Terima kasih kepada yang sudi follow....

Saturday, April 2, 2011

Ikan Cencaru Bakar & Air Asam Tomato

Salam & selamat pagi semua... 

Sebelum mengomel panjang.. meh nak kabor dulu yer.... sebenarnya ini adalah entry auto publish.. hehehe... Pada ketika & waktu ini.. tuan punya blog mungkin dalam perjalanan pulang ke halamannya di Pahang sana... Dah lama benar tak balik kampong.. terasa rindu sungguh...

Ok... terus dengan resepi yang nak dikongsikan hari ini... resepi simple & mudah saja... sekadar untuk koleksi sendiri & rujukan anak2 di kemudian hari nanti... inilah dia resepi Ikan Cencaru Bakar & Air Asam Tomato... Rasanya semua orang pandai buat air asam ni kan.. cuma mungkin ada sikit perbezaan.. almaklumlah air tangan masing2 tentulah tak sama kan.... Ikan bakar ni pun dah lama sangat dah aku buat... macam biasalah.. masing2 kena tunggu giliran untuk masuk blog..


Ikan Cencaru Bakar & Air Asam Tomato
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
3 ekor ikan cencaru ~ dibersihkan (terpulang nak buang kulitnya atau tidak.. kita punya hubby beli dah siap buang.. belasah jelah.. hehe)
Ulaman ~ salad, timun atau apa2 aje ulaman yg disukai.


Air Asam Tomato
Bahan Kisar
2 biji cili merah ~ dipatah2kan
8 biji cili padi
1 sudu besar asam jawa ~ diramas dengan air masak di bawah & ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu besar belacan
5 biji limau kasturi ~ ambil jus & buang biji
1 sudu makan gula
garam secukup rasa

Bahan2 Lain
1 biji tomato saiz besar ~ potong dadu
1 labu bawang besar ~ hiris & potong dadu
2 biji cili merah ~ hiris nipis (optional)

Cara Menyediakan
1. Ikan dibersihkan & dibalut dengan daun pisang & bakar hingga masak.  Boleh bakar di dapur arang atau bakar dalam oven. (MaDiHaA bakar dalam oven je... daun pisang pun takde...)
2. Sediakan air asam.  Kisar semua bahan2 yang perlu dikisar sehingga halus.  Tuangkan ke dalam mangkuk & campurkan dengan bahan2 yang dihiris/didadu.  Rasakan biar secukup rasa masam, masin & manisnya. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama ikan bakar & ulaman dengan nasi panas2.

Selamat Memasak!

3 comments:

Chik Mimi said...

sedapnya kalau kat Png air asam tomato tu sll makan ngan nasi dgg,pastu air asam tu tambah kerisek sikit sedapnyaaaa

~Norul Mas Hana ~ said...

kecur liur nihh...haha =)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
nmpk cam sedap jer sambal tu akak.. x pernah lg makan yg + tomato nie.. pasti sedap kan akak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com