Assalamualaikum....
Tadi ternampak Kak Nor pos Turkish Pide versi Heart Shape yang sangat comel & menarik baru ler teringat yang Turkish Pide versi original yang aku buat tak pos2 lagik... Inilah dia breakfast berat pagi Sabtu lepas yang aku dok sebut2 aritu.. hahaha.. punyalah lama nak tunggu dia punya turn kan? Aku ni saja jer.. pos entry main suka-suka jer.. yang kemudian letak dulu.. yang masak dulu letak kemudian.. Kadang tu.. yang dimasak berminggu2 atau berbulan2 pun sengaja tak pos lagi... entahlah.. tunggu mood rajin menaip resepi baru pos.. hahaha.. Kadang tu.. yang dimasak guna bahan2 yang sama pun sengaja aku tunda2 pos sebab takut dok pos masakan dari bahan yang sama... takut lak orang boring.. Jadi.. kenalah pandai2 kita gilir2 dengan masakan yang berlainan bahan..
Bercerita pasal Turkish Pide ni.. punyalah berkobar2 nak mencuba bila tengok kawan2 yang dah buat masa tu. Masa mula2 tengok Kak Ayu Singapore dok tayang tu.. dah terliur dah.. Tapi ditahan2kan dulu sebab nampak macam rumit jer nak membuat & mencari bahan2nya tuh. Pastu.. nampak pulak Ika Mek Siam & Kak Nor Secubit Garam dok buat.. masing2 semua kata sedap.. haisshhhh.. tak boleh jadi ni.. kena jugak carik bahan2nya.. Tapi kan.. bila dapat en Cajun tu.. tak dapat jugak ku buat Turkish Pide ni sebab belum ada tepong roti & juga cheese.. Nak tau sebab apa? Sebabnya en. Cajun tu bukannya aku beli.. tapi sepupu ku yang bagi.. jadi hanya en. Cajun jerlah yang ada sebab belum sempat aku nak pegi kedai bakeri lagi. Lagipun ku fikir kalau beli bahan2 lain awal2 pun.. bukannya aku sempat nak buat hari bekerja.. Tunggu hari cuti yang betul2 free barulah boleh buat. Kadang tu hari cuti.. ada juga masanya sibuk & ada hal lain.. Maka.. minggu lepas entah hari apa.. waktu lunch ku korbankan waktu lunch aku untuk melawat kedai bakeri mencari tepong roti, cheese & bahan2 lain jugak.. tau ler kalau dah masuk kedai bakeri.. macam2 nak dibeli pantang nampak yang berkenan di mata.. Dah tak peduli kata2 En. Abang yang stok bahan masakan aku dalam petiais tu dah occupied separuh dari muatan peti sejuk.. hahaha...
Oklah.. jomlah tengok hasil Turkish Pide aku yang tak secantik kawan2 lain ni... Rasanya dah ramai jugak kawan2 lain yang dah buat pizza Turki ni.. Maaf ye sebab tak sempat nak trace & link kawan2 yang lain.. sibuk sikit skrg ni tak sempat nak blog walking pun.. Alhamdulillah.. tak sia2 aku bangun seawal sebelum subuh utk buat T.Pide ni untuk sarapan pagi Sabtu yang lepas. Terima kasih pada Mr. B.M yang tolong uli dohnya tu yer.. dah lama bagi Mr. B.M berehat.. haha.. Anak2 semua kata sedap.. Bila en. abang balik dari kerja malam & anak3 bangun tidor. T.Pide dah terhidang atas meja.. Licin T.Pide yang dibuat sekali hadap kami 5 beranak.. hehe.. Terima kasih ye pada semua yang terlibat berkongsi resepi T.Pide ni terutama Kak Ayu yang rajin mencuba resepi2 dari merata2 blog... mintak izin letak resepi kat sini pula ye.. resepi ni C&P dari blog Kak Nor.. thanks semua..
