Tuesday, November 1, 2011

Paung Ubi Goreng

Assalamualaikumm....

Musim2 hujan ni... tetiba jer dok teringat kat menu2 dari ubi kayu........... Kat kampong senang nak dapat ubi kayu nak pulak time musim hujan memang orang suka sangat cabut ubi kayu.. nak tau sebab apa? Sebabnya.. tanah yang lembab akibat hujan memudahkan kerja2 mencabut ubi kayu... & lagi satu.. ada juga kemungkinan nak selamatkan ubi kayu dari kawasan yang banjir daripada rosak jika kebun mereka ditenggelami air.. maka kenalah digali atau dicabut & dijual.. Selain dari tu.. faktor kepayahan mendapatkan beras (dulu2) dimusim banjir & bah membuatkan mereka terpaksa gantikan ubi kayu untuk mengalas perut.  

Tadi dok godek2 gambar lama2 dalam folder ternampak pulak gambar Paung Ubi Goreng ni..... sedapnyerrr lahaiiii.........!  Kalaulah ada orang jual kat PJ ni.. komfem akan ku borong.. tapi dengan syarat kuih tu sesedap rasalah yer.. hihi... Paung goreng ni ada dua versi. Versi tepong pulut & versi ubi kayu.. tp biasa yg ada jual kat Terengganu pun hanyalah versi tepong pulut.. Tak pasti jugaklah kot2 ada jual versi ubi kayu jugak ye (kena tanya Kak Nor Secubit Garam lah ni.. hehe) sebab aku sendiri pun bukannya menetap kat sana... jadi tak berapa tau sangat perkembangan semasa kat kampong tu.. hihi... Tp kalau time kami blk kg tu.. pepagi mmg akan jumpa paung goreng versi tepong pulut jer.. tak pernah lak jumpa paung versi ubi kayu.  Actually dua2 pun sedap & dua2 pun aku suka.... tapi nak buat versi ubi kayu ni agak remeh sikitlah sebab perlu parut ubi dulu..

Mengapa inti ikan? Hmmm.. kan ke Pantai Timur tu dekat dengan laut & terkenal dengan sumber lautnyer... jadi tak hairanlah kenapa kat Terengganu banyak kuih muih berasas ikan seperti keropok lekor, satar, otak-otak, paung goreng, pulut lepa, semosa (karipap), koleh lemak.. malah pulut lemak dengan nasi kapit (nasi impit) pun dimakan dengan sambal ikan jugak... & jangan tak tau.. bubur asyura versi Terengganu pun ada jugak letak isi ikan.. hehe...

Oklah.. tak dpt makan.. dapat cuci2 mata pun jadiklah kan......... aku poskan jugaklah gambar & resepi kuih tradisi orang Pantai Timur ni kat sini walaupun dengan gambar koleksi MaDiHaA yang dah agak lama ni ye..


Nak menangis rasanya bila belek balik fotopages... banyak gambar2 masakan yang hilang.. alahaiiii.. sayangnyerrr! Ini yang rasa nak pindahkan semua gambar2 & resepi yg pernah update kat fotopages ke blog semuanya.. tapi tulah.. byk sgt.. beratus2.. masa tak menyebelahi ku.. sob sob

Paung Ubi Goreng
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Untuk Kulit Paung
1 ketul ubi kayu yg besar ~ diparut dpt anggaran 3 cawan (buang urat tengahnya dulu b4 parut)
1 cawan kelapa parut putih yg muda
4 sudu besar tepung pulut
¼ sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan
1. Toskan ubi yang diparut dalam penapis kelapa. Biarkan airnya menitik sendiri. Biar seketika sementara itu sediakan intinya. (resepi inti dibawah)
2. Bila air berhenti menitik masukkan ubi parut ke dalam besen bersih dan campurkan dengan kelapa parut, garam dan juga tepung pulut. Gaul rata semua bahan hingga menjadi doh yg lembut.
3. Ambil sedikit doh lalu dileperkan di atas tapak tangan dan isikan 2 sudu kecil inti ikan kemudian ditutup kemas. Buat berhati2 yer sebab doh agak lembut. Jangan buat bebola terlalu besar. Buat kecil2 agak2 sebesar buah limau nipis saiz kecil tu jer bebola yg dah siap digentel tu.
4. Bila semua doh siap diisikan inti.. bolehlah digoreng sehingga kekuningan. Sedap dimakan panas2 utk sarapan atau minum teh.

Tips MaDiHaA: alas dulang dengan plastik sebelum menyusun bebola paung yang dah dibulat2kan. Boleh juga masukkan bebola tadi dlm peti ais sekejap supaya bebola kejun/kering sikit & mudah di'handle' ketika nak goreng.

