Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...
Ingat nak sambung cerita pasal balik kampong lagi... tapi
malas pulak nak edit2 gambar.. takperlah yang tu lain kali jelah.. itupun kalau
ada mood rajin. Kalau malas juga... kita lupakan jelah & tunggu sampai
tiba giliran ia keluar di Fotopages akan datang... agak2 bila tu? Entah.. aku
pun tak pasti bila tiba gilirannya.. sebab sekarang ni memang malas betul nak
edit2 gambar & simpan di photobucket. Dengan kelapangan masa yang agak
terbatas ni memang agak terkejar2 nak update blog mahupun Fotopages.. Tapi blog
ni rajin la juga nak update sebab tak payah masuk photobucket.. hihi..
Kali ni update resepi yang dah lama sangat teringin nak
cuba. Bertahun2 simpan resepi.. padahal bukan susah sangat pun.
Cuma vitamin M yang lebihnya. Alhamdulillah kali ni akhirnya menjadi
jugak. Tapi ini pun dah lama juga ku buat.. sebelum bercuti lagi ni.. tak
sempat nak update je.. Takperlahkan update gambar basi... hehe.. Terima kasih
pada Jasmeen tauke kek
yang berkongsi resepi sedap ni. Bertahun2 kenal di alam maya iaitu di Fotopages
ketika itu.. tapi baru sekali dapat bersua muka semasa 1st
X-Fotopages Gathering beberapa bulan yang lalu. Anak2 semua suka
Tauhu Poket ni.. kecuali adik Alin sebab dia memang tak minat tauhu.
Kebetulan beli udang yang nampak segar, terus buat resepi ni. Haziq pun
bukan main lagi pulun.. takut juga Haziq kena gegata.. tapi alhamdulillah..
mujurlah tak gatal2 pulak kali ni..
Pada Kak Meen.. kita minta maaf sebab ada ubahsuai sikit
resepi asal tu. Isi ayam ditukar kepada isi udang & daun sup ditukar
dengan daun bawang. Yang lain semua remain the same! hihi... Terima kasih
ye mohon kongsi kat sini pula resepinya..
Tauhu Poket
Berudang
Adaptasi
dari resepi : Tauhu
Poket@Jasmeens Kitchen
Olahan :
MaDiHaA aka Ratna
Bahan :-
6 biji tauhu (potong 2 & korek isi tauhu perlahan2 - jgn sampi berlubang lak)
250 gm isi udang ~ tumbuk atau cincang halus
1 labu bawang besar (cincang)
Sedikit daun bawang ~ dipotong halus
Hirisan cili merah (MaDiHaA tak letak takut anak2 tak makan lak)
Serbuk lada putih secukupnya
Garam & serbuk perasa for taste..
6 biji tauhu (potong 2 & korek isi tauhu perlahan2 - jgn sampi berlubang lak)
250 gm isi udang ~ tumbuk atau cincang halus
1 labu bawang besar (cincang)
Sedikit daun bawang ~ dipotong halus
Hirisan cili merah (MaDiHaA tak letak takut anak2 tak makan lak)
Serbuk lada putih secukupnya
Garam & serbuk perasa for taste..
1 biji telur
dipukul sedikit
Cara :-
1- Campurkan semua bahan inti & campur dengan 1 sudu besar telur yang dipukul & gaul sehingga bergaul mesra..(kalau suke masukkan sedikit isi tauhu yg dikeluarkan td ~ (MaDiHaA campurkan sekali isi tauhu... inti yang berlebih dibulat2kan je.)
2- Sumbatkan isi dalam poket tauhu - sepadat yg boleh..
1- Campurkan semua bahan inti & campur dengan 1 sudu besar telur yang dipukul & gaul sehingga bergaul mesra..(kalau suke masukkan sedikit isi tauhu yg dikeluarkan td ~ (MaDiHaA campurkan sekali isi tauhu... inti yang berlebih dibulat2kan je.)
2- Sumbatkan isi dalam poket tauhu - sepadat yg boleh..
3- Goreng dgn myk yg banyak...sehingga masak... (MaDiHaA celupkan
dalam telur yang dipukul sedikit spt goreng bergedil sebelum dimasukkan ke
dalam minyak panas)
4- Hidangkan bersama sos cili. (MaDiHaA hidang dengan Sambal Cili Nasi Ayam ~ klik SINI untuk resepinya)
4- Hidangkan bersama sos cili. (MaDiHaA hidang dengan Sambal Cili Nasi Ayam ~ klik SINI untuk resepinya)
Selamat mencuba!
9 comments:
Nampak sedapnya..
nak tmbh sikit ye madiha, kalau nak senang, goreng kan dulu tauhu tu sekejap, pastu baru belah 2 n buatkan poket ( buat lubang n kuarkan isi tauhu ) sebab bila dah goreng, tauhu jadi cam berkulit n takde lah terkoyak bila nak wat poket tu...slmt mencuba
Dah tambah poket pulak tahu ni ratna ehe ;-)
Apa pun tengok sedap tu .. boleh akak cuba ni...
bestnye...kena cuba nih ;)
nampak sedap ada inti gitu akak pun nk try jugak insyaallah
kena try ni. tapi tahun bila tak tau lagi.
suka tauhu...sedapnya dlm ada inti..
perkh msti sedap tahap cipan... dana nih dhla mmg peminat tahu
Wah, sedapnya! Kalau cicah dengan sos cili, memang membuka selera :)
Post a Comment