Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, June 29, 2012

Bingka Crackers


Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua...


Hari ni takmau bebel panjang2.. ada lagi sikit tugasan yang perlu disiapkan.. jadi kita ringkaskan ajelah entry hari ni ye... Terus dengan tujuan asal untuk berkongsi resepi Bingka Crackers yang sedap ni.


Bukan main lama simpan resepi ambil dari blog Kak Ummi Zaihadi tapi baru kali ni dapat dicuba.  Sampai Kak Ummi dah 2 kali buat (sebab sedap sangatlah tu kot.. hehe) barulah aku mencuba.. Terima kasih Kak Ummi & terima kasih penyumbang resepi yang asal Kh267tm@MyR.. mohon dikongsi resepi kat blog ini pula ye.. ada edit2 sikit ikut apa yang MaDiHaA buat tempohari...


Bingka Crackers
Resepi: Kh267tm @ MyR
Sumber : Jun-Yummylicious, Kak Ummi Zaihadi, MaDiHaA
 
 Bahan:-
  • 6 biji telur
  • 450 gram gula (akak letak 410 gram je, guna gula castor) MaDiHaA letak 400 gm gula pasir)
  • 170 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh pandan paste (yang ni MaDiHaA tak letak tapi ganti dgn jus daun pandan spt sukatan di bawah)
  • 285 gram tepung cream crackers (kisar biskut cream cracker)
  • 1420 ml santan (MaDiHaA guna 800 ml santan pekat + 420ml air + 200 ml jus daun pandan)
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu teh garam
  • bijan (Jun tambah)
Cara-Cara:-
1.   Kacau gula n telur hingga gula larut. masukkan tepung gandum, gaul sebati.
2.  Masukkan santan sedikit-sedikit dan kacau hingga santan habis.  Tapis. (MaDiHaA tak tapis)
3.   Masukkan tepung biskut cracker, kacau sebati.
4.   Masukkan garam, minyak sapi dan pes pandan. gaul sebati. (Step terakhir MaDiHaA masukkan batter ke dalam blender (sebahagian demi sebahagian) & kisar hingga batter halus & sebati.. cara ni dapat menghaluskan batter sekiranya ada biskut yg kurang hancur atau tepong2 yang bergentel)
5.  Masukkan ke dalam loyang yg bergris, masak sekejap atas dapur hingga pekat sikit (jun skip yg ni) - jun tabur bijan..(kebetulan bijan biasa habis..yg ade bijan hitam, bantai ajelah..tp cun plak eh? hihi..) - akak pun x masak, terus jek tuang dlm loyang bergris yang dipanaskan dulu selama 3 minit gitu... (MaDiHaA panaskan acuan bingka pecah 8 atas dapur sekejap bersama2 sedikit butter. Kemudian tuang batter & masak sekejap dengan api kecil hingga nampak kuih bahagian keliling (tepi) acuan nampak berubah warna lepas tu baru tabur bijan & masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu.. hasilnya.. bahagian bawah bingka pun cantik garing.. cara ni mungkin sesuai untuk acuan bingka pecah lapan je kot...)
6.  Masukkan ke dalam oven n bakar hingga masak pada 160'c selama 1- 1 1/2 jam, keluarkan dan biar sejuk baru potong. (masa membakar bergantung saiz loyang yang digunakan)


Selamat mencuba!

Thursday, June 28, 2012

1st X-Fotopages Gathering Yang Meriah...

Assalamualaikum semua.....

Sukacita hari ni nak berkongsi sedikit gambar2 semasa 1st X-Fotopages Gathering yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 24hb Jun 2012 baru2 ni... Meriah tak terkata... bukan saja meriah dengan gelak & tawa.. tapi meriah juga dengan makanan2 yang di bawa... memang bestt!! TQ kengkawan semua.... TQ juga pada suami2 yang sanggup bawa isteri masing2 ke sini (termasuk en. hubby ku ittew....) maka dapatlah sang isteri2 ni merealisasikannya program ni... hehe....

