Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, January 30, 2013

Double Cheese Delight Bun



Assalamualaikum & salam sejahtera semua...


Dah lama MaDiHaA tak meroti... bermakna BM tu pun dah lama jugalah mengganggur tak diberi kerja.. asyik tidor je dia.. hihi... Tak boleh nak salahkan BM sebab tuan dia yang malas... dulu waktu belum ada pembantu sibuk bagi alasan malas nak meroti sebab takde BM... Tapi bila dah ada BM... pun malas jugak.. apa cer? hihi...

Oklah.. harap2 tahun 2013 ni tuan dia lebih rajin dari tahun2 yang lepas.. yelah.. kalau beli roti kat kedai bakeri tu bukannya murah wehhh... takde dah kot roti yg harga RM1Semua seringgit lebih belaka... hingga ke harga dua ringgit lebih pun ada... ini harga roti jenis bun lah ye.. kalau roti jenis yg lain tu lagilah mcm2 harga ada...

Oklah cerita pasal roti ni.. sebenarnya bukanlah rajin sangat nak buat roti.  Buat roti ni pun kes nak perhabiskan lebihan topping creamcheese masa MaDiHaA buat Snow Cheese Cake tempohari.  Sebab apa tak habis tu? Tulah dia... sebabnya memang MaDiHaA sapu sikit2 jer pada kek & juga di tengah2 kek.  Sebab utama buat macam tu sebab kan dah cerita hari tu.. MaDiHaA kurang suka dengan rasa krim yang kuat sangat rasa susu.  Tambahan pula bila digandingkan dengan kek yang manis & cheddar cheese yang masin buat tekak MaDiHaA seakan nak menolak pulak... sebab tulah ada banyak lebih topping tu.  


Nak tau apa jadi pada topping tu bila MaDiHaA letak dalam peti sejuk? Ia mengeras & jadi kenyal2 gitu... mungkin sebab dah bercampur dengan susu pekat manis & tekstur dia jadi macam tu.  Bila tengok krim tu jadi macam tu.. terfikirlah nak buat apalah dengan topping ni.  Kalau dibiarkan lama2 dalam peti sejuk tu nanti semakin malas nak diapa2kan & akhirnya jadi habuan en. tong!  Sesuatu yang MaDiHaA paling tak suka bila sebut bab2 membazir ni..  pantang tauu... Mungkin sebab dah dibiasakan sejak kecil oleh arwah ayah dulu.. hingga kini MaDiHaA memang terikut2 cara arwah.  Arwah cukup pantang anak2nya membazir.  Kalau makan roti... kepala roti yang warna coklat tu pun arwah paksa suruh makan.  Roti slice dulu2 bukan macam roti sekarang, lembut & gebu. Roti dulu2 kalau bahagian kepala tu keraknya keras & terasa pahit sikit... itupun pantang anak2 dia buang bahagian kerak tu.. hehehe... Jadi sekarang ni MaDiHaA pun ajar anak2 macam tu jugak.  Kalau buat sandwich MaDiHaA guna je (di kapitkan sekali) roti bahagian tepi kiri atau kanan (bahagian end yang warna coklat tu) & bagi je kat anak2.  Roti pulak tak pernah la nak dipotong2 keliling roti konon nak bagi cantik padahal perbuatan begitu hanyalah satu pembaziran.  Ada sesetengah ibu2 suka potong bahagian keliling tepi roti bila sediakan sandwich atau roti planta kononnya anak2nya tak suka bahagian tu.  Yang anak2 tu tak suka sebab siapa? Bukan sebab awak sendiri yang dah ajar dia dari awal? Fuhh.. tiba2 lak emosional bila cerita pasal membazir... kekekeke... yelah.. kan ke bahagian tu pun boleh dimakan juga. Takde beza pun rasa dia..