Turkish Pide
Sumber Resipi: Resipidiana
Sumber : Kak Ayu Singapore, Ika Kurniaanmu & Kak Nor Secubit Garam
Bahan Doh pide
480 g tepung roti
375 ml air suam ~ k.nor guna 300ml jer (just nice) ~ (MaDiHaA guna 340 ml.. agak lembik juga tp masih mudah dibentuk.. kena guna banyak tepong masa mencanai)
60 ml minyak zaitun
1 sudu besar yis
1 sudu teh garam,
secubit gula kastor ~ k.nor letak 2 sudu besar gula castor (Letak 1 sudu besar)
Bahan Inti pide:
250 g daging cincang
250 g cheese mozarella, dipotong nipis
150 g cheese cheddar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1 biji bawang dpong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk cayenne (MaDiHaA ganti dengan serbuk paprika)
1/2 sudu teh serbuk hot cajun
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji telur (MaDiHaA guna 2 biji jer)
daun sup secukupnya, dipotong halus
garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
Bahan sapuan pide
50ml susu segar
1 biji telur
Cara membuat pide
Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik. Taburkan atas permukaan adunan dengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).
Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik. Taburkan atas permukaan adunan dengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).
(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik. (MaDiHaA ikut cara Diana.. guna BM aje)
Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).
Cara Inti Pide
Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.
Cara membuat pide
Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).
Cara Inti Pide
Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.
Cara membuat pide
Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu. Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya. Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide, tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
Pide pun siap untuk dihidangkan. Enak dimakan panas.
Selamat mencuba!
14 comments:
sedap ni diha.akak belum buat2 lagi..bila ada cheese tepung roti pulak habis..bila dah ada tepung roti,daging pulak tak ada..asek tertangguh je nak buat..
dengarnya hujung minggu ni ada seorang lagi blogger nak datang..ni sedang dok pikir2 nak masak apa ya..hehe
Jeleznya Madiha....teringin lama dah nak buat Turkish pide ni...kak cek tak jumpa la bahan cajun tu...hu hu hu...nampaknya tgk gambo kat rumah kenkawan la dulu...simpan resepi dalam list menunggu...
He he ...samala kita Madiha...kak cek kalau p bakery mulala nampak macam2 padahal kat rumah dah macam kedai runcit...dok beli lagi...dok beli lagi...macam ada magnet tau bila kat bakery shop ni...he he...sampaikan tak berani nak pegi...setiap kali singgah macam2 ada yg dibwk balik...nak wat camana.... hobi kan Madiha...:)
Terapi MInda.....
ingatkan mai awal sempat la merasa..rupe2nya dah setel suma ni.Xpe mai jamu mata je la..
Salam Madihaa...
mama jgk yg blm terbuat2..hehehe takde 'bibik' nak tlg uli... ramai yg dh tahu akan kesedapan roti turkish pide ni...tunggu lah!
bestkan kak turkish pide ni...
sedappp.....
waahhh sekali hadap jer abis? terror.. terror betul ya.. k.nor sempat buat bf pagi esok tu.. tp mmg sedap kan.. intinya tu yg best cuba la buat versi lap u lap me cam k.nor buat tu, guna doh roti biasa guna jer sedap! :)
Kak MAdihaaaaaaaaaaaaaa!!! dgr tak kita jerit dr siammmm niii hihihi.... sedapppppnyerrrrrrrrrrr!!!!! akaknyer pide cantek!!!! kenapa kitanyer kembang! ni yg tak paus hati niii nak buat lagi lah! :D
salam kak sedapnya.. ika jerit dari siam ita jerit dari jepun sedap... hihihii sukanya makan nak buat lagi la nanti.. ihiihihi nak juga kak seketui
Assalamualaikum akak...
wah diana jer yg lom buat2 lg nie kan... dah lama dah dok tergoda ngan turkish pide nie... mmg nampak sedap tu akak.. rajin akak buat..
Asssalam ratnaaaaaaaa!!!!,
jangan main2 ini terikan dari singapura pulakkkkk..agak2 siapa lagi kuat?heheh..
akak pun nakkkkkkkkkkkkkkkkkkk juga...memang boleh tersengih lepas makan pide ni..kenyang...
thanks ratna sudi cuba & telah tergoda juga..kiki
yummy.. sedapnya nampak.. terlioq..
wahhh akak pun dah buat kita jer lum buat lagi...dah lama masuk list...harus dicuba ni:)
bila tengok pide ni, jadi geram semacam je.. asyik terbengkalai je projek... tapi macma takleh tahan la... minggu ni kena buat jugak rasanya...
Assalamualaikum Madihaa..terliur sungguh tengok pide nie, dh teringin sgt ni, mana nk cari cajun...hehe
Post a Comment