Assalamualaikum & salam sejahtera....
3 hari tak mengupdate blog... terasa seperti ada yang tak lengkap aje hidup ni... Hajat di hati tu kalau boleh memang nak update tiap2 hari... Tapi kita hanya mampu merancang... segala2nya Allah S.W.T jua yang menentukan...
Hari ni.. curi2 masa sebentar untuk update resepi yang sangat sedap yang resepinya ku ambil dari Dapur Kak Jee. Terima kasih Kak Jee untuk resepi yang sedap ni yer... Betul kata akak... makan lauk ni.. berselera jadinya... anak2 pun semua suka.. lagipun sengaja letak cili padi sikit aje sebab anak2 nak makan... Saya buat 2 kali resepi asal.. maklumlahkan... ada 5 mulut yang nak mkn.. itupun kena ada lagi lauk tambahan yang lain... Alhamdulillah.. licin semua!
Dah ramai yang mencuba resepi yg Kak Jee kongsikan ni... aku hanya sempat mencubanya pada minggu lepas... hari ni baru sempat update ke blog... Resepi ni pasti akan ada ulangannya nanti.. Memang kena dengan selera kami semua.. lepas ni kena cuba masak digandingkan dengan daun selasih pula... untuk pertama kali ni.. tak dapat cari daun selasih di kedai... Menurut Kak Jee.. kalau ada daun selasih lagi sedap!
Resepi : Dapur Kak Jee
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
BAHAN2:
250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)
CARA:
Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hirisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.
Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.
Selamat Mencuba!
22 comments:
Assalamualaikum akak...
tgk daging goreng ala kaprau tu mmg sedap ler akak.... terliur tgk... nie pun diana belum perna lg cuba nie.. masuk list dulu...
Makan dengan nasi putih hangat pun laju je ni...
as-salam MaDiHaA
menyelerakan daging goreng kaprau tu..terliur gk tgk nie..
Salam, K Madiha...
dah ramai yang try daging ala kaprau ni... nampak cam sedappp.. Boleh try juga nanti... :)
Salam,
Terliur saya tengok daging tu..rasa macam nak try aje buat juadah sempena menyambut kedatangan ramadhan wiken ni...
Assalam kak,sy pon dah wat daging nih,tapi ikut kak nor lrtak daun limau purut,akak xleh letak lah,coz cik abg akk seteru ngan daun limau,hehe..Mmg sedap n selera mkn nasi ngan daging ni kan..
thnx MaDiHaa sebab cuba resipi Kjee ni. Mula2 tu was2 jugak nak buat. Masa makan kat Ali Tomyam tu jenuh fikir camner dia buat. Buat kali kedua barulah dapat rasa yang Kjee kehendaki. Kena bubuh daun selasih banyak2 baru sedap. Sekurang2nya ada kelainan sikit rasanya. Dan yang paling penting mesti pedas. Kjee kalau makan kat Ali Tomyam, sampai meleleh2 hidung nak tahan pedas. Hehehe
wah!! memang menyelerakan...
Salam rindu madihaa..
Ni pun mama blm pernah cuba lagi..lauk2 beransur kan daging mmg kurang mama msk.. Mkn ngan nasi putih jer dh sedap :P
sedapnya...mintak sikit...
sedapnyea kak madihaaaaa..... suke yang ala2 thai ni... :) meh tuko ngan soto ni, saye bawak blik ngan piring2 skali k.. :)
as'salam Ratna
CT pun ada ternampak kak Gee buat resipi ni. Tapi CT tak beli pulak stok daging, jadi terbantut nak buat masa tu. Tup2 Ratna dah buat, berselera pulak tengoknya :)
wah ni mesti sedap ni ratna..ramai juga yang dah cuba..ada rasa ala2 paprik tak tak ratna?..
Salam Madiha....
Kak cek dtg bwk sambal sardin + peria ni...leh mkn sesama ngan daging goreng ala kaprau tu...mau kita tak bangkit2 dok berselera makan....he he...
Haaa...kak cek baru balik pasar malam tadi..beli lagi seikat daun/ulam sambal tempoyak tu...he he ...kali ni daun/ulam2 ni lain2 dari yg kak cek beli hari tu...siap tanya ngan pak cik tu nama daun/ulam tu...adohai! lenkali kena bawak pen dan kertas..dah la nama pelik2 yg disebutnya..siap ada nama daun lampin budak..tak ke pelik tu...he he he..daun kadok tu rasanya Madiha betul...tadi pak cik tu tunjuk yg mana satu daun kadok...memang rupa daun sirih...he he he...hari ni dapat satu ilmu dari pak cik jual sayo2 kampung kat pasar malam....tak leh ingat kak cek sume nama daun/ulam2 tu...he he...pak cik tu senyum2 bila kak cek tanya...ha ha ha...:)
Salam Kak..
Terliur je tgk daging nii..dh rmai yg cuba..yana je yg belum hehee..lepas nii kn cuba bt jgk.. :=)
Tengok bahan-bahannya mmg mudah..patutlah ramai dah mencuba.nanti nak cuba juga.
re; Ratnapun belajar apam ladybird...mmg comeikan apam lady bird. hari tu sypun ada tunjukkan kwn2 camna nak buat sbb ramai yg minat.
salam diha,akak memang teringin nak masak ni tapi tetap tak puas hati sebab tak ada daun selasih..nak kena tunggu pasar tani nanti nak cari gak daun selasih baru puas hati nak buat daging kaprau ni..
Yana anak sedara akak tu lecturer kat poly muadzam diha.Baru je start ngajar di situ..baru dua minggu.
salam kak.. sedapnya nampak daging tu kak.. ita kalau menu2 daging tgk pada masakan kalau macam ni sukanya.. bertambah2 makannya
Salam Madiha. Mmg bervirus lah lauk ni....hehe
dah ramai mencuba lauk ni tp belum sampai kat dapur Cm lg ni
Madiha...mama dh buat dh ,memang sedap,guna daging btg pinang,lembut je...
menu ni boleh la saya buat untuk berbuka posa nnt... sedap bangat...hehe
Post a Comment