Wednesday, April 13, 2011

Tilapia Bakar Berempah Woku

Assalamualaikum....
Dah makan tengahari? Ada yang terlentuk jer depan PC... Yang ada tu dah tersengguk2 dah ha... mesti kes makan kenyang sangat agaknya... takpun sebab malam tadi dok berjaga jauh2 malam dok godek2 kuih kot... hehe... takper2... kalau rasa ngantuk sangat tu.. cepat2 pegi bancuh kopi ker neskepe ker... mesti hilang ngantuk.. Takpon.. pegi bilik air atau ke sinki.. basah2kan sikit kelopak mata tu... sat lagi.. hilanglah ngantuk tu.. Kalau nak lebih elok lagi terus je amik wuduk gi solat Zuhur dulu kot ada yang belum solat lagi... hehe..

Oklah.. saja je melawak sesambil bergurau senda........ kalau asyik serius je karang orang kata kita ni tak friendly pulak kan... 

Ok hari ni nak share resepi ikan bakar ler pulak yer...  Resepi yang diwar-warkan oleh kengkawan yang dah pernah mencuba sebagai resepi yang sangat best nih.   Kak Ummi pun noted sebagai 'sangat sedap'.  Ada yang bagi 6 ~ 7 bintang! hehee... Aku agak ketinggalan mencuba.. bukan apa... bila menengokkan bahan2 tu ada pulak si daun limau purut musuh ketat en. hubby tu yang kena fikir 20 kali nak mencuba tu....... Tapi takleh jadi... musuh tak musuh... tetap kena cuba jugak.. kalau idak tak tau macamana rasanya kan? Sampai termimpi2 pulak.. mana boleh jadi.. hehe...

Pada aku.. resepi ni oklah boleh tahan sedap especially rempah2 nya tuh.. cuma.. bab dedaunan yang terlalu banyak tu macam mengganggu sikit bila nak mkn.  Cuba jugak untuk kunyah2 daun tu... tapi macam takleh pegi jer tekak ni nak menelan sebab daun pandan & daun limau tu agak keras tak macam daun kunyit... itupun aku dah kurangkan sukatan daun dari resepi asal... kalaulah aku ikut 100% kuantiti daun2 yang disarankan... tak taulah apa jadi.. hehehe... Yang kelakar.. en. hubby tak perasan pun kehadiran daun limau purut tu pada ikan bakar tu.. (mungkin gak sebab aku letak sikit je kot.. dah tu bercampur pulak ngan daun2 yg lain) so alhamdulillah.. dia makan je tanpa banyak komplen.  Cuma.. cara dia makan pun serupa aku le jugak.. selak2 je daun tu amik isi ikan aje pastu.. tenyeh2 la sikit kat rempah2 tu biar isi ikan tu bersalut dengan rempah2 tu nak bagi ada rasa.. barulah sedap kan..  hehehe.. Oklah resepi ni.. not bad.. cuma tang daun tu je yg buat kacau sikit..

Ok jom semak resepi! Resepi ni aku ambil dari rumah Kak Ummi.  Resepi asal dari Majalah Sedap.  Aku pun ada beli majalah ni & perasan jugak ngan resepi ni.. cuma malas je nak mencuba... so.. ni dah cuba.. copy & paste jelah dari Kak Ummi lagi senang kan.. hehe.. terima kasih kak Ummi... mintak izin ye letak sini resepi ni.. Thanks kak!  Kak Ummi buat guna ikan siakap.. aku guna ikan tilapia yang jiran depan rumah bagi... Thanks Laily!  Oh ya.. boleh tengok versi Kak Nor Secubit Garam kat SINI.  Kak Nor siap skip daun pandan..  & ganti dengan daun ketumbar.. hehe.. memang bijak.. Alongroz pun dah cuba gak kat SINI.  Ramai lagi yang dah cuba.. tapi maaf ye sebab tak tersebut ke semuanya...


Tilapia Bakar Berempah Woku
Resepi : Majalah Sedap

Bahan:-
  • 3 ekor ikan tilapia ~ dibersihkan & rendam air asam jawa then cuci lagi (resepi asal guna ikan siakap ~ boleh je ganti ngan ikan2 lain)
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus (MaDiHaA letak 3 helai je)
  • 4 helai daun pandan - hiris halus (MaDiHaA letak 2 helai je)
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (MaDiHaA takde stok daun ni)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar:-
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (MaDiHaA campur2 merah & hijau)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (x bakar pun)
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap:-
  • Daun senduduk secukupnya (takde pun.. tak reti nak makan.. hehe)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih (pun non ado)
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur (skip yg ni)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

Selamat mencuba!

9 comments:

izahdaut said...

memang sedap ikan bkr ni.saya pun penh buat..tapi tk dan nk snap gambo.kelaparan..hihi..
mmg banyk daun, daun pandan tu saya tk racik cume ikatkan je,bagi ada bau gitu je kan.hihi..

✿❤ IzanCraft ❤✿ said...

nampak sungguh menyelerakan...xsangka pulak daun pandan boleh mkn mcm tu..biasa kan amik air dia jer..unik resepi ni...^__^

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nampak sungguh sedap lah kak ratna.terliur LM tgk.

tun_telani said...

fuhhhh... byknyer daun!!! tun awal2 surrender nih..daun selasih dan daun senduduk tu rupa pun x kenal.. hihi..
ps: tp agaknya kalau ada yg tlg masakkan laju je kot makan nyer.. ;)
pps: masak ayam percik rendang akak nih.sedap =)

nOOrsha said...

SODAPNYER..NAK TUMPANG LUNCH KAT UMAH AKAK LA..ER WAKTU LUNCH DAH ABIH KE?TUMPANG DINNER JE LA BLH? EHEHE

Ayu said...

Assalam ratna,
memang sedap lauk ni..akak pun dah try juga.uish belum dinner lagi ni..kalau ada balance boleh pass kat sini sikit..tapi dah habis ya..tak dapak ratna nak menolong yo..haha

MULAN said...

sedaaappppp nya...

norhidana said...

wahhhh terliur menengok ikan itu kak... tp bab nk msk nyer yg mcm rumit tuh... heheheh kene tunggu kerajinan btl2 baru blh bt hehhe

Anonymous said...

hemmm lazat...tambah daun kaduk.. tambah daun cekur...apa rasenyer ya??...ada rasa macam pecal ikan kot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...