Pada kawan2 yang mungkin belum tahu.. sebelum munculnya blog Dari Dapur MaDiHaA... terlebih dahulu daku aktif berFotopages sejak dari tahun 2007... boleh dikatakan setiap hari update cerita atau resepi kat situ... Dari berFotopages daku dapat kenal ramai kawan2 alam maya yang sama aliran (suka masak2 & suka ambil gambar) & ada juga yang berlainan aliran.. Ada di kalangan mereka yang dah pernah bersua muka & ramai juga yang belum bersua muka..  Namun.. kerajinan berFotopages agak menurun disebabkan masing2 berhijrah ke Facebook & juga blog... Mula2 daku sendiri tiada pun niat nak buka blog atau Facebook.. masih setia dengan Fotopages (sekarang pun setia lagi.. cuma agak jarang update kat situ.. hanya update aktitivi keluarga je...) tapi bila mengenangkan kadang kala Fotopages bermasalah ketika nak update.. maka akhirnya aku buka juga blog... (buka Facebook pula lebih kepada nak mencari kawan2 lama/kawan2 sekolah yang terpisah) lebih2 lagi bila ramai kawan2 yang sarankan daku berblog.  Bila dah berblog... ku dapati berblog lebih mudah nak mengendalikannya berbanding berFotopages terutamanya bila setiap entry tak perlu dibuat label secara manual & ianya automatik tersusun begitu indah... Tidak seperti di Fotopages yang perlu di'link'kan satu persatu setiap entry secara manual... Maka sebab itulah semua resepi2 yang ku cuba sekarang ini aku hanya update di blog saja.. letih jemari nak susun nama2 resepi mengikut alphabet di Fotopages.. hehe..

Begitulah sedikit sebanyak kenapa daku berhijrah ke blog... NAMUN begitu.. aku masih lagi sayangkan Fotopages ku itu sebab terlalu banyak kenangan ku di situ.. selain kenangan bersama family... resepi2 yang pernah ku cuba juga banyak terkumpul di sana...  kepuasan yang satu bila berFotopages atau melawat Fotopages kawan2 ialah dapat menatap gambar yang besar2... sebesar2 skrin monitor gitu... hehe...


Alhamdulillah walaupun ramai yang dah tak aktif di Fotopages.. persahabatan kami di alam maya tetap utuh hingga sekarang melalui Group di Facebook pula... Walaupun daku jarang berpeluang bersua dengan mereka semua tapi kali ini alhamdulillah.... dapat jugak bersua muka dengan kawan2 yang selama ini hanya dapat bermesra di alam maya.... Thanks semua...


Jom tengok gambar2 yang ada... Terima kasih pada empunya asal gambar2 ni ye.. sebab pada hari kejadian aku kurang ambil gambar lantaran ketiadaan kamera (hanya guna handphone je)... Jadi.. aku rembat dengan keizinan tuan punya gambar ajelah.. lagi pun gambar2 mereka ini semua dari kamera yang canggih2... hehe... Ini hanya sebahagian saja gambar2 yang boleh dikongsikan di sini... lagi banyak gambar2 semua ada di Facebook yer... tak terkira banyaknya.. yela.. nama pun Fotopages.. mestilah kena ada banyak foto... hehe...



Meriah dengan pelbagai menu yang dibawa oleh tiap geng X-Fotopages yang hadir.... memang besttttt!!


Kek Chocolate Moist yang sangat marvelous sempena 1st Gathering X-Fotopages sponsor dari Shieda.... Shieda ni juga ada ambil tempahan ye... kalau ada warga Putrajaya yang nak order boleh contact Shieda atau Cida ni ye.... pasti tak kecewa punya... sedap keknya...


Ini saja yang sempat ku bawa... Puding Marble request dari Nuri alhamdulillah.. sempat juga ku buat... dapat juga kawan2 yang lain merasa.. hehe.. Pulut kuning tu pula ku buat sebab nak digandingkan dengan Murghi Karai yang Madam CT buat & Kuih Cara Berlauk tu ku buat sebab en. husband kurang suka dengan kuih2 manis... & alhamdulillah ramai kawan2 yang suka dengan kuih cara tu...


Lagi gambar2 makanan dari angle yang lain....


Dah kenyang makan2.. tiba acara sessi pertukaran hadiah pula... aku dapat hadiah dari Elyies didatangkan khas dari Vietnam... TQ Elyies...



Hadiah dari ku pula Nuri yang dapat... harap2 Nuri suka dengan hadiah tu.... hehe..


Sebelum berpisah.. acara tapau menapau haruslah ada sebab makanan yang dibawa memang tak dapat nak dihabiskan.. maklumlah.. pertemuan pun lebih kurang 2 jam lebih jer... hehe... & akhir sekali acara wajib mestilah sessi bergambar beramai2....


Bukti kami berada di situ.... hehe...



Keceriaan jelas terpancar.....



Sang suami yang sanggup meluangkan masa menjayakan gathering ini.. (ada juga yang datang sendiri...) TQ semuanya yer....





Kat bawah ni link Fotopages geng yang hadir... Hanya link Elyies yang takde kat sini.. maaf ye Elyies... nanti update kemudian..


Elyies


Sekian, jumpa lagi...


