Tuesday, December 4, 2012

Tauhu Poket Berudang



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...


Ingat nak sambung cerita pasal balik kampong lagi... tapi malas pulak nak edit2 gambar.. takperlah yang tu lain kali jelah.. itupun kalau ada mood rajin.  Kalau malas juga... kita lupakan jelah & tunggu sampai tiba giliran ia keluar di Fotopages akan datang... agak2 bila tu? Entah.. aku pun tak pasti bila tiba gilirannya.. sebab sekarang ni memang malas betul nak edit2 gambar & simpan di photobucket. Dengan kelapangan masa yang agak terbatas ni memang agak terkejar2 nak update blog mahupun Fotopages.. Tapi blog ni rajin la juga nak update sebab tak payah masuk photobucket.. hihi..




Kali ni update resepi yang dah lama sangat teringin nak cuba.  Bertahun2 simpan resepi.. padahal bukan susah sangat pun.  Cuma vitamin M yang lebihnya.  Alhamdulillah kali ni akhirnya menjadi jugak.  Tapi ini pun dah lama juga ku buat.. sebelum bercuti lagi ni.. tak sempat nak update je.. Takperlahkan update gambar basi... hehe.. Terima kasih pada Jasmeen tauke kek yang berkongsi resepi sedap ni. Bertahun2 kenal di alam maya iaitu di Fotopages ketika itu.. tapi baru sekali dapat bersua muka semasa 1st X-Fotopages Gathering beberapa bulan yang lalu.  Anak2 semua suka Tauhu Poket ni.. kecuali adik Alin sebab dia memang tak minat tauhu.  Kebetulan beli udang yang nampak segar, terus buat resepi ni.  Haziq pun bukan main lagi pulun.. takut juga Haziq kena gegata.. tapi alhamdulillah.. mujurlah tak gatal2 pulak kali ni..


Pada Kak Meen.. kita minta maaf sebab ada ubahsuai sikit resepi asal tu.  Isi ayam ditukar kepada isi udang & daun sup ditukar dengan daun bawang.  Yang lain semua remain the same! hihi... Terima kasih ye mohon kongsi kat sini pula resepinya..


Tauhu Poket Berudang
Adaptasi dari resepi : Tauhu Poket@Jasmeens Kitchen
Olahan : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan :-
6 biji tauhu (potong 2 & korek isi tauhu perlahan2 - jgn sampi berlubang lak)
250 gm isi udang ~ tumbuk atau cincang halus
1 labu bawang besar (cincang)
Sedikit daun bawang ~ dipotong halus
Hirisan cili merah (MaDiHaA tak letak takut anak2 tak makan lak)
Serbuk lada putih secukupnya
Garam & serbuk perasa for taste..
1 biji telur dipukul sedikit


 Cara :-
1- Campurkan semua bahan inti & campur dengan 1 sudu besar telur yang dipukul & gaul sehingga bergaul mesra..(kalau suke masukkan sedikit isi tauhu yg dikeluarkan td ~ (MaDiHaA campurkan sekali isi tauhu... inti yang berlebih dibulat2kan je.)
2- Sumbatkan isi dalam poket tauhu - sepadat yg boleh..
 
3- Goreng dgn myk yg banyak...sehingga masak... (MaDiHaA celupkan dalam telur yang dipukul sedikit spt goreng bergedil sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas)
4- Hidangkan bersama sos cili. (MaDiHaA hidang dengan Sambal Cili Nasi Ayam ~ klik SINI untuk resepinya)



Selamat mencuba!

9 comments:

Aisy Nasiha said...

Nampak sedapnya..

beta kupu said...

nak tmbh sikit ye madiha, kalau nak senang, goreng kan dulu tauhu tu sekejap, pastu baru belah 2 n buatkan poket ( buat lubang n kuarkan isi tauhu ) sebab bila dah goreng, tauhu jadi cam berkulit n takde lah terkoyak bila nak wat poket tu...slmt mencuba

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dah tambah poket pulak tahu ni ratna ehe ;-)

Apa pun tengok sedap tu .. boleh akak cuba ni...

FnF Simple Life said...

bestnye...kena cuba nih ;)

Unknown said...

nampak sedap ada inti gitu akak pun nk try jugak insyaallah

Kak Sam said...

kena try ni. tapi tahun bila tak tau lagi.

Qhaifa Nur said...

suka tauhu...sedapnya dlm ada inti..

norhidana said...

perkh msti sedap tahap cipan... dana nih dhla mmg peminat tahu

PH said...

Wah, sedapnya! Kalau cicah dengan sos cili, memang membuka selera :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...