Assalamualaikum & selamat pagi....
Pagi2 tayang steak pulak yer... ehh.. ini bukan sarapan pagi kami... tapi ini dinner yang dibuat dah lama dulu...tak caya...? Takpe-takpe.. nanti aku buktikan yer... hehe...
Terlebih dulu nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada empunya resepi Salmon Steak with White Sauce ni iaitu Skyblue@MyResepi... ehh.. ini Skyblue sama ke dengan Diana @Melley Mey yang tinggal kat Labuan tu ? Maaf ye sebab akak kurang pasti.. apa2pun terima kasih banyak2 untuk resepi yang best ni yer...
Alkisah membeli ikan salmon ni beramai2 dengan opismate.... Kirim melalui seorang kawan baik kami a.k.a supplier syarikat kami. Dia beli ikan salmon ni dari sebuah syarikat yang supply bahan2 makanan kepada hotel2 disekitar Lembah Klang... Jadi dapatlah harga murah sikit.. Cuma... mesti kena beli dalam kuantiti yang banyaklah ye... tak bolehlah beli ikannya dua, tiga keping aje sebab mereka hanya jual dalam kuantiti sekor2 samada dipotong keping2 ataupun dipotong fillet ikut kehendak pelanggan.. Ikan2 tersebut akan dipacking dalam kotak berisi ais. Kawan2 aku yang lain (yang loaded2 yg manager2 la kan.. hehe) beli seekor sorang ikan salmon ni... berat seekor ikan salmon ni sekitar 3 kilo ke atas & harganya pula.. RM35.00 sekilo. Jadi kalau ikan yang beratnya 3 kg seekor bermakna harganya RM105.00 seekor.. wahhhh... pengsan bak kata Mat Gebu.. hehe... Menurut kawan2 opis... dorang cakap kat pasaraya harganya lebih mahal iaitu sekitar RM45.00 sekilo.. Fuhhh beza RM10.00?? betul ke? Entahlah sebab aku memang tak pernah beli ikan salmon sebelum ni.. Kalau betul.. kira dah jimat banyaklah kan.. Sebab tu aku pun teringin nak beli jugak.. Tapi aku dah pakat dengan sorang lagi member utk berkongsi dengan dia seekor ikan tu.. Aku ambik ikan yang beratnya 3 kg.. jadi.. dibahagia dua dapatlah 1.5 kg seorang dengan harga RM52.50. Berjimat2 tau makan ikan salmon ni.. sebab mahal.. wakakakaka....
Oklah.. jom tengok resepinya yer... Dulu pernah gak menerai makan salmon steak ni kat Mama Chop Papa Grill kat Subang Terminal tu... tapi masa tu.. bila aku makan macam tak boleh nak telan pulak... hanyir semacam aje.. Tapi yang aku masak sendiri ni.. okaylah pulak... Sedap je makan sampai licin semua... Ok pada empunya resepi.. akak mintak halal ye nak letak resepi kat blog akak ni untuk rujukan di masa depan.. TQ Skyblue...
Salmon Steak With White Sauce
Resepi : Skyblue@MyResepi
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan-bahan ( 2 orang )
* 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh)
* 1 sudu besar minyak zaitun
* Secubit garam
* Secubit lada hitam
* Sedikit renjisan Cajun (MaDiHaA tambah)
* *1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit) (MaDiHaA guna mashed potatoes. Rujuk SINI untuk persediaan Mashed Potatoes)
Bahan-bahan untuk sos
* 2 sudu besar majerin atau mentega
* 1/2 biji bawang besar (dicincang)
* 1 sudu besar tepung gandum
* 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh ~ MaDiHaA tambah mixed herb sikit)
* 1 cawan susu segar
* Secubit garam
* Secubit lada hitam
Cara-cara
1. Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
2. Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
3. Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. (MaDiHaA guna mashed potatoes) Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
4. Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.
Nota : MaDiHaA hidang grill salmon ini bersama brokoli celur, mashed potatoes, coleslaw, hirisan lemon (untuk diperah sikit pada ikan) & hirisan tomato. Sangat2 kenyang walaupun tiada nasi... sedap!!
