Tuesday, January 15, 2013

Opor Ayam Merah

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...


Terima kasih kepada semua yang sudi jejakkan kaki ke blog MaDiHaA yang serba kekurangan ni yer.. Terima kasih kepada follower lama & baru & terima kasih tak terhingga pada yang sudi tinggalkan komen.  MaDiHaA mohon ampun dan maaf jika ada yang belum sempat MaDiHaA balas kunjungan anda ke sini... Kadang2 masa terlalu cemburu hingga tak sempat nak bw ke blog rakan2 yang lain...

Semasa MaDiHaA belek2 fotopages kelmarin... ternyata masih banyak resepi yang belum sempat MaDiHaA kongsikan di blog.  Kadang2 rasa rugi sebab tak sempat nak kongsi di blog.  Manalah tau kan kalau tiba2 saja fotopages tu hilang, rosak atau dibubarkan... habislah semuanya tak dapat di selamatkan lagi.  Bila fikir2 balik.. ada hikmah juga handphone (yg MaDiHaA guna kameranya) meragam baru2 ni... hehehehe... yelah.. bila dah takde gambar2 terbaru yang boleh dikongsikan di blog... secara tak langsung boleh juga kutip2 gambar2 lama di fotopages untuk dikongsikan di sini... hehehe... 

Salah satunya ialah gambar & resepi Opor Ayam Merah yang sedap ni!  Kan rugi kalau MaDiHaA tak kongsikan dengan kawan2 semua di sini.  Sebab... bukan semua kawan2 yang selalu singgah di blog MaDiHaA sempat melihatnya di fotopages MaDiHaA dulu kan?? Kalau ada pun.. mungkin sudah ada yang lupa... jadi elok juga dikongsikan sekali lagi resepinya di blog pula untuk rujukan kawan2. Mana tau ada yang teringin nak mencuba... 

Oklah.. resepi kali ni... resepi dari Chef Azahari Hamzah yang MaDiHaA ambil di Kosmo!  Terima kasih chef untuk resepi ni... (ececehhh.. macam lah chef ada baca blog ni kan.. haha..)

  
OPOR AYAM MERAH
by MaDiHaA aka Ratna
Sumber : Kosmo!
(Resepi : Chef Azahari Hamzah ~ Restoran The Spread, The Gardens Hotel & Residences, Kuala Lumpur) 


 Bahan2 (resepi yg diberi dlm kuantiti gram yer.. tapi MaDiHaA tak timbang pun.. main agak2 jer)
1 ekor ayam saiz besar
1 biji kelapa (ambil santan)
250 gm kerisik
Garam secukup rasa


Bahan Giling (MaDiHaA kisar jer)
150 gm serai
150 gm halia
120 gm lengkuas
200 gm bawang merah
120 gm bawang putih
200 gm buah keras
100 gm jintan manis
100 gm jintan putih
100 gm ketumbar
180 gm cili kering
250 gm air
150 gm minyak masak


Bahan2 hiasan (MaDiHaA tak gunakan pon)
3 biji cili hijau ~ belah 2
3 biji cili merah ~ belah 2
1 biji tomato ~ belah 6
200 gm kacang pis
1 biji bawang besar ~ hiris bulat


Cara2 Menyediakan
1. Potong ayam & bersihkan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan kesemua bahan giling hingga naik bau.
3. Masukkan ayam, kerisik & santan.
4. Masukkan sedikit air dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Pekatkan sedikit kuahnya dan bolehlah dihidangkan.
7. Taburkan bahan hiasan ke atas masakan tadi.


Selamat mencuba!

5 comments:

Uda said...

sedap tu.....kalau bahan2 tu dibuat ayam bakar....sedap agaknya ye.....hehehe, memandai je!!!!

kurus said...

sedap nie kak ..
rajin akak masak lahhh ;)

PH said...

Nampak sedap! Pun sesuai untuk hidangan Chinese New Year kan sebab dia merah-merah hee..hee...PH pun tak main timbang. Pakat campak-campak gitu je...

Hasidah Bt Awang said...

menyelerakan...kita kumpul resipi dulu ye..

Unknown said...

namapk sedap je....i suka kuah pekat mcm ni....tak kering sgt pun...just nice

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...