Tuesday, June 26, 2012

Gulai Petani Masak Daging

Assalamualaikum...

Bersua lagi.... Apa khabar semua di luar sana? Ada sihat? Harap2 semua pun sihat2 belaka... Tuan blog sehari dua ni agak kepenatan sedikit... badan terasa sengal sana sini... mungkin sebab terlebih aktiviti sejak beberapa hari yang lepas bermula dari hari Jumaat hinggalah ke hari Ahad.  3 hari berturut2 penuh dengan xtvt & tugasan yang perlu di penuhi.... Haii.. bila umur dah meningkat ni.. badan cepat letih & kurang stamina... baru sibuk sikit dah kepenatan... hehe.. Walaupun begitu.. alhamdulillah.. semua yang dirancang berjalan dengan lancar... syukur alhamdulillah...

Ok takmau bebel panjang2... hari ni nak berkongsi keunikan resepi Gulai Petani Masak Daging yang ku masak beberapa minggu yang lalu.. Namanya pun dah unik kan? Apatah lagi rasanya... Sebenarnya dah lama juga ambil resepi ni dari blog Kak Norlieharumaini.  Berkenan sangat nak mencuba resepi ni sebab melihatkan bahan2 yang digunakan agak berbeza dengan resepi gulai lemak yang biasa dimasak... Lagipun.. bahan2 yang digunakan pun mudah dicari.. jadi bila saja ada stok daging kat rumah... tak tunggu2 lagi teruslah ku cuba resepi ni.. Cuma satu bahan je yang kurang masa ku masak iaitu ubi keledek... walaupun begitu ia tidak menjejaskan rasa... & aku pun gantikan keledek dengan ubi kentang sama macam Kak Norlie juga.....

Terima kasih banyak2 ye kak Norlie sebab berkongsi resepi ni.. Terima kasih juga pada empunya asal resepi.. Resepi ni sedap di tekak kami sekeluarga... rasanya sangat berbeza dengan resepi masak lemak cili padi atau masak lemak yang lain kerana gabungan bahan2nya yang sangat berbeza seperti belacan, kerisik & daun kesum yang tak pernah digunakan dalam mana2 resepi masak lemak.. memang unik... tapi amat sedap & menyelerakan.. Suami & anak2 pun kata sedap.   Kawan2 kenalah mencubanya sendiri kalau nak tau akan rasanya.. sebab agak sukar nak gambarkan sedapnya tu macamana... hehe...

Mintak izin ye kak Norlie saya kongsikan resepinya kat blog saya pulak...

GULAI PETANI MASAK DAGING
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 kg daging + paru paru, hati dan tulang (suka hati jika nak campur)
350 L santan / 2 biji (sukatan santan tu.. mungkin kak Norlie tersilap tulis kot.. tak mungkin 350 liter.. jadi yang ni MaDiHaA main agak2 je macam nak masak gulai lemak yang lain)

bahan blend:
20 -25 bj cili api
2" kunyit hidup
1 hiris lengkuas
1" halia
secubit belacan
2 batang serai

2 batang serai - ketuk
15 ulas bawang merah - hiris
2 keping asam keping
2 sd kerisek
15 tangkai daun kesum (lagi banyak lagi sedap)
2-3 bj keledek - potong ikut suka (akak guna kentang sebab x de stok)
garam


Cara Menyediakan
1. Daging potong nipis nipis.  Rebus daging hingga lembut dengan sedikit air.
2. Campurkan ubi, bahan blend, santan, bawang hiris, serai ketuk, asam keping dan daun kesum.  Masaklah sehingga mendidih sambil dikacau2 sentiasa.
3. Setelah mendidih barulah masukkan kerisek dan garam.  Didihkan sekejab lagi dan tutup api. 
4. Siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!

Friday, June 22, 2012

Kek Kelasi Mabuk yang sedap sangat2...

Assalamualaikum & salam Jumaat penghulu segala hari....

Sebenarnya hari ni aku halfday... Tengahari nanti nak ke sekolah kakak Dini... Curi2 masa sekejap update blog hari ni sebab teruja sangat nak berkongsi resepi kek yang sedap ni... Sebelum tu.. nak ucapkan selamat hari lahir buat Hasue yang berkongsi resepi yang best ni.. akak doakan semoga Hasue sentiasa diberikan kesihatan yang baik & sentiasa dalam perlindunganNYA selalu... amin...