Haa... inilah buktinya!! Sebenarnya.. aku masak salmon steak ni pada masa yang sama masa aku masak Ayam Goreng ala KFC versi hot & spicy dulu.. Tanyakan pada anak2 nak makan tak ikan salmon steak ni.. masing2 semua kata taknakkk... anak2 memang kurang suka ikan.. kalau masak nasi berlaukkan ikan.. mesti nak kena masak lauk lain jugak... tambah2 anak bujang nombor dua tu... ikan tenggiri pun tak layan jugak.. memang payah budak tu sorang. Jadi nak tak nak.. terpaksalah ibu buat 2 hidangan pada masa yang sama... Salmon Steak untuk ayah & ibu manakala Ayam Goreng ala KFC untuk anak2 bertiga tu.... Walaupun nampak rumit menyediakan semua tu... tapi takdelah ambil masa lama sangat nak masak semua tu.. alhamdulillah... dapat menyediakannya tepat pada waktunya walaupun masa masak tu ialah pada hari bekerja...
Okay semua.. selamat mencuba yer!
15 comments:
Bestnya makan salmon! Dah lama tak beli kat Jusco tu. Selalunya I tunggu mlm, baru beli coz dia akan buat 50% discount. :)
Rajin sungguh bonda Madiha ni...telan2 air liur kak cek tgk menu lengkap ni...
Betulla...anak2 zaman skrg ni memang tak gemo makan ikan...anak2 kak cek pun sama...kalau masak ikan ...kena jugak masak lauk lain...he he tulah ragam diorg....
Bestla menu ni...cuma nak beli ikan salmon tu WoW! berbaloi2 makannya kan...amik resepi dululah Madiha...mana la tau kot2 teringin masa tu resepi ada dah....:)
waahhh.. tun pun join anak2 akak laa.. hehe.. tun kurang sket ikan salmon nih, kalau cencaru laju sket.. kui kui
Salam, k Madiha....
Wah, layan western food sekali sekala best jgk nih... Pernah sekali nurul makan ikan salmon... Salmon fillet tu goreng tepung, bleh tahan jgk... :)
adehhh air liur meleleh2 dah ni ikan salmon tuh peberet tapi tulaakan mahaiii
ermmmm,...mmg sedap ni kak...sy pnh cube....white sos tu yg bes kan kan
dapnyaaaa sis....salmon is my faverettt!!! aduss
Alahai sedapnya Madiha makan ikan salmonnnnn....kak rus pernahlah makan sekali...tapi tak boleh pi.....hehehe.Tapi nampak hidangan Madiha bestla pulak....
Salam madihaa..jemu mkn nasi jer,layan western food lak ye.Rajen madihaa...
Salam kak madiha!!! baru balik soping hihihi... waaahhhhhhhhh!!! salmon! tp kita tak leh makan salmon tak tahu lah kenapa dgn tekak n hidung kita niii tak leh terbau salmon terus tak jadik nak makan, kalau masakkan budak2 pun kita tak suke sgt nak pegang si salmon nii mesti guna chopstick nak pegang hihihi...
Amboi Ratna, makan ala2 mat saleh gitu eh...hehehe, sedap pulak sesekali kalau mkn camni...anak2 akak mmg suka laa...jemu gak nasi kan..kan..
wah kak madihaa.. skali skala makan gini best jugak kan. jemu jugak makan nasi.. sedap nampak set tu . mcm kat restoren lak
lama tak makan salmon gini nampak akak punya jadi terliur lak.. nak makan dengan whte sos plak la..
sedapnya! tapi dok sini kak puas la mkn salmon ni....memang ikan ni jer yg banyak pun.rasa dh jemu pula sampai msk gulai dan sambal tumis pun guna salmon..
sedapnye mesti cube resepi ni...
Boleh kita tukar2 link... feel free ti visit... http://badansihatidamanhotsupermummy.blogspot.com/
Post a Comment