Thursday, May 2, 2013

Kambing Masak Merah

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Nak kerja hari ni macam malas-malas gitu.. hehe.. biasalah kan.. macam tak puas cuti sehari je.  Biasanya kalau cuti hujung minggu bagi MaDiHaA mesti 2 hari.. bila cuti sehari macam tak cukup je.  Tapi alhamdulillah.. banyak perkara dapat diselesaikan semalam bila suami sama2 bercuti.  Bukan apa.. bila cuti hujung minggu tu suami MaDiHaA hanya dapat merasa cuti sebulan 2 kali je.  Lagi 2 kali dia kena kerja juga a.k.a overtime wajib.  Bila kebetulan kami sama2 cuti... kadang tu asyik sibuk ambil peluang balik kamponglah, jenguk anak kat asrama lah, berkemas rumahlah... sampaikan nak buat sesuatu yang lain tak berkesempatan.  Tapi semalam walaupun hanya cuti sehari.. banyak perkara tertunda dapat diselesaikan.  Bila dah selesai tu.. rasa macam dah selesai bayar hutang aje.. hehehe... Padahal bukan apa pun.. hanya perkara2 kecil yang dijanjikan dengan anak-anak dapat ditunaikan.  Dan seperkara lagi.. baru berkesempatan dapat melawat kawan yang bersalin anak ke tiga.  Sampaikan dia dah abis pantang baru kami sempat jenguk.. phewww... sibuk betul!



Oklah terus dengan resepi yang nak dikongsikan hari ni.  Resepi yang rasanya hanya dimasak setahun sekali je kot. Itupun bukannya beli sendiri... tapi yang disedekahkan orang.  Jangan tak percaya.. inilah daging kambing korban tahun lepas punya.. hahaha... berbulan2 dok dalam peti sejuk beku tu.  Punyalah lama dibiarkan daging tu bertapa dalam peti sejuk tu.  Bukan apa.. kami dua2 laki bini bukan tak makan kambing... cuma ada sedikit seriau gitu.. hahaha... Ni semua sebab mitos yang kami selalu dengar kononnya daging kambing boleh buat tekanan darah naik atau pening2 bila selepas makan... hmmm.. entahlah betul atau tak.. kena tanya pada yang pakarlah ye... Tapi lepas kami makan.. takde pula rasa pening-pening pun.. nampak sangatlah penipunye! (sila baca macam Usop Wilcha cakap dalam cerita Hantu Mak Limah Balik Rumah yeee... hehehe...)

Pada Kak Liza.. terima kasih untuk resepi ni.  Resepi yang MaDiHaA ambil dari buku resepi 1 Hari 1 Resepi.  Jarang2 dengar masak merah versi daging atau kambing.  Jadi kita cuba-cubalah kali ni ye... Alhamdulillah sedap.  Anak2 pun makan berselera... tapi ibu dia tak cakap tu daging kambing... ibu dia cakap daging je... takut anak2 taknak makan pula kalau sebut kambing.. hehehe...


 
KAMBING MASAK MERAH
Resepi : Chef Hanieliza dari buku resepi 1 Hari 1 Resepi
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan A
500 gram daging kambing
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 labu bawang besar (dimayang)
3 sudu makan minyak masak (MaDiHaA letak secukupnya)
Garam, serbuk perasa & sedikit gula jika suka

Bahan B
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 tangkai daun kari
20 tangkai cili kering*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
3 biji tomato*

Cara Membuat
1. Kisar bahan bertanda*.  Perapkan daging bersama serbuk jintan manis selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis & daun kari sehingga wangi.  Masukkan bahan kisar & tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging yang diperap & kacau rata. (MaDiHaA tambah 1 cawan air). Masukkan garam, serbuk perasa & sedikit gula.
4. Masak sehingga daging lembut & empuk. Masukkan bawang besar dan biar sehingga pecah minyak.
5. Sedia untuk dihidangkan.




Selamat mencuba!