Bahan2 Inti Ikan/ Inti Paung (inti ni boleh juga digunakan utk buat samosa & pulut lepa a.k.a pulut panggang versi T'ganu)

5 ekor ikan kembung ~ rebus bersama garam, 3 keping asam gelugur & sikit air.
4 ulas bawang merah ~ dihiris
½ inci halia ~ dihiris nipis & lalu hiris memanjang
½ sudu kecil halba
1 cawan santan pekat
Garam & serbuk perasa secukup rasa
1 sudu besar gula

Cara Menyediakan Inti
1. Asingkan isi ikan lalu ditumbuk lumat.
2. Masukkan isi ikan, bawang merah, halia, halba, santan, garam & gula dalam kuali lalu dimasak dengan api perlahan sehingga inti menjadi kering. Rasakan garamnya secukup rasa.
3. Sejukkan seketika dan sedia digunakan.

Selamat mencuba!

15 comments:

Nur Zulaikha said...

owh....terima kasih kak atas penerangan..mksdnye bhn utk perap tu x delah bnyk sgt sampai kene salut semua ayam ye?kemudian ayam yg disalut telur tu kene biarkan kejap pastu barulah digolek2 dlm tepung?begitukah akak?hehe...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Nur Zulaikha: yepp.. betul3x (bak kata upin & ipin) hehee...

rahel said...

Salam
singgah kejap nengok paung ubi..lum pernah rase lagi...menarik resepi ni.

tun_telani said...

ya Allah.. nostalgia betol.. zaman kecik2 je makan nih.. skrg dh susah nk jumpa.. sedappp nyerrr!!!

norhidana said...

alamak...sendapnyer kak

hazila said...

Thanks madiha letak entry ni, dok mencari juga. Pernah makan jadi tersuka pulak.

Unknown said...

Baru 1st time dengar nama kueh nie.. rasanyer sedapt tak?..tak penah makan nie..:)

Anonymous said...

xpernah tau pun ada kuih nama paung ubi kayu
ada rezeki nak cuba ;)

ilahjy said...

ratna
kak berdebar dok tunggu n3 apa yg diderhaka dan tukar nama tuuu ahaksss... seronok kan kongsi ilmu dan peelbagaikan rasa.. tak maree pun..itulah semangat dapo2 masak nie... roti gebus gebas tu dok tunggu depa semua balik baru nak mkn mlm ni.. jadi ular sawa la depa mcm2 ada mlm ni hehehe
ratna inti paung tu mcm inti karipap kwn kak jual di taman tasik tuu.. kak nak amek la resepi tu ..curiiiiiii lariiiikkkk

Aliza said...

assalam kak..saya selalu masuk sini tapi membaca dan cari ilham ajer la, ehehehhee... mmg blogspot saya problem sampai ke sudah, so skrg saya dah bukak account wordpress. kalau akak nak tgk aina yg dah besar tu, boleh la singgah kat http://www.zazook.wordpress.com

liza said...

Singgah nk mkn paung ubi ni...1st time tgk rupa kuih ni...mmg menarik..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Madiha..
Mak aiii..bulat2 jer kejadian paung ubi akak ni.. Makan ubi time musim hujan2 ni mmg best. Kalau rebus jer ubi kayu tu cicah dgn sambal belacan atau sambal tumis pun sedap.. Terliur lak rasanya ni kak..hehehe..
Kak Madiha, selera kita lebih kurang samalah tang tempoyak. Naz pun suka tempoyak yg masak dgn sambal tapi selalu Naz buat guna cili merah hidup tu. Sambal goreng tempoyak namanya. Letak cili padi banyak2 biar menyengat.
Kalau yg guna ikan patin tu, Naz panggil gulai tempoyak ikan patin. Tak letak bawang..Cuma cili padi, kunyit dan tempoyak. Hubby Naz suka gulai tempoyak ikan patin tu tp Naz kureng sikit kalau guna ikan patin..cam akak lah..hehehe tp kalau dah depan mata makan jugak ..hehehe..

Unknown said...

assalam kak, menarik tgk nama paung ubi ni kak ...1st time dgr mkn lagi la tak pernah...teringin lak nak rasa:)

kurus said...

ooo ini dipanggil paung ubi goreng .. hermm selama nie selalu gak makan .. x tahu nama dia tuu .. sedap kan .. nanti leh lah cuba buat :)

North face sale said...

http://www.thenorthfaceoutlet2.com/

http://www.belstaffjackets-uk.co.uk/

http://www.2011northfacejackets.com

http://www.north-face-jacketsuk.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...