Friday, July 22, 2011

Kubis Cina Gulung Keju

Assalamualaikum......


Jumaat yang mulia datang lagi... alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNYA untuk bernafas dibumi ini.  Hari ni sebenarnya agak free sikit... Alhamdulillah.. sempat jugaklah aku mengupdate fotopages ku yang hampir 4 minggu tak berupdate.  Ni semua gara2 terlalu asyik & leka dengan blog sejak akhir2 ini.... Kesian dengan pengunjung2 setia FP ku itu... hehehe..



Oklah untuk resepi hari ni... sangat teruja nak update menu yang agak unik & boleh dikatakan sedap juga di tekak aku.  Malah en. suami pun kata sedap.  Anak bujang ibu yang tak suka makan sayur kubis cina tu pun boleh makan dengan berseleranya! Agaknya... dia sendiri pun tak sedar apa yang dia kunyah dan makan tu adalah campuran isi ayam dengan sayur kubis cina! hehehehe... Lagipun menu ni tak pedas.. jadi sangat sesuai utk anak2.  Cuma perlu diingatkan... kalau anak2 kecik nak makan.. kenalah potongkan betul2 sayur kubis cina tu yer.. sebab kalau sekadar dihiris macam dalam gambar aku tu... sayur kubis cina tu masih berjela2 panjangnya.. jadi kalau anak2 tak kunyah betul2.. boleh tersangkut kat anak tekak sebab sayur kubis tu tak putus betul.. hehehe.. Ini yg terjadi kat Haziq.. gamaknya dia ingat dia dah abis kunyah & terus cuba telan.. tapi sayur kubis tu tak hancur betul.. & akibatnya tersangkut kat anak tekak.. separuh dah tertelan & separuh lg masih tersangkut kat lubang tekak... Bila aku & ayahnya ingatkan supaya dia kunyah betul2.. barulah elok dia makan.. hehe..   

Menu ni aku masak malam tadi.  Kakak Dini masa aku masak ni.. dia tertidor awal sebab keletihan mungkin sebab letih dok berjemur tengah panas masa hari sukaneka semalam.  Jadi belum lagi dirasanya... adalah aku simpan untuk dia dalam petiais... malam ni bolehlah dipanaskan balik untuk dia. Anak dara kecik pulak.. malam tadi taknak makan... gamaknya dah kenyang makan kat rumah pengasuh. Jadi hanya kami 3 beranak je yang makan... Pada aku.. menu ni lebih sedap di makan macam tu aje & kurang ngam kalau makan dengan nasi putih... Tapi malam tadi en. abang rajin sikit... so dia tolong aku goreng nasi untuk dimakan dengan menu kubis cina ni.. selain tu adalah aku goreng ayam sikit sebab takut anak2 tak berkenan dengan menu ni terutama si Haziqlah! Rupa2nya.. sangkaan ibu meleset! hehe...

Oklah... resepi yang diperkatakan tu adalah resepi Kubis Cina Gulung Keju yang ada sedikit unsur2 western.  Terima kasih pada Kak Anymz yang telah berkongsi resepi yang beliau ambil dari Resipi Ibundo .  Kalau tak kerana Kak Anymz... mesti aku tak tau resepi ni sebab aku pun baru je terjumpa blog Ibundo yang ada bermacam2 resepi yang best2... itupun sebab lompat dari dapur Kak Anymz.  


Jadi kat sini.. MaDiHaA mohon keizinan dari penyumbang asal resepi ini iaitu Ibundo untuk meletak resepi kat blog MaDiHaA pulak ye.  Dan tak lupa.. terima kasih juga pada Kak Anymz yang telah berkongsi resepi diblognya tempohari... Resepi ni MaDiHaA ada edit sikit2 & susun mengikut tajuk2 kecik dalam resepi.. Harap Ibundo tak marah & kecik hati yer. Tujuan hanya untuk lebih tersusun & mudah difahami...  Thanks buat kedua2nya..

Kubis Cina Gulung Keju
Resepi : Resepi Ibundo 
Sumber : Kak Anymz 

Bahan2 Inti
2 ketul dada ayam dibuang tulangnya. (dadukan)
1 biji bawang besar didadu.
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato didadu
sedikit capsicum hijau didadu (MaDiHaA tak letak sebab takde stok)
2 pokok daun bawang ~ dipotong halus (MaDiHaA tambah sebab kebetulan ada stok)
sedikit air
garam secukupnya

Bahan Sayuran
5 helai kubis cina yang agak lebar (MaDiHaA punya dah tinggal yg tak berapa lebar sebab yg lebar bahagian luar dah dibuat sup... huhu... Nota: MaDiHaA dpt 8 ketul gulungan ayam ni mungkin sebab tu MaDiHaA guna isi ayam lebih sikit agaknya... Jadi daun kubis yg MaDiHaA gunakan ialah 8 helai yer..)
1/2 batang carrot dihiris memanjang
Beberapa batang kacang buncis dipotong dua

Bahan2 Sos
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil gula
Stok ayam (kalau tak ada, 1 cube ayam campur dengan secawan air)