Masa mula2 tengok gambar Kek Kelasi Mabuk kat blog Hasue tempohari... memang terus rasa berkenan nak mencuba. Tak tau kenapa berkenan sangat bila nampak rupa kek hijau yang ada line putih kat tengah tu... nampak macam sedap jer.. mungkin juga ilusi sendiri yang putih tu macam lapisan cheese.. hehe.. padahal itu lapisan putih telur yang dicampur dengan jus limau kasturi... hmm.. tentu unik rasanya sebab bahan2nya agak berbeza dengan kek lapis Sarawak yang lain.  Bukan tak pernah intai kek2 Sarawak yang Hasue tayang sebelum ni.. tapi yang lain2 tu macam takde kuasa magnet menarik minat ku untuk mencuba.. emmm.. mungkin juga malas nak melapis agaknya.. hehehe...

Tapi kan.. kita ni hanya mampu merancang.. resepi dah print pada hari tu juga.. tapi banyak pula halangannya. Sebab utamanya ialah tak dapat cari pandan paste!  Sorang demi sorang kawan2 yang mencuba.. termasuk sepupu ku Ida.  Bila dok sembang2 rupanya Ida menggunakan air pandan yang dikisar sendiri.. masa tu memang meluap2 nak buat.. Dah siap kisar air daun pandan awal2 sementara nak buat.. tup2 ada pula halangan yang lain.  Air pandan terbiar dalam peti sejuk (letak dalam cawan) & yang kelakarnya.. sampai ada anak yang terminum jus pandan dalam peti sejuk.. keh keh keh... mujur ibu kisar daun pandan tu guna air masak.. hehehe... tapi yang kelakarnya bila ditanya sorang pun tak ngaku terminum jus pandan tu..... hehehe...


Keinginan nak membuat kek & bawa balik ke kampong pun tak tertunai juga & akhirnya.. lepas balik dari kampong barulah menjadi... alhamdullillah.. walaupun rupa kek yang ku buat tak cantik.. tapi rasanya memang sedap! Anak2 & suami pun cakap sedap.. suam2 lagi dorang dah habiskan setengah loyang! Itupun ibu yang tahan dorang dari makan habis sebab ibu nak buat sessi fotografi dulu.. hahaha.... Kalau tak.. memang dah lama selamat masuk perut anak2 & suami termasuk ibunya juga... hehe..

Jadi sebelum berkongsi resepi kat sini.. nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Hasue yang berkongsi resepi yang diperoleh dari Puan Lynda Hj. Taiban.  Terima kasih buat kedua2nya ye... dapat juga kami merasa keunikan kek Sarawak yang sedap ni.. InsyaAllah jika ada kerajinan.. bolehlah cuba kek2 Sarawak yang lain pula nanti... Kek yang ini pun anak2 minta buat lagi sebab tempohari buat pun cuma setengah adunan aje... (dalam resepi tu.. ditulis semua untuk satu adunan bahan2 yang digunakan supaya pembaca tak celaru)


KEK KELASI MABUK
Sumber Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban
By:
HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2nya
450g mentega berkualiti tinggi
200 gm horlick
14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
1 gelas gula (150g)
1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste (MaDiHaA guna 100 ml air daun pandan dari 10 helai daun pandan + pewarna hijau gelap + hijau epal untuk dapatkan warna yang lebih gelap)

Caranya
Adunan Hijau:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masuk butter, pukul hingga putih.
Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
8 biji putih telur
10 sudu besar gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi

Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi
meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
Masukkan tepung.
Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.


Cara Mengukusnya:
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
4. Guna acuan 9x9inci.

Note:
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik


Kalau nak tengok hasil kawan2 lain yang dah mencuba.. bolehlah klik kat blog Alongroz, Ida Marlida@Pastry Delight dan Dayangjack
Selamat mencuba ye...

Thursday, June 21, 2012

Kupang Masak Kunyit Rampai

Assalamualaikum....

Hari ni Khamis kan? Kejap je kan seminggu demi seminggu berlalu.... kebelakangan ni asyik berdebar2 jer hati ni... entah apa yang tak kena agaknya... Harap2 tiadalah perkara yang tak elok berlaku... Saja je kot hati ni nak berdebar2...  Hmm.. atau mungkin juga debaran sebab pertama kali nak berjumpa dengan Geng X-Fotopages Ahad ni... atauuuu.... mungkin juga debaran sebab nak bersua muka dengan guru kelas kakak Dini esok pada hari terbuka kat sekolahnya.. hehe... Dengar kata Dini cikgu dia rajin juga intai2 blog ibunya ni.. alahaiii.. segan pulak rasanya... :-D

