Thursday, March 21, 2013

Spagetti Bolognese

Assalamualaikum & salam sejahtera.....
Menyempurnakan hajat anak2 yang suka sangat makan spagetti ni... masakkan la jugak walaupun ayahnya tak suka sangat dengan masakan ni... Kalau masak spagetti ni.. anak2 memang suka sangat.. boleh makan berulang2... memang tak membazir..

Sebenarnya dah lama dah masak ni... dah lupa dah bila.. rasanya masak masa kakak Dini balik bercuti kot... sebab seingat MaDiHaA.. masa masak ni dulu memang kakaknya ada sama.. punyalah lama kan.. masa dok belek2 folder.. nampak gambar ni masih ada dalam folder kiv... hmm.. pos jelah hari ni...
  
Spagetti Bolognese
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan
500 gm spagetti
2 sudu besar minyak zaitun/minyak masak biasa
1 sudu kecil garam
air secukupnya
3 sudu besar minyak zaitun untuk menggaul selepas spagetti direbus

Bahan Sos
1 biji bawang besar ~ didadu
3 ulas bawang putih ~ didadu
1 sudu kecil serbuk paprika
400 gm daging kisar ~ dicerai2/ dihancur2kan sebab ia berbuku dlm bungkusan tu
3 cawan air
1 kiub ayam/lembu/1 sudu kecil Tumix (salah satu je)
1 tin sos spagetti prego tradisional
2 biji tomato ranum saiz BESAR ~ didadu
1 ~ 2 batang celery ~ didadu halus 
1 tin cendawan butang ~ dihiris 
1/2 batang carrot ~ disagat
2 helai bay leaves
½ sudu kecil oregano
½ sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
Sedikit minyak & sedikit butter untuk menumis

Bahan tambahan
Serbuk parmesan cheese secukupnya

Cara menyediakan
1. Dalam periuk yang sesuai rebus spagetti bersama semua bahan lain hingga lembut. Toskan sebentar kemudian gaulkan dengan beberapa sudu minyak zaitun lalu gaulkan. Ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak & butter kemudian masukkan bawang putih & bawang besar. Kacau2 hingga wangi & nampak layu. Masukkan serbuk paprika & kacau lagi.
3. Masukkan daging kisar & kacau rata sehingga berubah warna. Masukkan sos spagetti & air didihkan sebentar hingga daging masak.
4. Tambahkan tomato, celery & cendawan. Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam, tomato puri/sos tomato, sos cili, bay leaves & oregano. Biar mendidih kemudian masukkan carrot yang disagat.  Biar kuah agak pekat sedikit. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya.  
5. Hidangkan spagetti dengan sosnya & taburkan dengan serbuk parmesan cheese semasa menghidang.

17 comments:

Marsita Yahya said...

salam kak...ke sini nak tukar ngan spaghetti chicken ball saya:)

Ratu Hatiku said...

kegemaran anak saya nie :)

Fazleyatul Aini said...

dini skrg dok asrama ke kak

Gee® said...

wow! nyam2x.... beshhhh nyaaaaa

Sweet red cherry said...

sedapnya spagetti..

lieyalatif said...

Kak selain mee goreng kicap...spegeti bolognise ni peberet mia...mmg byk die boleh makan heheehh

SITI NOARIZAH ARIS said...

Salam..samalah kita en suami pun tak suka spagheti ni nak masak pun kena fikir 2 3 kali pasal malas nak buat mcm2 jenis hidangan.

rahel said...

Sedapnya....teringat lak spageti kat restoran pizza hut...

Qhaifa Nur said...

lama sungguh tak buat spagetti ...sedapnya

tun_telani said...

Salam kak madihaa... dh lama betul tun xwat spagetti bolognese.. duk try mcm2 resepi resepi, tp bolognese ni tetap dihati.

norhanim md zain said...

feberat anak dara saya...sedapnyaaaaaaaaa

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dah lama tak makan spageti ... apa lagi nak membuatnya kak ratna... hantar sepinggan boleh ehe :)

Yatie said...

wow sedap tu, mmng kegemaran anak2 Yatie juga spaghetti bolognese ni....tapi Hamka suka yg prego gitewww je, dia takmo yg ada daging segala....lagi mudahkan...kalau kitaorang layan yg ada daging mcm ni...sedapkan...

Unknown said...

spaghetti sedap tapi tekak melayu ni tak leh makan byk hehehe

Unknown said...

adui.. pebret ni.. sedapnya..

PH said...

Wah, best nih! PH pun minat sangat dengan spaghetti bolognese. Boleh bahang dua pinggan :)

kurus said...

siap .. sok saya buat ! ekke ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...