Wednesday, August 10, 2011

Solok Lada / Sarok Lada

Assalamualaikum...

Masih lagi dengan menu yang dimasak di kampong.  Menu yang sangat sinonim dengan nasi kerabu... kira memang gu dia lah ni.. Tapi yang kami buat ni.. just makan dengan nasi putih aje.  Memang tak sempat pun nak buat nasi kerabu.. almaklum.. balik pun sekejap aje.  Terima kasih ma sebab susah payah buat solok lada ni awal2 sebab aku nak bertolak balik hari ahad tu sebelum berbuka.. Pukul 3.30 dah nak gerak sebab nak berbuka kat PJ.. Malas nak berbuka kat kampong sebab kalau balik lepas berbuka bimbang mata mengantuk & lagi satu dok fikirkan kerja yang banyak menanti kat rumah.. Baju sekolah anak2 & baju kerja belum bergosok.. Sebab tu kami balik awal.. Ma pulak.. tau anaknya nak balik awal.. tenghari tu dah sibuk buat solok lada dengan daging perap madu lada hitam.. masak dah macam orang nak mkn tenghari aje.. hehehe.. dah siap masak.. ma bekalkan untuk kami buat juadah berbuka.. TQ ma!



Oklah.. hari ni aku share resepi Solok Lada atau kalau kat Terengganu kami panggil Sarok Lada.  Selain boleh diisi dalam lada.. boleh jugak isikan dalam  kulit ikan.. jadilah sarok ikan.. hehehe.. tapi aku tak pandai nak siang ikan bagi cantik2 & tak rosak lapisan luar ikan tu.. kalau aku yang siang ikan untuk ambik isinya.. memang lunyailah ikan tu aku kerjakan.. untuk lebih mudah.. guna je lada.  Sepatutnya buat gunakan lada solok yang warna hijau muda tu... agak payah nak jumpa lada tu.. kat belah2 pantai timur je yang ada rasanya.  Boleh jugaklah guna lada biasa pun.. tapi kalau boleh pilih lada yang besar2 sikit... sedapnya tetap sama.. hehe.. 

Ok jom layan resepi... kami buat ikut versi Terengganu.. iaitu guna isi ikan fresh & cara memasak pulak dengan cara mengukus.  Rasanya versi Kelantan.. guna isi ikan rebus & cara memasak pula kaedah merebus dalam pati santan. Tau pun sebab jiran sebelah rumah kat kampong tu orang Kelantan... & dulu pun aku pernah buat versi Kelantan ikut resepi Kak Jie Jie.  Dua2 pun best! Ok ni resepi agak2 je nih yer.. boleh adjust mana suka.. memang sedap.. lebih2 lagi kat kampong boleh dapat kelapa yang muda.. lagilah bertambah sedap!



Solok Lada / Sarok Lada
Resepi : MaDiHaA & Mum

Bahan2
Lada solok atau lada hijau secukupnya (pilih yang besar2 & lesuh2 kalau boleh jangan pilih lada/cili yang bengkok!)
1 kg ikan kembong / ikan selayang (ambil isinya saja)
1/2 biji kelapa parut saiz besar ~ kalau kecik letak je sebiji (guna kelapa yang agak muda yg berkulit hijau yer)
8 ulas bawang merah
garam secukup rasa
sedikit gula

Cara2 menyediakan
1. Sediakan cilinya dulu. Cuci bersih cili & toskan. Belah memanjang cili (jangan putus & jangan sampai terbelah dua!). Potong sedikit kulit cili dibahagian tangkainya supaya bahagian bijinya boleh dibuang.  Buangkan semua biji yang ada di dalam perut cili (boleh korek2 dengan mata pisau ye). Cuci bersih dengan air paip. Buat sehingga habis & toskan cili.
2. Sediakan isinya pula.  Tumbuk bawang merah hingga halus. Kemudian tumbuk pula isi ikan hingga halus. Gaul dengan kelapa parut muda dengan menambah garam & sedikit gula.  Tumbuk lagi campuran ini sekadar sebati (tak perlu sampai kelapa hancur.. tumbuk gitu2 je).  
3. Sumbat isi ikan ke dalam perut cili hingga penuh.  Susun dalam periuk kukusan. (masa ni dah boleh panaskan kukusan). Buat sehingga habis. Jika tak cukup cili.. boleh buat bulat2 macam vadei tu.. sesuai untuk budak2 sebab tak pedas.
4. Kukus sehingga solok masak lebih kurang 15 minit. Angkat & hidangkan.







Untuk si kecik

Selamat mencuba!

21 comments:

ijayuji said...

Salam kak madihaaaa!! teringin nak buat tp maals betul nak asingkan isi ikan tuu! ni mesti akak buat nasi kerabu kan??? sedapppnyerrrrr! teringinnnnnn sgt nak makan nasi kerabu :-(

Sizuka said...