Oklah jom nak kongsikan resepi kupang!  Sebenarnya aku jarang beli & masak kupang ni sebab aku kurang sukakan kupang.  Kalau nak bandingkan dengan kerang... jauhhhhh la aku lebih suka kerang.  Lagi2 kalau dapat lala atau mentarang aishhh... yg tu lagilah sedap!  Tapi adalah aku pesan kat abang kalau nak beli kupang jangan beli yang besar2.. kalau yang halus2 tu ok sikit.  Lagipun kalau kupang yang besar2 tu... kalau u all perasan.. dalam badan dia tu ada sejemput bulu yang kadang kala akan mengganggu konsentrasi kita semasa makan sebab setiap kali nak suap ke mulut mesti rasa nak buang dulu bulu2 tu baru boleh suap ke mulut... heheheheee... ada yang tau tak pasal benda ni? Ker u all main belasah jerk! hahaha..... Kalau ada yang tak tau tu.. lepas ni kalau nak makan kupang especially kupang saiz besar2 tu.. cer cuba kelebek sikit badan kupang tu & mesti u all akan jumpa bulu nan sejemput tu... kui kui kui..... Agaknya sebab itu jugak kot faktor aku kurang berminat sangat dengan en. kupang ni.. alahaiiiii kupang kupanggg.... kasihan kauu...

Ni resepi sempoi aje.... layan jelah ehh... ambik gambar pun banyak yang kabur... yang ini sekeping je yang layak masuk blog ni... itupun kabur jugak!

Kupang Masak Kunyit Rampai
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 biji bawang besar - mayang memanjang
2 ulas bawang putih - hiris / cincang
1 cm halia - hiris batang mancis (halus2)
4 - 5 biji cili padi - hiris halus
3/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji cili merah - hiris serong
5 urat kacang panjang - potong 1 inci
1/2 biji lobak merah - potong batang mancis (kasar sikit)
170 gm isi kupang
minyak masak secukupnya
sedikit air
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan  bawang besar, bawang putih, halia & cili padi hingga layu & wangi. Masukkan serbuk kunyit & kacau rata.
2. Masukkan isi kupang & masak sekejap sambil dikacau rata. Masukkan sayuran & sedikit air. Masukkan garam & serbuk perasa. Kacau2 biar hingga sayuran layu.  Biarkan secukup rasa & bolehlah dipadamkan api & hidang.

Selamat mencuba!

Wednesday, June 20, 2012

W.W Tempahan Puding Pelangi Lagi....

Assalamualaikum....

Wordless Wednesday jugakla hari ni........

Puding baru keluar dari peti sejuk... berpeluh2! hihi...

Tempahan puding same day hari daku nak balik kampong tempohari... nak tolak kesian pulak.. walaupun sibuk nak mengemas pakaian mlm tu... godek2 jugalah puding ni.. hehe...

Pada yang ingin tahu detail pasal tempahan puding ni bolehlah email ke ratna@zagro.com atau sms/call ke 019-3171150.  Terima kasih!

Tuesday, June 19, 2012

Nasi Kuning


Assalamualaikum....

Jumpa lagi kita di petang hari... tiba2 je rajin nak update blog hari ni kan... Bukanlah rajin sangat.. tapi nak sambung episod Sambal Ikan Tongkol entry pagi tadi sebabnya.. sambal ikan tongkol yang dimasak tu sebenarnya dimakan bersama2 dengan Nasi Kuning yang sedap ni!  


MaDiHaA kurang pasti dari mana asal usul Nasi Kuning ni sebenarnya.  Ada beberapa versi juga resepi Nasi Kuning yang pernah MaDiHaA temui..  Tapi tak kisahlah tu.. yang penting.. semua versi pun sedap belaka betul tak?  Untuk versi Nasi Kuning resepi yang juga di ambil dari blog Cikgu Amie ni pula rasanya seakan2 rasa nasi lemak! Jadi memang sesuai sangatlah dihidang dengan Sambal Ikan Tongkol tu.... terus teringat2 kesedapan Nasi Lemak ala Terengganu yang biasa ditemui di sana bila pulang ke kampong.  Rasanya hanya di Terengganu je ada jual nasi lemak berlaukkan sambal ikan tongkol kan? Kalau kalian ke Terengganu.. cubalah rasa nanti.. pasti terkenang2 kesedapannya.  Serupa juga dengan Nasi Kuning ni.. memang sedap sangat2 gandingan dua masakan ni.  


Terima kasih Amie berkongsi resepi sedap ni ye. Mohon sekali lagi share resepi kat blog MaDiHaA ye..



