Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, June 28, 2011

Sos Kentang Putar

Sambung lagi yer....



Okey... resepi seterusnya untuk hari ni ialah Sos Kentang Putar yang sangat-sangat sedap ni...! Lebih sedap dari yang pernah aku buat dulu kat SINI.  Sos kentang putar ni memang sebiji rasa macam kat KFC tu tau... kalau you all tak percaya.. cubalah buat sendiri... ejas rasa ikut citarasa sendiri yer.. memang the best!! Aku akan simpan resepi ni elok2.. Ok.. untuk kentang putar tu.. aku hanya gunakan kentang powder yang dibeli dari kedai bakeri.. cuma tambah air panas/susu panas aje..


Terima kasih pada Daun Pandan@MyResepi.... mintak izin letak resepinya di sini yer...


Sos Kentang Putar
Resepi : Daun Pandan
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

    * 650 ml air
    * 5 sudu besar stok ayam (MaDiHaA guna 1 kiub ayam brand Knorr)
    * 1 biji bawang besar - cincang
    * 1 batang saderi - cincang (MaDiHaA guna 2, 3 tangkai daun sup)
    * 40 gm mentega
    * 20 gm tepung gandum
    * 1 sudu besar sos tomato
    * 1 sudu besar sos tiram
    * sedikit serbuk lada hitam
    * kicap pekat
    * garam

Cara-cara

   1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
   2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
   3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
   4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
   5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.


Bila tengok gambar ni mesti dah boleh teka lepas ni resepi apa kan... hehehe.. 
ok.. tunggu resepi seterusnya akan menyusul...

NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Selamat mencuba!

11 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam..sdpnya npk...mmg suka mkn kentang putar...boleh try nnt gan resepi sos ni...buat sendiri lg tejamin...nak letak byk pun boleh ...

jemarioren said...

wah3! takleh jadik nih. musti ku terai nih. tq byk2. moga murah rezeki sokmo

Zaliedana said...

Assalam kak,mmgsuke sgt ngan gravy kentang putar nih,nnti leh la try resepi nih..Nmpk sedap..Hehe pasni msti resepi ayam lak kan..

sonata anak kancil said...

salam - boleh dicuba cara ini....biasanya guna tepung segera aje...tk kongsi resepi

ma'chiks said...

salam, dah salin resepinya, tima kasih berkongsi boleh saya cuba, kira cam brown sauce jgk lah dh lama cari resepi ni..tqtqtq.

Salina said...

Aka u memang baik hati .....ramai tak sanggup share receipe
i'm really impressed of you ,pls keep it up n all the best.

rostina76 said...

k.diha....baru ternampak sos kentang putar akak yg menyelerakan ni. ros buat baru2 ni ikut dlm buku masakan barat (terbitan alaf 21) huhu!!!xsama mcm KFC. warna pun xhitam. rupa2nya resepi akak ni byk bahan yg extra. next time nak buat ikut resepi ni la.

suebee said...

jenjalan baca resepi kat sini..best gak tgh lapar2 nih nengok n3 mkn2

naimah said...

terima kasih akak..nanti nak trylah :)

pakmalau said...

thanks sbab bg resepini...anak2 cakap sedap. di tmbah plak dgn resepi kfc 2 memang diakui memang mcm yg kt kfc 2.. saya gunakn resepi 2 untuk jdkn chiken chops untuk berbuka puasa.. best... kawan2 cakap boleh bukak kedai jual chikenchops... terima kasih kerana sudi kongsi resepi..

Anonymous said...

dah cuba, memang sedap :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com