18 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak...
sama ngan nani.. macam2 pujuk hati hari ni.. datang keje 2 hari je.. lepas tu cuti balik... huhhhh kus semangat.. :P lebih mcm budak kecil je ni..

kak.. nak tanya kalau kak beli daging kambing kat mana? kalau kat tesco tu kita nak cari mcm mana? ada 2 jenis dia tulis.. satu lamb satu lagi ape tah.. lupa... yg mana 1 nak pilih ye kak..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Nani... akak tak pernah beli kambing.. kambing yg pernah akak masak semuanya daging org sedekah masa raya korban... hehe... ni mesti tak baca cerita akak...
akak rasa nani boleh tanya dngan CT Zaliedana.. dia lebih expert sebab dia kerap masak kambing especially utk steak tu.. akak mmg tak pandai juga.. tp kalau kat pasar besar pj tu.. mmg ada org jual daging kambing segar.. siap bergantung lagi kambingnya.. utk msk lauk blhla beli situ.. kalau kat pasaraya tesco atau lain2 pasaraya yg tu akak tak sure..

Cheida_Mymee said...

sedapnyeeee

Anonymous said...

Salam madiha.... mori dh lama x masak daging kambing di rumah... favourite husben mori nie..hehehe.. seronok pulak tengok lauk madiha nie...

PH said...

PH takut nak masak kambing sebab baunya kuat. Selalunya kalau makan kari kambing kat restoran je.

Gee® said...

Wah! menyelerakan nmpk lebih2 perut tgh lapar ni... sedapnyaaaa

Unknown said...

wah dapnye...kak nani, selalu zila beli kambing kat pasar chowkit je..macam2 ada rusuk segala bagai..

Mulan said...

yummmeehhh.... kambing ni kalo masak takyah rebus dulu ke?

indahhiasan said...

kambing masak merah....emmmmmmm..tgk gamba mcm sedap tapi mampu ke nak makan...huhuhuhuuhu...kambing dah la comel..

p/s:suka english cotton, boleh dtg melawat blog saya..

Amie said...

Assalamualaikum Madiha,
daging yang disimpan dalam sejukbeku tahan setahun lamanya Madiha... kira masih okey daging kambing tu he he ehh raya puasa pun belum lagi, raya korban lama lagi... sedap nampaknya daging kambing masak merah tu Madiha.

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.madiha
wah sedapppnya masak merah daging
walaupun kambing tp daging gak kan he hee sedap tu
jarang jumpa kambing kena tunggu kenduri lazimnya kan

mamawana said...

Assalam,

Suka makan kambing tapi tak pandai masak kambing...hehe

Mamasya said...

Alhamdullilah mak Ratna dah dibenarkan keluar hospital.moga cepat semboh dan cergas kembali.
Happy belated bday juga buat Ratna... dah wish kat Fb.ni kat blog pula.
betul tu selalu org cakap kalau mkn kambing tekanan darah naik. tp mungkin utk yg ada darah tinggi kut...kena pula kalau kambing yg berbau. kalau kat Egypt..kambing mmg tak da bau.

zila norazila said...

Kambing fav suami zila jgk..tp susah dikt nk dpt kmbing di area umh zila ne....zila pn kurg beli..klu org x bg time korbn..mmg x jumpa lh kmbing..hee tp suami suka mkn.

bugisdiver said...

Makan kambing darah naikla...bedaah yahudi tu...daging kambing mknan para2 nabi...kolesterol rendah

bugisdiver said...

Makan kambing darah naikla...bedaah yahudi tu...daging kambing mknan para2 nabi...kolesterol rendah

Asnida said...

post ni dh lma... sy tlg jwbkan.... daging kambing utk masakkan berkuah gna mutton... leh bli mutton block atau mutton cut pastu potong cube. lamb ialah daging kambing biri2 dara. sesuai itk dbuat lamb chop sbb lbh cpat empuk n manis

Asnida said...

post ni dh lma... sy tlg jwbkan.... daging kambing utk masakkan berkuah gna mutton... leh bli mutton block atau mutton cut pastu potong cube. lamb ialah daging kambing biri2 dara. sesuai itk dbuat lamb chop sbb lbh cpat empuk n manis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...