Nasi Kuning
Resepi : Cikgu Amie
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan:
5 pot rice cooker beras wangi - cuci dan toskan airnya (MaDiHaA guna beras biasa je)
2 batang serai - dititik
3cm halia - hiris halus
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk pati ayam Tumix (kehabisan stok jadi ganti dengan 1 kiub ayam)
500ml pati santan (MaDiHaa tambah 100 ml lagi sebab guna beras biasa sbb kalau guna beras wangi.. berasnya lebih lembut)

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan serbuk pati ayam Tumix ke dalam kuali. Buka api dapur dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.
6. Bolehlah dihidangkan dengan Sambal Ikan Tongkol, ulaman & telur rebus jika suka.


Selamat mencuba!

Sambal Ikan Tongkol/Aye


Assalamualaikum..

Bersua lagi kita hari ni... Apa khabar semua? Harap2 semoga semuanya sihat2 belaka hendaknya.  Di tempat kami (Petaling Jaya) sekarang ni... keadaan berjerebu masih lagi kelihatan walaupun angka IPU (Indeks Pencemaran Udara) dah sedikit berkurangan berbanding beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah.. IPU pagi ini mencatat bacaan 60 berbanding angka tidak sihat 2, 3 hari sebelum ini yang agak tinggi hingga mencecah ke angka 130!.  Harap2 cepat2lah jerebu ni berakhir.. Sekarang ni kena kurangkan aktiviti luar & kena banyakkan minum air kosong...


Oklah... hari ni berkongsi resepi Sambal Ikan Tongkol atau Ikan Aye yang di masak seminggu yang lalu.. Ikan tongkol ni.. masak apa pun memang aku suka! Resepi kali ni ambil dari blog Cikgu Amie yang sangat rajin memasak!  Biasanya kalau nak buat sambal ikan aye merah gini.. aku suka ikut resepi sambal cara orang Terengganu (biasa dimakan dengan nasi lemak kat Terengganu tu..) dengan merebus dahulu ikannya dengan asam keping & garam... tapi kali ni tukar selera sikit.. kita ikut cara Cikgu Amie pulak.. hehe... Terima kasih Amie berkongsi resepi ni ye... mintak halal kita ambil resepi ni.. Rasa sambal ni nampaknya tak banyak bezanya dengan sambal yang biasa aku masak.  Cuma tekstur & rasa ikan saja yang agak berbeza.. tapi sambalnya sama sedap! Yang penting mesti secukup rasa pedas, masin & manisnya & ikan tongkol pulak.. mesti pandai pilih ikan tongkol jenis yang lembut tu... barulah best!

Minta izin ye Amie kita letak resepi kat sini.... terima kasih!

Sambal Ikan Tongkol
Resepi : Cikgu Amie
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan:
6 keping ikan tongkol (MaDiHaA guna 4 kpg je.. so dpt sambalnya lebih sikit)
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu teh kunyit
2 batang serai - diketuk
minyak
1sudu teh pati asam jawa
3/4 cawan air

Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1.5cm belacan

Cara:
1. Lumurkan ikan tongkol dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan air, pati asam jawa dan serai.
4. Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng. Biar masak sehingga kuah memekat.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 


Selamat mencuba!

Monday, June 18, 2012

Cinnamon Bun Scones


Assalamualaikum...

Salam bahagia buat teman2 sekalian....

Pertamanya nak ucapkan terima kasih banyak2 pada semua follower samada yang lama mahupun yang baru... terima kasih sudi mengikut blog ku yang serba sederhana ini...

Keduanya nak mohon maaf kerana tak mampu nak reply semua komen dari teman2 sekalian dek kerana kesibukan dengan tugasan di ofis ni... Maaf banyak2 ye... Maaf juga kerana lately ni tak dapat juga nak berkunjung balas ke blog kawan2 yang meninggalkan komen.  Masa amat terbatas.. Kalau sempat pun melawat betul2 secara random je... maaf byk2 ye.. harap kawan2 yang belum sempat ku lawati blog kalian janganlah berkecil hati ye...


Untuk perkongsian resepi hari ni... kali ni berkongsi resepi breakfast ala2 mat saleh pulak ye...  Sebenarnya.. ini adalah percubaan yang pertama kali membuat scones.  Memang dah lama teringin nak mencuba resepi scones. Dah banyak juga simpan resepi scones.. tapi seru seakan belum tiba.  Pertamanya takut tak dapat sambutan dari suami & anak2.  Keduanya pula... memang belum begitu berani nak mencuba & takut tekak sendiri pun tak boleh terima.. hehe.. 

Ini scones yang dibawa bekal ke ofis...

