.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah Sedap tu kak ratna.. tebal sungguh salji tu... meleleh sudah air liur menengoknya :D

rahel said...

Salam Kak Ratna...
tetiba teringin sangat nak makan snow cheese cake pulak...ngencess

Asyifa Mustaffa said...

nie yg mcm x jdi nak try ni kak....sbb sy pun kurennng la sngt dgn rasa ciz yg terlalu mewah tu....klau ciz kek biasa tu...bole lgi nak telannya....

Tp x tau kat tekak orng dlm umh nie....hajat hati bru nak try cuti nie...

hazila said...

Memang mewah dengan chesse. Aduhai org yg gebus cam ai ni kena jeling jeling dari jauh je la...

lina_pg said...

assalam...nmpk sedap snow cis kek ni..Tp sy lom sampai seru nk wat salji ni..selalu dok beli cream cis...agak2 tabur ngan mozzarella sedap tak?kalau cedar tu xpernah beli pun

Qhaifa Nur said...

tak tahan tengok taburan cheese atasnya...sedapnya

faa.rosli said...

memang ramai dah buat...tp tu laa..faa takut muak..kang tak abis..

Phong Hong said...

Kek ni nampak glamour gitu hee..hee.. PH pun tak berapa selesa dengan rasa susu atau cheese yang terlalu kuat. So bila PH buat cheesecake yang jenis macam ni, PH letak esen vanilla untuk hilangkan bau cheese.

mama sara nur said...

assalam k.madiha
tergoda jgk melihat kek ni he he kalau cheese tu comfirm sedap kan

p/s...abg is tu nasi dan seangkatan dgnnya tak kan dia sentuh huhu bau pun duk jauh k.madiha

Nooriah Abdullah said...

salam Madihaa, snow cheese cake jugak ya kat sini,kat umah akak baru je habis berhari2 jugak menghabiskan tu, mmg lah dah tua2 ni selera jad bertukar, tapi kalau dulu2 mmg cepat je habis kek ni kan haaa

Mamasya said...

Aslmkum Ratna
k.Dini dpt 2 kek ibu bawa....puas dpt mkn di asrama.
sy pula suka kek ni...tp masa letak krimnya sy tak letak semua atas kek dan mungkin cheddar cheese yg sy beli ada perasa olive jadi tak muak sgt bila mkn dg kek...

Mamasya said...

Aslmkum Ratna
k.Dini dpt 2 kek ibu bawa....puas dpt mkn di asrama.
sy pula suka kek ni...tp masa letak krimnya sy tak letak semua atas kek dan mungkin cheddar cheese yg sy beli ada perasa olive jadi tak muak sgt bila mkn dg kek...

Laman Resepi said...

Salam, tengok gambar strawberry tu dah geram dah, meriahnya blog masak memasak ni, sy bukan le sorang yg pandai memasak tapi suka tengok dan suka rasa apa yg org masak.

Jadi saya buat satu laman yg boleh upload resepi bagi sesiapa yang sudi nak kongsi resepi mereka di sana.

Jemput le...

may agumo said...

salam kak.. adui.. kecur tgk parutan cheese tu.. sedapnya..

ummiaisyah said...

sy tak penah mkn kek ni kak ratna..tp mmg dh lama dlm list..tp tak terbuat2 sbb cedar cis tu rasa cam mahei plak..sekotak kecik tu rm13 kt sini ...tunggu le dulu hahahha

ina ku said...

dah lama tengok kek ni, nampak mcm best jer. tp tertanya2 jgk muak ke tak muak. agaknya atas tekak masing2 kan. ni nak kena try jugak ni, hehe. agak2 klu lapis dgn bluberry filling, kurang skit kot muak tu sbb ada rasa msm manis camtu. errrrkkk, tp tak bleh nama snow la pulak, snow dicemari kaler purple hihihi.

Hafizah Mohamad said...

salam kak...sedapnyer tgk snow cheese kek ni...baru je balik dr rumah (blog) Hana...dia pun jamu mata fiza ni dgn snow cheese kek juga la...sedapnyer kak....

zana fahmi said...

Birthday cik abe kita tak lama lagi, agak2 sesuai tak buat kek ni? takut tak menjadi je...

zana fahmi said...

Birthday cik abe kita tak lama lagi, agak2 sesuai tak buat kek ni? takut tak menjadi je...

Sukma Haron said...

lemak berkrim disukai ramai...

Kasih Ibu said...

sedapnya nampak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com