Mozarella cheese secukupnya

Cara Menyediakan
1. Kubis cina dicuci bersih & dicelur supaya batangnya lembut sedikit. Angkat, tos & biarkan ia sejuk.
2. Ayam dan bawang diblender kasar.  (MaDiHaA kisar menggunakan pengisar kering.. Kisar sikit2 ye.. kalau letak banyak2.. berat pulak matanya nak berputar nnt..) Bubuh sedikit air. Sedikit saja. Masukkan dalam bekas dan bubuh sedikit garam. Masukkan tomato, capsicum & daun bawang.  Bubuh tepung jagung dan gaul rata. Ketepikan.
3. Panaskan butter dalam kuali.  Masukkan tepung.  Kacau hingga berbuih.  Masukkan stok ayam sedikit demi sedikit sambil dikacau. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air. Masukkan tomato puree.  Masukkan gula dan rasakan garam.  Bila kuah pekat, padamkan api.  Ketepikan.


4. Ambil sehelai kubis cina yang dicelur tadi.  Bentang dan letak dua sudu besar adunan ayam di atas permukaan yg berdaun. 


5. Letakkan hirisan carrot & potongan kacang buncis & tekan sikit supaya berada ditengah2 inti.


6. Kemaskan inti dengan menutup hirisan carrot & kacang buncis dengan inti ayam tadi supaya sayur tersebut berada ditengah2.. jadi nampak cantik bila dipotong nanti.


7. Gulung kubis cina seperti gulung kuih ketayap hingga ke bahagian batangnya. 




8. Letak di dalam caserol & tuangkan sosnya.  Taburkan mozarella cheese & bakar selama 15 minit.




Nota MaDiHaA : Sebelum dituangkan sosnya... MaDiHaA tutup kaserol dengan aluminium foil kemudian kukuskan kubis gulung tadi selama 10 minit (tempoh masa dari air kukusan mulai mendidih).  Kemudian buka aluminium foil & buangkan air dalam kaserol tadi sekiranya ada.  Lepas tu barulah dituangkan sos, ditabur mozarella cheese & bakar selama 15 minit dengan suhu oven 180C yang telah dipanaskan terlebih dulu.  Tujuan dikukuskan tu bukannya apa.. MaDiHaA nak pastikan yang inti ayam tu betul2 masak je.. Kepada yang nak mencuba boleh ikut cara Ibundo yer.. ini cuma catatan peribadi MaDiHaA.


Ok... selamat mencuba yer!

15 comments:

Fiza Nordin said...

seleranya tgk... kena tunggu betui2 rajin baru boleh buat ni...klu x frustlah hasilnya nnt.

Azlita Aziz said...

salam kak,
ita pun berangan nak buat bila nampak kat blog ibu hari tu.. mmg nampak sangat menyelerakan.. tunggu anak2 balik baru boleh buat... hihi

anymz said...

sedap kan diha?
Itu lah akak pun rasa menu ni sesuai di makan begitu saja..anak2 yang tak makan sayur pun tak sedar kalau kita masak macam ni..
Mesti ibundo suka hati tengok ramai yang mencuba..:D

nOOrsha said...

nyumnyumnyumm..nmpak sedap ler kak madihaaa..t.tapi kubis cine tkder la.. kene beli ni... klo gune udang tu sbg filling pun mesti bes gak kan.... hehehe..mandai2 sy nak ubah resepi org....:)

adarnadzmie said...

resepi yg amat menarik dan sedappp... nmpk mcm susah jer...hehe... takot nak try sbb mesti tak jadik punya...kiki...

ilahjy said...

salam ratna
fuhhh mmg rajen dan tekun sekali. kak ilah rasanya tak mampu mcm ni...boleh tolong buatkan nak rasa heheheeeee....kak ilah dah simpan resepi ya ratna

dZana said...

sedapnya madiha.. akk mampu tgok jer... huuuu

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak,mmg dah terliur time kak anim tayang lagi..Nmpak sedap sgt kak,bagus gak kan,utk yg xsuka sayur..
Re:-Pstt kak,uii syifa xdpt adik g kak,dah 2kali wat prgnt test,hehe..Tahla tetiba jer rasa seram sejuk badan..Sian gak syifa dpt adik awai sgt kak,tapi tuhla kalo dah rezeki alhamdulillah terima jer,kalo dpt lelaki,terus ttp production kak,hehe..

ibundo said...

salam madiha,
pandai diha gulung. cantik dan kemas. Happy dengar semua suka rasanya.

Juwita Jamaludin said...

salam kak madiha.. sedapnya nampak kak.. kat jepun ni memang selalu ada menu ni keluar dalam TV dan tak pernah makan pun tapi tahu tentu sedap.. nanti bila rajin datang leh la buat menu n plak

zanafahmi/PB said...

alahai, mcm susah je nak buat ni tp akak nmpk mcm sodap je.....

Kak rus said...

Wow....pasti sedap niiiiii......

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
cantik n kemas gulungan kobis tu yer akak... makan mcm nie jer pun sedap nie kan akak... mmg menarik rersipi nie

Mamasya said...

Menarik resepi Kubis Cina ni..siap ada cheese.bagus Haziqpun suka wpun ada sayur...

Fazleyatul Aini said...

wah menu baru. x penah jumpa pon. rajin nanti bleh buat. save resepi dlu.hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...