Suatu hari tu.. ternampak cousinku Ida Marlida pos gambar scones yang nampak sedap sangat! Entah apa agaknya yang buat scones yang dia buat tu nampak sedap.. padahal takde resepi disertakan pun masa tu.. hehe.. tapi pada firasatku scones tu pastinya sedap! Apa taknya.. bila nampak ada badam cincang & bijan hitam atas scones tu.. itu yang membuat aku terpikat.. almaklum.. aku memang suka segala jenis kekacang! Tak sabar2 ku kecek2 resepi darinya sebab dah tak sabar nak mencuba.. hehe.. rupa2nya bila dia pos resepi.. baru ku tahu resepi scones tu terdapat oats di dalamnya.. jadi bertambah2 tak sabar aku mencubanya sebab aku pun memang suka dengan oats! Cik abang pun skrg rajin makan oats kalau aku tak sempat nak sediakan breakfast & stok oats kat rumah pun tak pernah putus. Maka pada jangkaan ku.. kalau scones yg ada oats & kekacang ni pasti suami & anak2 suka.  Tak syak lagi... bila je masak & scones masih suam2 tu... masings2 dah habiskan 2 ketul scones! heheee.... Tak perlu makan dengan butter atau jem.. makan macam tu je pun dah cukup sedap! Rangup di luar.. & lembut di bahagian dalam.  Tapi bila disimpan esoknya.. scones akan jadi lembut... tapi masih sedap bagi aku.  Terima kasih Ida sebab rajin gali2 resepi & kongsikan dengan kami semua ye.  InsyaAllah pasti akan dibuat lagi... Jika rasa rajin.. bolehlah try resepi2 scones yang lain pula.. Dah ada sedikit keyakinan untuk buat scones! hihi....

Cinnamon Bun Scones
Resepi : Quaker Oats 
Sumber : Ida Marlida
Dialih bahasa & editing : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 Scones
2 cawan tepong gandum
1 cawan Quaker® Oats (MaDiHaA guna rolled oats)
1/2 cawan nestum (family nestum) yang ni MaDiHaA tambah
1/4 cawan + 2 tablespoons gula pasir (MaDiHaA guna gula perang)
1 tablespoon baking powder
1/4 teaspoon garam
8 tablespoons mentega (disejukkan dlm peti sejuk)
1/2 cawan susu segar
1 biji telur, pukul sikit
1 teaspoon vanilla
1/2 cawan badam cincang (boleh ganti dgn kekacang yang lain)
1 teaspoons serbuk kayu manis

BahanTopping
Susu segar
Badam cincang (atau ikut kesukaan masing2)

Cara menyediakan
1. Panaskan oven 170C.
2. Dalam mangkuk satukan tepong, oats, nestum, 1/4 cawan gula, baking powder, garam & dikacau sebati.  
3. Masukkan mentega yang dipotong kecil2 & gaul sebati dengan campuran tepong. 
4. Satukan telor, vanilla (updated on 5.25 pm pagi td tertinggal vanilla maaf!) & susu. Tuangkan ke dalam adunan tepong & oats. Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
5. Dalam bekas lain, satukan badam cincang, serbuk kayu manis & 2 sudu besar gula tadi hingga rata. Masukkan ke dalam adunan tepong. Kacau sebati. Rehatkan bancuhan kira2 5 minit biar oats mengembang.
6. Bahagikan kepada beberapa bahagian (ikut resepi asal bahagi kepada 12 bahagian tapi MaDiHaA buat kecik2 sikit anggaran dlm 14 biji) & bulatkan seperti membentuk roti & leperkan sedikit.
7. Susun di atas tray & dijarakkan sedikit (kerana doh sedikit mengembang selepas dibakar).  Sapukan dengan susu segar di atas bun/scones kemudian taburkan dengan badam cincang atau topping pilihan.  Bakar sehingga masak atau kekuningan lebih kurang 15 - 20 minit. (bergantung oven masing2).  
8. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan. Scones lebih enak dinikmati semasa suam2 kerana bahagian luarnya berasa rangup & bahagian dalam scones lembut. Jika dibiarkan keesokan hari.. tekstur scone menjadi lembut.. tapi tetap sedap utk dinikmati!


Selamat mencuba!


Friday, June 15, 2012

Ayam Masak Kicap Berempah Mamak Penang lagiii....

Assalamualaikum....

Bersua lagi kita hari Jumaat yang barakah ini.... alhamdulillah masih dipinjamkan usia hingga ke saat ini....

Hari ni sekadar update menu ulangan aje... malas pulak nak edit2 gambar... sebenarnya tuan tanah kedaung dok menyibukkan diri mengupdate gambar2 aktiviti famili di facebook! hihihiiii.... saja aje buat kenang2an...


