Wednesday, March 9, 2011

Petola Ular Goreng Belacan & Telur

Assalamualaikum & selamat pagi kepada semua readers sekalian...

Terima kasih kerana masih sudi jenguk2 sini... Harap kalian semua sihat2 belaka hendaknya...

Mula2 tadi ingat nak pos entry sama dengan Izah... tapi nampaknya kena tukar fikiran pulak sebab nak kena habiskan dulu kesinambungan entry sambal asam ikan aye kat bawah tu dulu... karang tak best pulak kalau entry diselang selikan.... hehe.. sori ehh Izah....... esok2 lah kot akak masuk entry yang sama ngan Izah tu.... cian gak kat gambor tu punya lama dok tunggu giliran.. entah kenapa lambat pulak tiba giliran dia.. tuan rumah ni kadang2  pos entry tak ikut giliran.. ikut suka2 hati je masuk entry.. yang masak dah lama dibiarkan.. yang baru buat kadang tu didahulukan.. hehe...

Oklah.. nilah dia gandingan sayur yang dimakan dengan Ikan Aye Sambal Asam Trengganu kat bawah tu... Sedap betul...!  Memang gandingan yang serasi.... Anak2 pun suka sayur ni... 


Kat bawah tu resepinya kalau ada yang nak mencuba.. rasanya tak ramai yang berani nak makan sayur petola ular ni mungkin sebab tak tau nak masak atau tak biasa makan. atau mungkin jugak takut bila dengar gelaran nama 'ular' ada kat belakang tu...  hehe.. tu sebenarnya sekadar nak membezakan dengan petola biasa atau petola segi tu.. kalau sebut petola aje nanti orang ingat petola yg ada segi2 tu.  Sayur petola ular ni biasanya kaum India yang suka sangat.  Bagi aku.. memang suka mencuba apa saja jenis sayuran.. nak pulak kalau sayur yang pelik2 tu lagilah teringin nak tahu macamana rasa.. Lagipun.. sayur petola ular ni aku dah biasa makan dari budak2 lagi sebab masa tu arwah ayah pernah tanam sayur ni & macam2 sayur lain lagi kat kebun dia... Rindu sungguh bila kenang semula kenangan ayah masa berkebun dulu.. huhu.. Ehh... dah jauh pulak layan perasaan ni.. oklah.. meh layan resepi yer... kalau family kecik tu.. masak 1 batang petola ular pun dah cukup rasanya.. so.. pandai2lah ejas2 atau bahagi dua resepi tu yer.. family kitorang ni memang 'hantu sayur' pasal tu masak banyak..

Sebelum tu kalau ada yang tak kenal sayur petola ular.. kat bawah ni gambarnya yer...


Petola Ular Goreng Belacan & Telur
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
2 biji/batang petola ular (yang panjangnya kira2 18 inci setiap satu)
2 biji telur
minyak masak secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya
1 cawan air

Bahan2 tumbuk
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji cili merah
5 biji cili padi
½ inci belacan


Cara2 Menyediakan
1. Petola ular hendaklah dikikiskan kulit luarnya dengan menggunakan pisau sehingga bersih.  Potong pepat petola anggaran 1 inci/ 2 cm tebal. Potong sehingga habis.  Masukkan air ke dalam besen berisi petola ular tadi dan cuci bersih dengan menyaring petola menggunakan tangan ke dalam tapisan sayur.  Cucur air paip & tos.
2. Panaskan minyak masak secukupnya.  Tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi & garing.  Pecahkan telur & biarkan seketika sehingga telur beku sikit lepas tu baru kacau2 sikit.
3. Masukkan garam (jangan terlajak sebab dah ada belacan tu) & perasa secukupnya & kacau rata. Masukkan sayur petola & air sambil dikacau rata.  Biarkan sehingga petola empuk sikit. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah.  Tutup api & sedia dihidangkan.


Jemput makan !

19 comments:

tun_telani said...

Assalamualaikum akak.. berbeza ke dgn petola biasa kak? rupa dia nmpk cm sama.. nama dia gerun sikit lah. hihi

izahdaut said...

sedapnya petola...
mana sambal tempoyak nyer kak..hehehe

hana said...

sedapnyer tgk lauk akak.... suker petola tp tk pernah masak telur gini..balik mesia leh cubaaa

Anna Qawina said...

aslmkm kak..saya pernah tgk, sblm ni mak tanam kat tepi rumah je, pokok kecik buahnya lebih tinggi dari org panjangnya..ramai yg geram tp takut nak mkan..hehe...sekali imbas sebijik cam ular kan..
mak pernah masak petola ni buat solok..al cam solok lada tuh, tapi yg ni dia potong kerat2 pendek2 gitu, isi inti cam biasa..sedap katanya...hehe...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

TUN TELANI: Wa'alaikumsalam.. rasa & rupa petola tu memang ada sikit berbeza.. ada baru attach gambarnya kalau tun nak kenal rupa petola ular.. hehe.. a'ah sebabkan namanya tu org takut nak try kot.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

IZAHDAUT: sesekali kena gak tukar2 jenis sayur dalam menu seharian barulah tak jemu.. hehe.. sorry about janji2 pagi tadi.. esok insyaAllah akak masukkan n3 yg akak janji tu.. sorry!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

HANA: ni dah balik Malaysia ke blm ni? kata Mat Gebu dah balik! ke belum lagi? kompius nih.. hehe.. ok Hana.. dah balik nnt bolehlah masak sayur2 yg takde kat Jepun tu & mkn puas2.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ANNA QAWINA: Wa'alaikumsalam... betul tu Anna.. petola ular ni memang boleh dibuat solok. Mak akak pun pernah buat.. selain petola.. peria pun boleh gak wt solok.. bukan setakat lada jer boleh wat solok kan? ehh.. rasa mcm teringin pulak nak mkn solok.. kalau kat T'ganu.. kadang2 solok disumbat semula dlm kulit ikan.. contohnya kalau buat guna ikan kembong.. kulitnya disiat cantik2 then.. isi yg dah digaul kelapa dimasukkan semula dlm kulit ikan.. tp akak tak pernah wt lagi.. takut kulit ikan rosak.. hehee... akak ni jenis kasar sket..

Sheery Dream Cakes said...

petola ular mcm pernah makan.. tapi diana x pernah masak lg... nak kena cari petola ular ler nmpknye nie kan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

DIANA: haa.. kalau dah ingat2 lupa tu kompem kena cari petola ular lepas ni.. bolehlah try masak sendiri.. hehe..

tun_telani said...

whooaa.. patut laa nama dia petola ular.. panjang btol @@

Umm Mymoonah said...

I love the recipes in your blog, looks very tempting and delicious.

Umm Mymoonah said...

Following you for your yummy recipes :)

Sizuka said...

k.madihaa

I love petola ular! tapi kat KL ni tak tau nak beli kat mana :(

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

TUN TELANI: tulah pasalnya.. nama sempena rupa bentuknya.. haha..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

UMM MYMOONAH: thank you for your kind word UMM. Thanks also following my blog.. ;-)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

SIZUKA: yeeerrr sizuka... hehe.. suka eh? ehh.. kalau kat PJ ni senang pulak nak jumpa petola ular ni tau... meh le dtg sini kalau teringin..

dhiya saadiah said...

Boleh try resepi ni...

Zuraida said...

Boleh cuba resepi ni pula..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...