Oklahlah kita berbalik pada tajuk asal ye.. mari MaDiHaA share resepi roti yang sangat istimewa ni.  Seperti yang MaDiHaA katakan dalam entry Snow Cheese Cake tempohari MaDiHaA kurang suka cheddar cheese digandingkan dengan kek yang manis tetapi bila digandingkan dengan roti sebegini... alhamdulillah tekak MaDiHaA boleh terima.  Alhamdulillah juga en. suami pun suka juga dengan roti ni.  Berketul2 jugalah dia makan sebagai sarapan setiap pagi sepulang dari kerja malam.   Senang kerja bini dia sebab tak payah sediakan sarapan lain dah bila ada roti ni.. hihi..  Roti ni dapat agak banyak.. jadi berhari2 jugalah jadi stok sarapan & minum petang kami berdua sebab anak2 MaDiHaA Haziq & Alin memang kurang sikit makan roti2 bun macam ni kecuali roti yang ada sosej baru laju.  Hanya kakak Dini je yang boleh geng dengan ibu dia... bila kakak Dini takde.. lambat sikitlah roti ni nak habis.. hihi..  Lepas ni kena godek2 lagi cari resepi roti atau lain2 resepi yang menggunakan cheddar cheese.  Masih berbaki lagi cheddar cheese dalam peti sejuk tu... bimbang pulak ia rosak..

Untuk resepi ini MaDiHaA dah kecilkan sukatannya dari resepi asal yang menggunakan 1 kg tepong.  MaDiHaA hanya buat 500 gm tepong je & dapat dalam 17 ketul bun.  Terima kasih pada kak Paty atau kak Fatimah Jasmen yang berkongsi resepi yang istimewa ni.  MaDiHAa mintak izin kongsi di blog MaDiHAa pula ye... Maaf sebab MaDiHaA dah kecilkan sukatan bahan2 untuk memudahkan kawan2 yang nak mencuba.  

Bahagian topping tu sedap & rangup bila kita makan roti ni time panas2 atau suam2.. memang sedaplah.. Bila dah sejuk.. topping tu jadi lembut tapi rasa tetap sedap.. 

DOUBLE CHEESE DELIGHT BUN

Sumber 1 : Patyskitchen

Sumber 2 : MaDiHaA aka Ratna

For The Dough

500 g bread flour

135 g sugar

6 g salts

15 g milk powder

50 ml egg yolk

6 g instant yeast

5 g bread improver

25 g cream cheese

50 ml fresh milk

215 ml water

50 g butter

  1. Mix all ingredients till smooth dough, then fold in butter and mix again till smooth. (MaDiHaA uli gunakan BM)
  2. Remove dough from mixture and shape into a ball.
  3. Divide the dough into 55 g portions.
  4. Roll each portion into a ball. Cover the balls of dough and leave to rest for 10 minute.



For The Filling (MaDiHaA guna lebihan topping cheesecream dari Snow Cheese Cake tempohari)

300 g cream cheese

150 g UHT cream



Mix cream cheese till smooth then fold in cream and mix well. Set a aside



For The Topping

75 g shortening

50 g caster sugar

75 ml water

50 g plain flour

25 g cornflour

125 cheddar cheese



Mix sugar and shortening until sugar dissolved. Add in water. 

Fold in flour and mix until it form into smooth paste




To shape the buns:.

  1. Flatten a ball of dough with the palm of your hand.
  2. Place a ball of filling in the centre of the dough.
  3. Gather the edge and pinch to seal. (Be sure to seal well or the filling will leak out during baking.)
  4. Pat into shape and place on a greased baking tray.
  5. Repeat with remaining portions of dough.
  6. Place each bun about 7.5 cm apart on the baking trays.
  7. Grated the cheddar cheese on top of the bun. (MaDiHaA  letak/tabur cheddar cheese selepas roti diperap/naik)
  8. Prove for 45 min in a warm place.
  9. Pipe the topping on the buns in a spiral, starting from the centre.
  10. Bake in preheated oven at 200 deg C for 12 to 15 min or until buns are lightly brown. 


Selamat mencuba!