Suatu hari... tiba2 tekak ni terasa nak makan lauk yang berempah2 sikit... anak2 pulak mintak ayam masak kicap.  Jadi untuk adil & saksama bagi kedua2 pihak.. maka aku masaklah Ayam Masak Kicap Berempah Mamak Penang ni lagi... Lauk yang sedap wajib ada ulangan... hihihiiii....


Untuk resepi bolehlah klik kat SINI ye.... Kali ni buat ku lebihkan sikit kicap untuk dapatkan warna yang gelap sikit... karang anak2 komplen pulak ngapa masak kicap kurang hitam..

Selamat mencuba!

Thursday, June 14, 2012

Bubur Pulut Hitam


Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah pun hari Khamis yer...!   Sekejap je masa meninggalkan kita... rasa macam baru je masuk awal tahun.. rupa2nya dah pun hampir di pertengahan tahun...

Ada yang berpuasa sunat atau qada' puasa hari ni? Selamat berpuasa diucapkan pada yang sedang berpuasa tu ye.. Rasanya ramai juga yang dah qada' puasa tahun lepas kan? ada juga yang dah qada' sejak awal2 lagi... alhamdulillah.. sebaiknya macam tulah kan.. Aku pulak.. alhamdulillah tahun lepas dapat berpuasa penuh!  Bukan senang nak dapat puasa penuh Ramadhan melainkan kalau senang mengandung.. hehe.. tapi tahun lepas memang rezeki sungguh bagi aku sebabnya.. timing period memang ngam2 je masa tu yang membolehkan aku puasa penuh.. hihi.. Biasalah.. pusingan period ku memang tak regular macam orang lain.. selalu je datang lambat. Kadang tu sampai lambat seminggu hingga 10 hari pun ada. Paling cepat pun biasanya datang 2 hari selepas tarikh bulan lepas (org lain cepat 2 hari.. aku lambat 2 hari). Tapi masa nak masuk bulan puasa tahun lepas tu.. ngam2 orang tengok anak bulan period ku baru kering.  Alhamdullillah dapat puasa pada awal Ramadhan tu.. pastu tu dah hujung2 puasa tu.. memang saspen je takut period mai.. nak pulak hari terakhir bila dah petang tu.. takut je terkantoi.. hehehe.... tp alhamdulilah.. rupanya hari raya puasa ke dua barulah dia datang.. hihihi... happy sangat masa tu... takyah susah2 nak ganti puasa kan.. so... kami tiga2 beranak (hubby, aku & kakak Dini) dptlah berpuasa penuh.. cuma Haziq jelah.. masih bertatih2 belajar puasa.. harap2 tahun ni ada improvement la bila dah masuk 6 tahun ni.. Tahun ni taktaulah masih ada rezeki ke idok kakak Dini nak puasa penuh sebab dia dah jadi anak dara dah.. hihi...


Oklah.. hari ni hidang dengan Bubur Pulut Hitam jer... sesuailah sangat untuk mereka yang berpuasa tu hidangkan masa berbuka nanti kan... itupun ikut selera masing2lah jugak sebab ada sesetengah orang tu tak suka jenis2 bubur ni... Bagi aku.. tak cerewet.. semua pun suka..hihi.. Tapi buat bubur kali ni atas permintaan cik abang tersayang... :-)

Layan jelah resepi sempoi ni lagi ye... Masa membuat bubur ni takde sukatan pun.. main lebur aje ikut sesedap rasa.. (sebab jenis2 bubur ni buat macamana pun tetap menjadi punya walaupun tak rujuk resepi) Tapi untuk rujukan kawan2 atau adik2 di luar sana.. ku minta izin dengan Kak Nor Secubit Garam (yang baru balik dari Jordan menghadiri konvo anak bujangnya yang encem tu) untuk copy & paste resepi dari blog beliau. Sebab Kak Nor pun baru je tayang bubur pulut hitam ni baru2 ni... so senang kita C&P je kat situ untuk rujukan semua... harap Kak Nor tak marah ye... mintak izin ye kak.. T.kasih kak Nor...


BUBUR PULUT HITAM

resipi : Kak Nor@Secubit Garam

Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
sedikit santan fresh (extra) (MaDiHaA campur santan ni dgn sikit garam)

Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Hidangkan dlm mangkuk dan masukkan sedikit santan fresh diatasnya.

*Stail K.Nor kurang suka Bubur Pulut Hitam yg agak pekat, K.Nor suka jenis yg sedang2 aje pekatnya tapi tidak terlalu cair... :) (kita samalah kak Nor.. leh geng.. hihi..)



 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com