I love solok lada. tapi kat kl ni, susahnya nak cari cili kaler kuning besar, mcm the ones selling kat pasar in terengganu or kelantan. cili tu kalau buat solok lada, memang berapi :D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Salam Ika.. ini mesti tak baca cerita ni.. hahaha.. takdelah.. akak tak buat nasi kerabu.. mkn dgn nasi putih jer.. sedap!

Sizuka... memang kalau guna lada solok tu lebih sedap. dpat buat besar2 sbb lada solok tu gemok2.. hehehe.. puas mkn.. kat KL ni mana nak carik? malah kat kg akak pun takde org jual.. so guna jelah lada besar biasa tu lepaskan kempunan..

makcikmanggis said...

sedapnya!!!!tak payah lauk lain ni.Teringat kat nasi kerabu,telur masin daging bakar....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

salam madiha,sedapkan solok lada,minggu lepas baru kak ros buat solok ikan.Kita org klantan dan trengganu memang sama kan??

Fazleyatul Aini said...

saya suka solok lada ni. if beli nasi kerabu, selalu mintak lebih. hehe. dia manis2 gitu kan. makan nasi putih pon syok ehh. ish tapi ni dah lama x makan nasi. uhuk2 konon diet. huaaaaa

Acik Erna said...

madiha..akak suka makan..boleh guna cili hijau biasa aje ye.
cili untuk solok lada ni lain kan..

Anonymous said...

Salam Kak Madiha...kalau nak cari cili hijau cam yg kat Kelantan n Tganu ...ada dijual di pasar malam Bangsar setiap hari Ahad...ada satu stall jual sayur org India...saya selalu beli di situ....

tun_telani said...

sedapnyerrr!!!!!!!!!!! suka makan!! kalau beli nih, mahalnyerr sebijik tu. kecik je org jual.. tun sgt laa malas nk main2 ngan isi ikan nih. xsuka nnti hanyir satu hari x hilang.. suka makan je. hehe

Arizakiah said...

orang kelantan guna isi ikan fresh jugak tapi kami tambah sikit lada hitam dan dimasak dengan cara merebus guna sedikit santan cair.

Sofea said...

madiha..tgk solok lada mcm nak mkn nasi kerabu je hari ni..nasi kerabu my fav..x pernah buat pun beli je..:)

amie said...

aduiiiii..... solok lada! sukaaaa....... sangat!
Kak Amie suka buat sendiri sebab boleh ikut kepala kita nak bubuh apa & banyak mana, tapi kena tengok angin dulu..... hu hu huuuu...

Nadz Nazharzan said...

Kak Ratna...
Rajinnya akak buat solok lada.. naz suka makan solok lada.. Akak org mana eh?
p/s: rempah gulai kawah tu, kawan naz cakap ada dijual juga di luar kelantan tapi naz tak tau pula di mana.. nanti kalau naz tau, naz inform akak eh... (kak nanti check inbox akak kat fb eh)

Juwita Jamaludin said...

kak madiha.. seronok mak masakkan ye.. sayang kat anak bekalkan untuk anak2 ye.. itu la ibu ye tak kak..:) balik kg seronok leh makan masakan mak.. best

Juwita Jamaludin said...

kak lupa plak.. thankks ye tentang bagi tau salam perantauan ita tu.. tula alhamdulillah tahun ni masak 2 paper..:) hari tu metro gambar lain kali ni masuk kosmo .. hari tu suami yang hantar..:) saja hantar banyak tahun lepas tak masuk yang family punya..:(

Malay-Kadazan girl said...

Lama dah teringin nak makan dan buat ni. Hujung minggu ni kami pergi fishing. Moganya dapat banyak ikan.

Mamasya said...

Betul tu Ratna, solok lada belah kelantan ikan rebus dulu dan solok masak dgn santan....ni yg biasa sy buat ikut cara mak.kalau lada besar tu kebetulan di sini mmg ada jual tp belum berkesempatan buat lagi solok lada.

Anonymous said...

...suka..suka..suka...teramat suka, dulu2 pernah duk kelantan sbb arwah abah tentera...so pernahlaa buat dgn mak...ermmm mmg sedap kalau buat sendiri, terasa isi ikan tu lebih...tp mak campurkan sedikt dgn lada hitam yg ditumbuk...sedappppppppppp..

rafiqah_rizal said...

salam kak,
kalau guna kelapa kering boleh x?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

rafiqah : kalau susah nak dpt kelapa fresh.. boleh kot guna kelapa kering.. tp lembab2kan sikit dgn air / santan ye... tp dari segi rasa tentu lain dik..

Unknown said...

Asskum Pn. Madihaa. Nak minta izin ye untuk saya guna resepi Puan bgi mncuba buat solok lada ni. Nmpak resepi yg puan sharekan ini sgt mnarik. Mintak puan halalkan. Tma ksih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...