19 comments:

Zuliana Abuas said...

aduhai.. sedapnyaaa... tapi... 'rajin' sungguh nk buat.. huhu. mohon copy resipi ye, dah dapat aura rajin nanti boleh cuba. :)

Zuliana Abuas said...
This comment has been removed by the author.
hazila said...

BM kita lagiiiiiiiii lama mengganggur. Lebih dari setahun rasanya. Maklumlah tuannya terlebih rajin.

INA said...

Salam Kak Madihaa..saya dah lama x menguli roti maklumlah x de pembantu..tgk akak buat..cam menguli balik tgklah weekend nie kalau rajin.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

samalah kita kak. Memang rasa bersalah sgt kalu termembazir. Tak mahulah ajar anak buang2 kulit roti tu.

Kalau dpat roti cam Kak Madiha tu memang pulun habis punyalah!!

tun_telani said...

hahaha.. sama laa kita kak.. blom ada BM sibuk nk BM.. dh ada wat tempoyak atas rak. kui kui.. tp BM tun tu selalu tercabut penguli dia tu masa duk nguli :( jd xleh tinggal masa menguli, kene duk tunggu smb2 telinga kene dengar kot2 stat bunyi2 keletang keletung penguli dia tercabut. saboo je la. dh gi tukar bau aritu, jd mcm tu jugak.
eh.. citer pasal BM pulak ye.. sedap nmpk roti, ala2 mexican bun gitu ye, tp extra special ada cream cheese topping.

Gee® said...

hehehe...sama lah kita jugak... BM asik tido jer... malas betul nk meroti...

Rohah said...

rajin akak meroti..tapi mmg sesuai betullah cuaca kebelakangan ni..panas,mmg sesuai sgt meroti kan..

Ana said...

Salam kenal kak,mohon share resepi..nampak sedap!nanti dah buat saye tayang kat blog..hehe:)

Marsita yahya said...

Salam kak, nanti saya tak nak beli BM tapi beli BMW...baru rajin meroti kot hi hi...apa2 pun roti tu nampak cedap giler,,,

Phong Hong said...

Hee..hee...PH pun cam tu gak. Bila dah ada mesin, semua tak jalan. Yogurt maker, juicer dan blender tu bertapa kat dalam cupboard. Itulah sebabnya PH belum beli BM. At least MaDiHaA ada jugak buat bun yang sedap ni :)

dik ja said...

wow...nampak sedap roti nie...kena try buat nie

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Bila kak ratna cerita pasal membazir tepi roti tu.. teringat saya kata arwah atuk saya... bila kita kata tak suka tepi roti tu... arwah atuk akan kata "ni lah yang halal diharamkan.. yg haram dihalalkan" sekarang baru saya terfikir nasihat atuk saya tu :D

Sedap juga tengok roti kreatif kak ratna tu :D

zila norazila said...

salam kak madihaa..mmg kan tepi2 roti tue selalu dipinggirkan..h ehhee tp sebenarnya sedap jgk kan..klu time rehat zila pun rajin beli bun kt jusco ..tp nk cari yg sggit mmg dh x der kak..gebuss jew roti tue kan:)

Zaliedana said...

Assalam kak..sure lah sdp roti akk nih,ngan topping cis tuh,nyum2..sy pon duk bertagak gak yg snow kek tuh,sbb dah tentu xde pminat nk abiskan,gpon cheedar cis mmg jarang sgt2 bli,da la 2kli bli ritu sbb nk wat biskut n letak lam nugget jer,huhu..

rahel said...

Bestnya kalau ngadap double cheese bun petang ni sambil hirup kopi panas....mantop banget.

Cendana Kasih said...

salam..

sedapnyer..lama dah tak meroti..tepung dah beli, yis pun ada, tp kerajinan takde..hehe

norhidana miswan said...

akak takde niat nk pindah ddk kt ukay perdana ke? blh la kite jd jiran, mana2 y g akak tak suke tuh antar je umah dana ahak2...

Jujue Ahmad said...

salam, wah sedapnya roti ni, gebu jer.. Rajin betul kak Madihah ni.. Hope jue pn boleh pandai memasak dan serajin akak la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...