Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, April 19, 2011

Sambal Tumis Tempoyak Bilis & Petai

Assalamualaikum & selamat petang semua...


Hari ni sekali lagi nak kongsikan menu kampong yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.  Kalau dapat sambal ni.. takde lauk lain pun takper dah... berselera makan nasi dibuatnyer.. terlupa kejap segala diet2... hehehe...  Memandangkan durian & tempoyak yang baru (tempoyak yang belum masam) kat rumah tu tengah banyak... apalagi kan... kita masak ler sambal tempoyak yang marbeles ni....... Selain durian & tempoyak import dari kampong... petai tu pun dari kampong jugak... Ohya... weekend minggu lepas kami dah balik ke kampong mertua... jenguk2 mertua sambil jenguk2 buah doyan.. hehe.. mekasih ye mak untuk semua2 tu.... sayanggggg makk!!

Kalau u all takde isi durian atau tempoyak yang baru (cuma ada tempoyak yang lama yg dah masam) pun boleh jugak nak masak gini... cuma lebihkan sikit lagi tempoyak  anggaran 2 sudu besar menggantikan isi durian & then.. kenalah tambah gula sebagai penambah rasa... kalau idak nanti sambalnya masam sangat tak syok pulak..  Yang ku masak ni tempoyaknya tak masam lagi.. memang bestttt!!  Feberet kakak Dini jugak ni walaupun dia tak makan petai.. Cuma 2 beradik yg kecik tu je tak makan lagi sambal ni sebab tak tahan pedassssssss...!

JOM masakk jommmm... !


Sambal Tumis Tempoyak Bilis & Petai 
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
4 papan petai ~ kopek kulit & belah 2 atau 4
secekak besar ikan bilis dibersihkan
1 biji bawang besar ~ dimayang
Garam secukup rasa
Gula secukupnya (jika guna tempoyak yg lama/masam)
Minyak masak secukupnya

Bahan2 ditumbuk
20-30 biji cili padi (ikut pedas masing2.. MaDiHaA guna cilipadi merah/masak.. kalau guna cilipadi hijau.. warna sambalnya akan jd warna kuning2 sikit)
1 cm kunyit hidup
3 ulas isi durian (kalau takde.. lebihkan sikit tempoyak)
3 sudu besar tempoyak (seeloknya tempoyak yg baru ~ yang tak masam)
1 cawan air (untuk bancuh ramuan tumbuk tadi)

Cara2 Membuatnya
1. Tumbuk cili padi & kunyit hidup hingga lumat kemudian campurkan isi durian & tempoyak. Bancuh dengan 1 cawan air hingga menjadi pes yg pekat.
2. Panaskan minyak dlm 1 cawan. Goreng ikan bilis hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula bawang besar hingga layu kemudian angkat & ketepikan.
4. Gunakan minyak yg sama.. tumiskan bahan2 tumbuk/pes tadi hingga masak.
5. Masukkan 1 cawan air / lebih jika perlu (jika suka sambal cair). Masukkan petai dan masak hingga petai lembut/masak. Masukkan bwg & ikan bilis dan masak lagi.
6. Perasakan dengan garam, perasa & gula (jika perlu).
7. Jika terlalu pekat boleh tambah air lagi.. rasakan biar secukup rasa. angkat & bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas2.  Boleh jugak dicicah dengan jemput2 bawang/bilis & juga lempeng. Memang sedapp!!!


Selamat mencuba!

14 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum kak..
kalau saya dapat ni alamatnya 3 pinggan nasi panas tak cukup.

zarin said...

sedapnyaaaaa.... 3 pinggan nasi memang confirm tk cukup :D

norhidana said...

wah kak... i like lauk kampung.... bile lah dpt mkn durian nih... tak tahan dh rasanyer
dr awal peknen duk tahan2 je

✿❤Cik Izan❤✿ said...

kalau buat sambal mcm ni guna tempoyak yg masam tu tak sedap ker? tak biasa msk lauk mcm ni...^__^

Chik Mimi said...

sedapnya ratna lamaaanya tak makan petai,dulu2 mmg pebret dengan petai sekarang ni ermmm tengok je la

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam ratna.Wah wat a combination!Kalau angin keluar tak tahu nak cakap apa ya...hi hi hi

✿❤Cik Izan❤✿ said...

thanks yer madiha...nanti izan nak cuba...hb suka sambal tempoyak tp wife nya ni xpandai msk tempoyak nih...^__^

cik cek said...

Salam Madiha...

Favourite Kak Cek ni....nak sikitttt....ada lagi tak....:-)

Anonymous said...

ala kak..sedapnya...peberet saya ni..mujur la mlm ni mmg plan nak buat tempoyak petai..

(wiera)

ady said...

as-salam
nampak sedap Sambal Tumis Tempoyak tu...tapi tak pernah mkn tempoyak...

Cendana Kasih said...

fuh...lauk idaman kalbu suamiku... sib baik dia tak pandai bw... hehehe...

Rabiatun Adawyah said...

leh bayang raser dierrr...mesti sedap..nak2 kena ngn nasi panas..fuhhhh!

Baby said...

Saya masak xjd Gini rs mcm lempuk

Baby said...

Saya masak xjd Gini rs mcm lempuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com